Showing posts with label My Life. Show all posts
Showing posts with label My Life. Show all posts

Tuesday, March 16, 2010

Welcome our Future Baby

Dah lama nak post pasal future baby nih, asik tertangguh-tangguh last2 terlupa plak. Bila dah teringat tu cepat2 carik gambar (gambar ke?) yang discan masa buat check up kat klinik. First checking tu buat kat klinik kat USJ aje, masa tu wife aje pergi sorang sebab ketika itu dia demam. Tak sangka pulak demam ada makna.. hehe

Then 2nd checkup buat detail kat Klinik Umra, tempat khalisah dilahirkan. Kalau kat Umra ni memang que panjang gile, ramai sangat yang nak jumpa doktor (lupa plak nama doktornyer). Ada jugak doktor2 lain tu tapi still nak jumpa doktor ni jugak. Jadi kalau nak cepat jumpa tu kena datang awal la, biasanya lepas maghrib dah penuh que sampai kul 9 mlm setiap hari bekerja..

















Ini pula kali ketiga buat check up kat klinik lain pulak.. Kali ini sebab prefer dengan doktor plak.


















Welcome to our Future Baby!

Sunday, March 14, 2010

Apa dah jadi dengan akaun NUFFNANG aku nih??!!

Sekali tulis topik pasal nuffnang, siap tanda soal dan tanda seru lagi. nampak macam marah aje kan? apa yang nak dimarah sangat tu, apa yang telah terjadi dengan akaun nuffnang aku nih. tetiba aje jadik pelik. aku pun tak tau nak kata apa, macam mana boleh jadi macam ini. sebelum2 ini takde plak jadi macam ini. Aku pun cuba logout then login beberapa kali untuk confirmkan adakah betul apa yang aku nampak ini?

Nak kata tak betul mata aku dah siap pakai spek lagi, takkan la disebabkan spek dah lama tak tukar bleh jadik macam ini pada penglihatan aku. Jom tengok screenshot kat bawah ini, apa yang korang tengok pelik aje?




Sebenarnya takde pelik mana pun cuma terkejut dengan buffered earning aku semakin bertambah!! terima kasih pada korang yang menaikkan traffic kat blog aku ini. TERIMA KASIH!!

Tuesday, March 9, 2010

Akademi Fantasia 8 Sudah Kembali

Sapa tak pernah tengok Akademi Fantasia (AF)? Aku adalah salah seorang yang sentiasa mengikuti AF sejak dari musim pertama lagi. Nama-nama seperti Khai, Rosma, Farah, Adam, Mawi dan lain2 lagi telah mewarnai dunia hiburan tanahair.

Untuk musim terbaru AF iaitu musim ke lapan, sesi ujibakat telah diadakan dan pemilihan pelajar juga telah selesai. Disebabkan Raja Lawak Astro sudah berakhir, maka sudah sampai masanya AF pula mengambil alih tumpuan penonton Malaysia untuk menyaksikan realiti tv yang pertama dapat menggegarkan dunia hiburan tanahair pada mula penerbitannya.



Picture from www.astro.com.my

Hari ini seawal pagi pergi kerja pun dah diperkenalkan dengan para peserta musim terbaru di radio ERA kendalian Aznil dan Din Beramboi. Selepas itu sesi memperkenalkan diri kepada pihak media juga telah dilakukan dan Konsert Tirai AF jugak akan bermula pada hari Sabtu ini. Sudahkah anda bersedia untuk mengikuti AF untuk kali ini? Apakah expectation anda? Sama-sama kita saksikan konsert pembukaan pada hari Sabtu ini

Berikut adalah senarai peserta utk AF musim ke 8

Monday, February 22, 2010

Cuti Balik Kampung - Part 2

Sambungan dari Part 1

 Hari seterusnya aktivitinya adalah pergi ke majlis perkahwinan kat area Rantau Panjang, Kelantan, kira2 beberapa kilometer aje nak sampai sempadan Thailand. Malangnya perjalanan nak ke Rantau Panjang tu agak jem, tapi nak buat macam mana dah satu jalan itu aje. Sempat jugak la potong belah kiri, pastu masa potong kiri tu ada polis traffic pulak... dah agak2 cuak la sebab kat depan dia tahan kereta yang potong tepi.. Disebabkan sempat masuk lane belah kanan, walaupun hanya satu lane, tapi alhamdulillah terselamat dari di tahan polis.. kereta myvi putih kat belakang tu kena tahan pulak.. hehe..

