Disebabkan cuti Tahun Baru Cina agak panjang, kalau dikumpul-kumpul semua cuti tu dapat 4 hari, start dari hari Sabtu sampai hari Selasa. Jadi kami pun balik kampung kelantan la... Mula bertolak dari USJ pukul 4 pagi hari sabtu then nak gerak sekali dengan kawan adik ipar yang drive keta Swift, kami drive keta Myvi aje.. Jalan agak ok di pagi macam tu, kalau lambat sikit rasanya mau jam jugak tu.. Kami berhenti solat subuh di masjid dekat Kuala Lipis. Lepas solat kami teruskan perjalanan yang agak mula sibuk dengan kenderaan. Disebabkan konvoi dengan Swift tak bawak laju sangat la.
Sepanjang perjalanan tak sesak sangat kecuali dekat area nak sampai Merapoh, kena la jam dalam sejam kat situ. Mula-mula tertanya jugak kenapa boleh jam kat kawasan tu, selalunya tak pernah jam. Bila ada tow car lalu disertai beberapa buah kereta peronda polis dah sah ada accident. Sebelum tu pun dah ada accident, kereta Persona terbalik masuk dalam longkang. Ini pulak kereta apa ntah tak perasan nak tengok. Lepas tu jumpa lagi accident melibatkan kereta Kancil
Kami sampai di Machang dalam pukul 12 tengahari, singgah sekejap di Petronas Machang, kami sempat singgah di gerai jual mini Cakoi (betul ke eja nih?)
Kami sampai kat rumah dalam pukul 12.30 tengahari.. sebab agak letih terus tidur selepas memunggah barang2 yang dibawak. Bila sedar aje dah petang... lama jugak tidur tu.. Pada malamnya kami pergi ke pasar malam di Pulai Chondong, biasa beli nasi air tapi kedai nya takde pulak kat pasar malam tu.. kempunan nak makan nasi air.. cheh!
Hari ahad pulak dah plan nak pergi majlis tunang penjaga Khalisah, kebetulan dia bertunang pada hari Ahad tu, rumahnya kat Kampung Telekung (betul ke eja nih?). Itu pun kami pergi pada belah petang dalam pukul 2 petang kami dah sampai kat rumahnya.. Kami sampai majlis belum bermula lagi sebab belah lelaki belum sampai.
Ini adalah gambar yang sempat diambil masa majlis tersebut
Hari ahad pulak dah plan nak pergi majlis tunang penjaga Khalisah, kebetulan dia bertunang pada hari Ahad tu, rumahnya kat Kampung Telekung (betul ke eja nih?). Itu pun kami pergi pada belah petang dalam pukul 2 petang kami dah sampai kat rumahnya.. Kami sampai majlis belum bermula lagi sebab belah lelaki belum sampai.
Ini adalah gambar yang sempat diambil masa majlis tersebut
Bersambung pada Part 2...
4 comments:
alhamdulilah, satu masjid bakal didirikan
amirah: alhamdulillah, tapi kena carik penjaga lain la nanti.. haha
hehe :-)
saya pom orang kelate :D
miss lolly: ore kelate jugok.. haha
Post a Comment