Showing posts with label BUZZ. Show all posts
Showing posts with label BUZZ. Show all posts

Tuesday, March 16, 2010

Welcome our Future Baby

Dah lama nak post pasal future baby nih, asik tertangguh-tangguh last2 terlupa plak. Bila dah teringat tu cepat2 carik gambar (gambar ke?) yang discan masa buat check up kat klinik. First checking tu buat kat klinik kat USJ aje, masa tu wife aje pergi sorang sebab ketika itu dia demam. Tak sangka pulak demam ada makna.. hehe

Then 2nd checkup buat detail kat Klinik Umra, tempat khalisah dilahirkan. Kalau kat Umra ni memang que panjang gile, ramai sangat yang nak jumpa doktor (lupa plak nama doktornyer). Ada jugak doktor2 lain tu tapi still nak jumpa doktor ni jugak. Jadi kalau nak cepat jumpa tu kena datang awal la, biasanya lepas maghrib dah penuh que sampai kul 9 mlm setiap hari bekerja..

















Ini pula kali ketiga buat check up kat klinik lain pulak.. Kali ini sebab prefer dengan doktor plak.


















Welcome to our Future Baby!

Sunday, May 17, 2009

Hafiz Juara AF7 - Tepati Ramalan!


KUALA LUMPUR, 17 MEI 2009: Dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan Aril anak emas Astro dan pastinya menjuarai pertandingan realiti TV, Akademi Fantasia Musim Ke-7 (AF7) ternyata sesuatu yang tidak benar. Hakikat ini kerana Mohd Hafiz Mohd Suip atau Hafiz, 19, yang berasal dari Kuching, Sarawak telah dipilih sebagai juara AF7 yang telah berlangsung dengan meriah di Stadium Putra, Bukit Jalil, malam tadi.

Dengan memperolehi undian SMS terbanyak iaitu 46 peratus daripada penonton, Hafiz telah menjadi pilihan majoriti peminat AF7 untuk menjuarai pertandingan itu. Hafiz menewaskan 4 finalis lain iaitu Aril yang mendapat 22 peratus di tempat kedua, Akim (18 peratus), Yazid (9 peratus) dan Isma (5 peratus) . Kehebatan Hafiz terbukti apabila beraksi dengan mantap menerusi lagu Kau Bunga Cintaku nyanyian asal Anuar Zain serta lagu baru Masih Jelas ciptaan Aidit Alfian dan AD Samad.

Kemenangan manis Hafiz malam tadi juga membuktikan peserta lelaki telah tampil merampas semula takhta AF daripada 2 peserta wanita sebelum ini iaitu Mila dan Stacy. Hafiz membawa pulang pelbagai hadiah lumayan iaitu sebuah kereta Honda Accord 2.0 tajaan Honda Malaysia, wang tunai RM20,000, pakej percutian ke New York untuk 2 orang, Sistem Home Theatre Arezzo Hoffman 5.1 (Arezzo), kamera U130 Olympus, Penapisan Udara Hyundai (MSP Advance), jam tangan Hugo Boss, bekalan Brand Innershine selama setahun (Cerebos), telefon bimbit Nokia 5730 Xpress Music serta trofi.

Sementara itu, Aril atau Khairil Azam Pilus, 24, dari Kuala Lumpur yang sebelum ini diundi masuk beraksi dengan tidak kurang lincahnya menerusi lagu baru, Toksik dan Kasih Tak Sampai nyanyian asal Padi. Dengan kemenangan itu, Aril berjaya memenangi wang tunai RM10,000, pakej percutian tajaan Maybelline, kamera U1030 (Olympus), Set Karaoke Arezzo Hoffman (Arezzo), Penapisan Udara Hyundai (MPS Advance), jam tangan Hugo Boss serta trofi.

Tempat ke-3 menjadi milik Afiq Hakim Ahmad atau Akim, 18, yang telah menunjukkan peningkatan demi peningkatan pada minggu-minggu terakhir AF7. Kemenangan itu melayakkan Akim memenangi wang tunai RM8,000, pakej percutian tajaan Maybelline, Camera F3320 Olympus serta trofi. Berasal dari Johor Bahru, Akim berjaya memukau mata penonton apabila menyampaikan lagu Bencinta nyanyian asal Faizal Tahir serta lagu baru, Bengang.