Sampai kat tempat kenduri keadaan agak panas terik la... masa tu pulak khalisah tido.. banyak pulak hidangan yang ada tapi tak berapa nak makan sangat pun.. ada nasik kenduri (macam biasa tu la) pastu ada laksa, ada roti jala, cendol dan air sirap.. siap ada karaoke lagik.. penyanyi nyer boleh tahan gak suara dia, agaknya diimport dari belah thailand kot..

Tempat yang dituju selepas itu ingatkan nak ke pasar kat Rantau panjang tu tapi tak jadi la.. haluan dituju ke arah Kota Bharu.. disebabkan dah lama tak menjejakkan kereta kat bandar tu hampir semua jalan dah jadi jalan sehala.. susah betul nak parking...pusing2 akhirnya dapat jugak parking kat sebelah restoran nasi ulam.. besar jugak restoran tu..

Kisah Khalisah Jatuh Tangga

Minggu ni kami balik kampung Meru, start balik pun hari sabtu pagi. Kejadian ini berlaku pada hari Ahad (21-Feb-10) tengahari. Disebabkan ibu minggu ini sibuk dengan takaful, dia takde masa kejadian ini. Ibu busy kat Giant Batu Caves untuk buat takaful.

Ketika kejadian ada 3 orang kat rumah, termasuk Khalisah ada 4 orang la. Aku tengah tengok TV kat ruang tengah, adik pulak tengok TV kat ruang dapur, mak pulak tengah masak kat dapur. Saksi utama adalah adik yang ada kat ruang dapur. Gambar kat bawah adalah tempat di mana Khalisah berdiri sebelum kejadian.





















Pagar kayu ini telah dibuat lebih kurang 3 ke 4 tahun, dan selama itu takde lagi orang yang jatuh ketika pagar kayu ini dipasangkan. Jadi lepas dah pasang pagar kayu ini takde risau sangat la untuk kejadian yang tidak disangka-sangka macam ini.

Saturday, February 20, 2010

Cuti Balik Kampung - Part 1

Disebabkan cuti Tahun Baru Cina agak panjang, kalau dikumpul-kumpul semua cuti tu dapat 4 hari, start dari hari Sabtu sampai hari Selasa. Jadi kami pun balik kampung kelantan la... Mula bertolak dari USJ pukul 4 pagi hari sabtu then nak gerak sekali dengan kawan adik ipar yang drive keta Swift, kami drive keta Myvi aje.. Jalan agak ok di pagi macam tu, kalau lambat sikit rasanya mau jam jugak tu.. Kami berhenti solat subuh di masjid dekat Kuala Lipis. Lepas solat kami teruskan perjalanan yang agak mula sibuk dengan kenderaan. Disebabkan konvoi dengan Swift tak bawak laju sangat la.

Sepanjang perjalanan tak sesak sangat kecuali dekat area nak sampai Merapoh, kena la jam dalam sejam kat situ. Mula-mula tertanya jugak kenapa boleh jam kat kawasan tu, selalunya tak pernah jam. Bila ada tow car lalu disertai beberapa buah kereta peronda polis dah sah ada accident. Sebelum tu pun dah ada accident, kereta Persona terbalik masuk dalam longkang. Ini pulak kereta apa ntah tak perasan nak tengok. Lepas tu jumpa lagi accident melibatkan kereta Kancil

Thursday, February 18, 2010

Happy 2nd Anniversary!

Agak lambat aku post utk 2nd anniversary perkahwinan aku, sepatutnya anniversary pada 08-Feb-2010. Tapi disebabkan kesibukan kerja (cewah!) baru kali ini aku sempat buat post ini. Takde la sambut kat mana2 hotel ke restoran ke, cuma sambut kat rumah aje.. hehe..

Kali ini sambutan dimeriahkan dengan kehadiran anak pertama kami, Khalisah. Sekarang nak pegi makan2 pun agak susah sebab kelincahan (?) Khalisah yang membataskan aktiviti2 harian. Kadang-kadang nak makan kat kedai tu pun kena gilir2 makan, kalau tak mau ada yang panjat meja pulak.

Jadi kali ini biarlah gambar menerangkan segala-galanya

 
 Pilihan kek, takkan nak yang design ladybird plak kot

Saturday, January 30, 2010

Hari Jadi Kak Iza - Makan Time

Sambutan hari jadi kakak aku ini diadakan pada hari ahad lepas, kalau ikutkan hari jadi dia 26 Januari, tapi buat advance satu hari. Kalau buat hari isnin siapa pula yang nak datang masa hari bekerja. Seperti biasa kalau ada sambutan majlis hari jadi ke, kenduri doa selamat ke, yang paling penting adalah menu makanannya.. haha.. itu sudah semestinya la, kalau majlis takde makan-makan nak buat apa pulak.





















Majlis kali ini diadakan dirumah kakak aku di Jalan Belimbing, Meru. Sedikit info pasal kakak aku, berumur 40 tahun, suri rumah tangga, tukang jahit di rumah. Jadi kalau sesiapa berminat untuk membuat tempahan baju terutamanya perempuan boleh la mencuba nasib disini.. hehe.





















Menu untuk kali ini menu agak ringkas kalau dibandingkan dengan majlis makan-makan yang lain. Menunya adalah Nasi Ambang, kalau orang jawa sebutannya Nasi Ambeng. mari kita saksikan apa itu nasi ambang seperti gambar kat bawah ini

Thursday, January 28, 2010

Hadiah Dari UMP - jangan Jeles!

Post ini sambungan dari post sebelum ini disini
Selepas visit tersebut macam biasa la kalau ada visitor mesti ada cenderahati dari kedua belah pihak. Dari pihak SAPURA tak tahu pula apa cenderahati nyer. Masa MOA tu perasan juga banyak paper bag yang sudah di isi dengan cenderahati. Agaknya diari kot, sebabnya kan awal tahun mesti bagi diari.. tapi isi sebenarnya aku tak tau la pula.

Apa yang penting cenderahati dari UMP aku dapat, bos kasi. Mula mula aku ingatkan apa la dalam kotak tu.. kira suspen jugak la.. mana la tau bom ke apa ke.. haha.. Nasib baik cenderahati tersebut tidak diikat dan boleh dibuka begitu sahaja.. Apa dia isinya? Sila tengok gambar di bawah yer... jangan jeles yer..











































[terima kasih daun keladi, lain kali boleh bagi lagi]

Sunday, January 3, 2010

Sakit Belakang... Urut ler..

Pada sesapa yang rajin skodeng Facebook aku tentu perasan yang aku ada masalah sakit belakang.. ia bermula pada majlis kenduri akak sulung aku.. selalu ok je... angkat barang berat2 semua takde masalah.. tapi kali ni lain macam plak.. sakit belakang tak bleh tahan ler.. agaknya lama tak kerja keras kot.. asik melepak je kat depan pc...

Ari jumaat lepas balik meru ingatkan nak berurut tempat biasa, jiran sebelah rumah mak aku.. tapi orang yang mengurut tu 'cuti' plak.. so tak bleh la.. kena carik alternatif lain plak.. wife plak tanya kat kengkawan opis dia kot2 ada yang tau kat mana nak mengurut nih.. then dicadangkan ada satu tempat urut kat seksyen 20, shah alam..

Jadinya malam ni [ahad] aku pegi la dengan wife+khalisah ke tempat tersebut.. kawan opis wife aku yang tunjukkan tempatnya.. sampai je tempat tu orangnya takde, tgh kat masjid lagi sebab time aku sampai tu dah masuk isyak.. dalam kul 9 lebih baru balik dari masjid.. sampai je trus readykan tempat nak mengurut tu then trus apa lagi.. urut time...!

Bagi aku boleh tahan la dia urut sebab tak sakit sangat, then tempat2 yang sakit tu dia dah tau sendiri.. then siap bagi suggestion lagi.. suggestion apa tu? rahsia ler.. hahah.. sebelum balik dia ada kasik contact number dia then apa2 lain kali nak datang ke senang la... trus telepon aje.. jadi pada sesapa yang berminat bleh la usha2 alamat kat bawah nih..

Monday, October 19, 2009

Open House @ USJ 3/4

Open House @ USJ 3/4
Tempat: Jalan USJ 3/4, SUbang Jaya
Tarikh: 17 Oktober 2009
Masa: 12.00 Tghari ~ 6.00 ptg

Menu:
1. Nasi Kerabu
2. Mee Jawa
3. Mee Goreng
4. Nasi Impit
5. Rendang Ayam
6. Nugget
7. Karipap & Pulut Panggang
8. Kuih Raya

Antara gambar yang sempat diambil semasa open house.
Terima kasih pada yang hadir.


.: Antara tetamu yang hadir :.


.: Sesi gurauan bersama Khalisah :.


.: Menu yang disediakan... :.


.: Perbincangan masa depan nih :.


.: Ibu, ayah dan Khalisah :.


.: Makan dan sesi perbincangan masa depan :.


.: Antara geng SAPURA yang hadir :.

Nak detail gambar bleh pegi SINI

Monday, October 5, 2009

Official Birthday Celebration

Tajuk macam bagus jer.. haha..

Sebenarnya plan nak makan kek harijadi pada hari Ahad, sebab hari Sabtu kena pegi hantar member gi bertunang di Pahang.. Seawal pukul 6 pagi dah bangun, siap2, pakai baju batik + songkok bagai (dah macam YB plak, huh!) sebab janji nak bertolak dari Taman Sri Andalas, rumah member tersebut pukul 7.30pagi... tgk sampai2 tak siap pun lagi.. haaaaa... lepak2 dulu breakfast apa yang patut baru gerak pukul 8.00 pagi..

Perjalanan agak jauh jugak ler, tapi takat highway tu ok lagi.. berhenti kejap kat hentian rehat temerloh untuk tunggu kereta2 yang lain (diaorang tak suka konvoi, masing2 jalan sendiri2 ler..) Bila semua dah ada terus gerak ke rumah perempuan di Felda Lepar Utara 3.. sebelum pegi tu ada gak la member2 lain kata jauh... so dalam mind dah set ler jauh.. bila pegi memang jauh pun.. jenuh nak sampai...

Alhamdulillah semuanya selesai dan aku sampai umah dalam kul 7 mlm.. wife ngan khalisah pun dah ready nak keluar makan.. aik? takde cakap pun nak keluar.. haha... rupanya wife nak belikan kek... orait je.. lepas solat maghrib trus gerak gi Subang Parade.. dekat je tak sampai 5 minit pun.. hehe

Lepas beli kek gi Nando's utk makan2.. hehe.. makan lagi.. jom usha gambar makanan pulak..


.: Maskot DIGI, ada potensi tak jadik maskot? :.


.: Menu utama di Nando's :.


.: Hot: Quarter Chicken + Peri Chips + Rice :.


.: Hot: Quarter Chicken + Coleslaw + Classic Peri Chips :.


.: Khalisah makan apa? makan angin je la :.

Abis makan trus singgah ke Carrefour pulak beli barang dapur.. KEK SECRET RECIPE MANA?

Friday, October 2, 2009

02-Oct-09: Open Table Hari Jadi

Disebabkan ari ni ari jadi aku, so open table telah diadakan.. haha.. macam iye2 jer.. takde la just makan2 je kat luar.. kek2 takde.. maybe ari ahad ni ler kot ada kek, kalu jadi ler.. sabar2.. sementara tu inilah menu makan malam kitaorang.. layankan.. haha


.: Inilah menu makan malam untuk dua orang, banyak giler.. :.


.: Tomyam ayam :.


.: Kailan Ikan Masin :.


.: Menu utama, Ikan Siakap Masak Tiga Rasa :.

Air plak tak sempat nak snap, dah sibuk merasa makanan yang banyak itu.. haha...

Hampir sudah makan tetiba tengok tv kat kedai tu citer Nur Kasih dah start.. apa lagi trus cepat2 habiskan makan+bayar dan gerak balik rumah..

Sunday, September 27, 2009

Raya 2009: Perjalanan Raya ke Kelantan

Kira agak lewat jugak la aku update blog ni dan citer pasal perjalanan balik raya di Kelantan.. bukan apa kesibukan dan keadaan internet yang tidak mengizinkan.. (padahal malas!) Disebabkan hari Jumaat 18 September, telah dijadikan cuti sebab menggantikan cuti nuzul quran, maka kitaorang pun balik la pada hari jumaat tu.. sebenarnya memang dah plan nak balik masa tu, siap dah amik cuti lagi.. maka cuti cancel ler.. (dah cuti nak amik cuti apa lagi.. haha)

Kisah sebelum perjalanan di pagi hari tu agak kelam kabut jugak ler.. balik kerja ari Khamis tu balik meru sat, nak amik bahulu lapis yang telah diorder, nasib baik dah siap masa pegi amik tu.. sempat jugak la berbuka kat meru, lepas isyak trus gerak balik USJ utk berkemas.. disebabkan masing2 keletihan bekerja, sampai USJ trus tido, hajat nak berkemas tu ditunda dulu ler.. haha.. sebelum tido tu sempat gak la set jam kul 3 pagi nak bangun..

Masa tu macam best betul la tido, bila jam bunyi nak bangun pun malas giler.. nasib baik teringat nak balik kelantan dengan perjalanan jauh.. kalau takde hal yang penting mau sambung tido aje.. Aku bangun kul 3 tu kira masih sangap2 dan kul 3.30 pagi gi mandi.. sejukkk.. biar segar skit sebab nak drive kan.. wife aku plak sibuk kemas barang.. abis semua selesai aku gerak kul 4 pagi.. best je gerak time tu sebab jalan lengang.. sebelum tu sempat lagi singgah petronas utk check angin tayar.. semuanya ok trus gerakkkk..

Sampai tol gombak dapat tol free... yeayyyy!!.. masa tu rasa dalam kul 440 pagi kot.. kereta pun tak berapa banyak sangat... ada pun bawak selow je.. hish.. kacau line tul.. haha..sampai tol bentong plak dah bersusun kereta kat plaza tol.. ciss tak sempat nak dapat tol free.. dah kul 510 pagi.. aku ingatkan sampai kul 6 pagi free.. masuk bentong je dah start jem skit2.. aduii.. nasib jem sikit je. masa tu perut dah rasa semacam.. masa ni la dia nak buat perangai.. tengok petronas semua full.. arrrhhh tahan je la dulu...

Perjalanan diteruskan sambil menahan sakit perut.. kul 530 pagi rasa dah sampai area raub kot, ramai je orang berenti sahur.. aku? takde la aku nak berenti time jalan cun camni.. line clear takde orang.. aku truskan perjalanan... wife aku pun makan bekalan yang dibawa. aku minum air je.. kang kalau aku makan mau tido plak masa drive.. sepanjang perjalanan tu lepas subuh ramai je orang berenti kat masjid ngan surau. aku tak berenti lagi.. carik port yang best utk berenti.. jalan dah agak crowded.. kereta dah banyak bersusun, selow plak tu.. tengok arah bertentangan clear je.. bagi signal trus memotong dengan selamba nyer.. hahaha.. jahat giler..

Last2 kena berenti jugak sebab kena solat subuh dulu.. kami berenti kat masjid baru 8 penjom, dah dekat dengan Kuala Lipis.. masa tu dah kul 630 pagi.. parking penuh plak.. kena parking jauh skit.. last2 depan kubur ada parking kosong.. bedal je la.. haha... sakit perut masih ada lagi.. usha toilet kat masjid bersusun orang beratur.. cancel la gi amik wuduk dan solat subuh..

Gerak dari situ lebih kurang kul 7 pagi kot.. dengan brutalnyer aktiviti memotong kereta dilakukan.. haha.. best pulak jalan pagi2 camni.. jalan bertentangan clear aje.. hehehe.. akhirnya sampai kat gua musang dalam kul 830 pagi.. kena isi dulu la minyak kereta.. kang tak pasal2 kantoi tengah2 jem.. agaknya semua stesen minyak ni menjadi tempat persinggahan kereta2 yang balik kampung, semua penuh je.. huhu.. sakit perut pun dah ilang.. baguss!!..

Gua Musang ke kuala krai jalan ok la tak jem sangat... still bleh lagi potong memotong tatkala tiada kenderaan di arah bertentangan.. haha.. sampai je kat kuala krai start trafic selow, kereta takde la banyak sangat cuma ada beberapa kereta 'antik' yang membuatkan perjalan trafik jadik selow.. terpaksa follow je la.. dan sempat sampai di kampung kelantan dalam kul 11 pagi..

Apa lagi tido la.. ZZzzZZzzZZzz.. bangun2 orang dah baca khutbah, bleh dengar dari rumah sebab masjid depan rumah je.. gi mandi+siap2 gi masjid.. sampai je masjid dah nak start solat jumaat.. hehe..

Next: Suasana Raya Aidilfitri di Kelantan

Saturday, August 22, 2009

Selamat Berpuasa..



Kepada semua umat Islam di muka bumi ini, selamat berpuasa diucapkan. Semoga ramadhan kali ini lebih bererti kepada anda semua.

Jika semua harta adalah racun maka ZAKATLAH penawarnya, jika keseluruhan umur adalah dosa maka TAUBATLAH ubatnya. Jika seluruh bulan adalah noda maka RAMADAN lah pemutihnya

Friday, August 21, 2009

Dah Takde Rezeki...

Korang penah dengar Miscarriage Pregnancy? apa tu? dalam bahasa mudahnya kandungan tak lekat.. itulah yang terjadi kat wife aku.. semalam gi check then doctor bgtau yang kandungan dah tak lekat...

Sebenarnya dah tiga minggu doktor suh datang tiap2 minggu utk check up.. tiap kali check tu doktor bgtau kandungan ok.. dan begitulah seterusnya tiap2 minggu.. cuma start minggu ni wife bgtau ada tompok2 kaler coklat keluar, tu yang gi check ari Isnin petang.. dan doktor kata kandungan ok lagi...

Cuma pagi2 semalam wife bgtau ada beberapa tompok lagi keluar.. so dia pegi la check up kat Umra, tempat yang sama buat checkup macam sebelum2nya.. then baru doktor bgtau kandungan dah tak lekat.. then doktor bgtau juga mungkin kalau lekat maybe akan ada complication dalam bulan ke lapan pregnancy.. dan kalau baby lahir akan ada masalah dengan baby tersebut.. tu yang doktor kata, dan wife aku bgtau aku..

So pagi ini aku amik EL (EL bleh amik ker?) utk gi klinik utk kuarkan uri sebab doktor kata uri dah ada..

Tuesday, August 4, 2009

Apa Maknanya?



Kali ini aku letak gambar aje la.. korang teka la apa makna nyer yer? sila2 teka..

Saturday, June 27, 2009

Sarapan Pagi.. Puasa Bulan Rejab

Hari sabtu, nak bangun awal pun malas, tapi masalahnya dah terbangun awal.. sebab dah biasa bangun gi keje... tu la time keje liat je nak bangun, tapi time cuti tu senang je bangunnyer.. huhu.. so bila dah bangun awal tu semayang, rasa macam nak tido balik.. tapi tak bleh gak.. so usha2 la blog orang lain. Sambil2 tu duk dengar dj TorrentFM kalabumalami mendj.. lama tak dengar dia menDJ. haha.. promote skit labu..

Perut dah lapar, apa lagi gi breakfast ler.. pagi ni breakfast dengan lempeng cicah sambal tumis.. ada plak sardin utk dimakan dengan roti.. aku pun makan la lempeng cicah sambal + sardin.. haha


.: lempeng + sambal tumis + sardin :.

Teringat plak nak citer pasal puasa bulan rejab.. jadinya ari selasa malam mak aku dah bgtau kalau puasa bulan rejab bleh la sebab ari rabu jatuh pada 1 rejab.. aku pun ingat2 lupa je.. pagi2 gi kerja pastu time rehat cam biasa la gi makan.. baru teringat nak puasa.. hadoiii terlepas plak.. haha..


.: gambar nasi ambang makcik aku buat utk kenduri kesyukuran :.


.: menu berbuka puasa untuk yang berpuasa aje.. hehe :.

Takpe la bulan rejab ada sebulan.. so aku nak gak start2 puasa la nanti tak la terkejut berpuasa pada bulan ramadhan.. insyaAllah

Monday, June 22, 2009

Kenduri Kesyukuran, Hari Bapa dan Hari Jadi

Tiga majlis sekaligus!

Itulah yang terjadi pada sabtu lepas.. untuk kenduri tu adalah untuk kenduri Khalisah dan Hanif (anak sedara aku).. untuk khalisah seperti aku penah citer, ini adalah kenduri Turun Tanah, dan utk Hanif pula kenduri kesyukuran lepas buat operation..

Seawal hari jumaat malam (awal ker?) aku dah berada di Meru, untuk membuat persiapan 3 majlis tersebut.. ala.. kenduri kecik2 je yang ada pun adik beradik jer.. nak kata ramai tu kira ramai gak la.. adik beradik ada 10 orang, pastu anak sedara ada 18 orang, then campur adik ipar + akak ipar + abg ipar total semuanya dalam 35 orang, kalau tak salah ler.. tapi pada siang nyer tu tak semua ada la sebab ada yang bekerja pada hari sabtu..

Pagi lagi dah pergi pasar Kapar untuk membeli keperluan barang2 untuk dimasak.. aku pergi dengan adik aku je.. mak aku tak ikut sebab nak buat bubur.. ada dua bubur nak kena sediakan, bubur candil (cakap melayu nyer aku tak tau ler) dengan bubur merah (kot namanya aku kurang pasti).. tgk la sendiri gambar kat bawah nih..


.: Dua jenis bubur yang dimasak :.

Lepas masak bubur tu sambung masak utk nasik ambang pulak.. bahan2 dah disediakan awal2 tadi ler. kalau tak memang tak siap ler.. kira bajet nak siapkan tghari ler.. jadi blehla utk makan tghari.. utk citer nasi ambang bleh baca kat SINI

Tgh duk siap2 bungkus nasi ambang tu ada program menangkap landak pulak utk dijadikan makanan pada malam nanti.. haha agak kelakar jugak la sebab tak penah tengok aksi landak di khalayak ramai.. cewahh!!.. hanya dua orang je yang mengambil bahagian untuk main kejar2 dengan landak tu.. aku tengok pun cam seram je sebab ada duri2 lagi.. huhu.. aksi2 landak tu bleh baca kat SINI plak yer..

Lepas makan nasi ambang tu gi plak antar kat kawan wife aku, ada 5 tempat nak kena antar, kat meru ada satu, kat kapar satu, dan dua kat shah alam, satu kat kg melayu subang area.. dalam masa penghantaran tu keta wira aku plak buat hal.. dah la tghari panas siap bawak khalisah, aircond plak problem.. huhu.. sian khalisah siap mandi peluh lagi.. siap je hantar gi balik USJ tukar keta myvi plak.. huhu..

Siap2 tukar pastu singgah jap kat carrefour utk beli hadiah, satu family kena bawak 5 hadiah, so short time notice tu yang singgah je kat carrefour.. bajet satu hadiah dalam rm5 je.. ok la tuh.. beli je la hadiah kat Hinode Shop (betul ke nama kedai tu?). Mintak trus balut ler sebab tak sempat nak balut sendiri.. kelam kabut minah yang jaga kedai tu..

Lepas siap tu gerak dari carrefour utk ke Kampung Melayu Subang plak.. sampai kat situ dah dalam kul 6 lebih.. lepas citer2 lebih kurang trus gerak balik ke meru semula.. pada masa kitaorang gi antar tu ada aktiviti mencucuk sate utk malam karang.. haha kira escape la dari mencucuk sate sebab sampai rumah sume dah siap.. yess!!


.: Aktiviti mencucuk sate.. aku mana? takde pun dalam aktiviti nih... haha :.

Waktu yang ditunggu pun tiba, lepas maghrib pun aktiviti dijalankan, hadiah yang dibawa dikumpulkan untuk ditandakan dengan nombor untuk cabutan nanti.. lupa nak bgtau, lokasi nyer depan rumah je,, sebab ada kawasan lapang (sapa penah datang umah mak aku tu tau ler luas ke tak) barang2 makanan dan minuman dah siap disusun dan acara membakar sate pun dah start.. nyam2 lagi.. haha

Acara dimulakan dengan bacaan doa utk hari bapa.. lepas tu trus sambung dengan aktiviti makan2 (itu je yang penting pun!! haha) tak lama lepas tu aktiviti tiup kek hari bapa dan hari jadi pun dimulakan, dan kemudiannyer cabutan hadiah pulak.. jenuh gak nak tunggu nombor aku naik.. tapi ok la sebab semua orang akan dapat hadiah.. cuma cepat dengan lambat je la.. kira happening gak la malam tu.. maklumla total orang yang ada malam tu 35 orang.. mau tak havoc.. haha..


.: Antara gambar2 yang diambil pada malam tersebut :.

Nak usha gambar lebih lanjut bleh usha kat SINI

Rendang Landak.. Korang Penah Makan? *18SG*

Nak tanya korang, penah makan landak tak? ke tak penah tengok landak? pada sesiapa yang tak penah tengok landak, baca terus eh.. haha.. dah dah penah tengok landak pun bleh baca terus la.. kisahnya sabtu lepas abg aku dah sembelih landak yang dia bela, total ada dua ekor so dah kena sembelih seekor... adakah perlu lesen utk bela landak? entah ler... haha

Kalau tak salah aku la dah lama abg aku bela landak tu, rasanya dekat setahun dah.. so kira bela sepasang la, dua ekor, nak tau jantan ke betina tak reti plak, tak pasal2 kena cucuk ngan duri2 kat badan dia tuh..

Agak sukar jugak la nak menyembelih landak nih, maklumlah badannyer berduri, so cemana nak pegang? Bila nak sembelih tu kena kuarkan dari reban dia la (reban ker?) bila bukak je landak tu trus melarikan diri dari ditangkap, haha jenuh gak la nak menangkapnyer.. tengok landak tu lari cam kelakar plak, binatang tu lari dah la selow pastu bawak duri kat badan dia.. haha.. macam tgk katun pun ada..

Setelah berhempas pulak landak tersebut pun berjaya ditangkap dan disembelih.. saksikanlah aksi2 ngeri macam gambar kat bawah ni.. jgn ada yang muntah dah la yer.. pastikan anda cukup berani utk melihat gambar ganas dibawah ini..


.: aksi2 landak yang agak mengerikan.,. hahaah :.

Bila dah siap semuanyer, daging landak tu ditimbang balik.. sebelum dibuang kulitnya berat adalah 8kg, bila dah dibuang tu tinggal 6.5kg.. sebahagian daging tersebut dimasak rendang macam dalam gambar last sekali tu... pastu sebahagian dagingnyer dibuat sate jugak, dan tulangnyer tidak lupa di buat sup landak... hahah..

Aku pun try la dagingnyer.. agak sedap gak la, cuma kenyal2 skit.. side effect bila aku makan daging landak ni aku akan bersin banyak kali. tak tau ler betul ke tidak.. sebab lepas siap dimasak tu aku makan skit, pastu bersin2 then hari ini aku makan lagi aku pun bersin2 lagi.. haha

Untuk gambar detail bleh usha facebook aku kat SINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...