Mohd Yazid Mohd Ibrahim atau Yazid, 22, dari Johor Bahru Johor pula hanya berupaya menduduki tempat ke-4 apabila menyampaikan lagu Dewa 19, Qasidah Cinta serta lagu baru Ya Pa Pa. Beliau membawa pulang kamera FE320 tajaan Olympus, wang tunai RM3,000 serta trofi. Kejutan terlihat pada Ismaliza Ismail atau Isma, 30, daripada Kuala Lumpur apabila menduduki tempat ke-5 menerusi lagu Cinta Adam dan Hawa nyanyian asal Misha Omar serta lagu baru Bisikan… Godaan hasil ciptaan suaminya Zul dan Slen.

Ironinya, Isma yang menjadi satu-satunya finalis wanita tunggal dalam final AF7 seringkali menduduki tangga teratas dalam carta undian sebelum ini. Malangnya, kakak kepada penyanyi Tomok ini tidak berjaya mengekalkan kedudukannya itu. Konsert selama 3 jam yang itu dipancarkan secara langsung di Astro Ria serta radio rasmi Era FM itu telah dibawakan oleh Hotlink selaku penaja utama. Ia turut menampilkan segmen persembahan daripada semua bekas pelajar AF7 yang tersingkir sebelum ini seperti Qhaud, Rini, Rubisa, Zizi dan Sidi.

Selain itu, ia juga turut diserikan dengan persembahan juara AF6, Stacy serta tarian pembukaan dari Hardstyle Republic. Finalis AF7 sendiri turut membuat persembahan pembukaan menerusi lagu Revolusi yang dipopularkan oleh Bunkface. Konsert itu dihoskan dengan lancar oleh AC Mizal dengan dibantu Sarimah Ibrahim. Pengkritik malam tadi adalah Edrie Hashim, Dato' Khadijah Ibrahim serta Adlin Aman Ramlie.

Semua hadiah disampaikan Pengetua AF7, Datin Seri Tiara Jacquelina yang kemudian menutup dengan rasminya AF7 sebelum tirai pentas dilabuhkan lewat tengah malam tadi.

Saturday, May 2, 2009

Tomok Jutawan, Juara OIAM 3!



SHAH ALAM, 2 MEI 2009: Penyanyi Tomok atau Shah Indrawan Ismail, 24, nyata insan paling bertuah kerana kemasukan semula beliau dalam program One In A Million 3 (OIAM) membuka peluang kepadanya untuk menjadi juara pertandingan itu sekaligus membolot wang tunai bernilai RM1 juta!

Dengan mendapat undian SMS sebanyak 39.3 peratus, Tomok menewaskan 2 lagi peserta, Esther (Elizabeth Applunius Chin), 21, yang meraih 33.29 peratus serta Aweera (Nasharul Aweera Norihissham), 18, dengan undian 27.41 peratus. Kemenangan Tomok itu juga mencatat sejarah kerana juara sebelum ini adalah peserta wanita - Suki dan Ayu.

Tomok yang menyanyikan lagu Aizat, Hanya Kau Yang Mampu dan lagu baru, Rindu Terhenti, mendapat sorakan hebat daripada peminatnya. Selain wang tunai RM1 juta, Tomok yang juga bekas anggota New Boyz, juga mendapat kontrak rakaman album bersama Monkey Bone dan albumnya akan diterbitkan oleh komposer terkenal seperti Aubrey Suwito.

Esther juga tidak kurang mantapnya beraksi dengan lagu Please Don't Stop The Music dan Menggapai Mimpi manakala Aweera pula lagu memilih medley Sampai Syurga, My Baby You & Hukum Karma selain lagu ciptaan baru untuk beliau, Kini Ku Di Sini.

Pertandingan yang berlangsung di Stadium Malawati itu dihoskan oleh Awal Ashaari dan Marion Caunter. Seperti biasa, juri tetap adalah Syafinaz Selamat dan Paul Moss.

Selepas kejayaan Tomok itu, peminat dunia hiburan kini sedang melihat bagaimana pula prestasi kakaknya, Isma masih berentap dalam pertandingan AF7. Bagi Tomok, dia mengharapkan kakaknya akan turut mara ke final dan mengejar impiannya menjadi Juara AF7.

Sunday, April 26, 2009

Penyingkiran Aril Cukup Mengejutkan!



KUALA LUMPUR, 25 APRIL 2009: Seluruh penonton di dalam Dewan Sri Putra di Bukit Jalil tergamam seketika apabila mendengar pengumuman pelajar favourite, Hairil Azam Pilus atau Aril, 24, telah tersingkir daripada Akademi Fantasia 7 (AF7), sebentar tadi.

Bukan sahaja penyokong Aril yang popular dengan tagline 'Best Wok' tetapi barisan tenaga pengajar serta pengkritik juga terkejut dengan keputusan itu kerana persembahan Aril cukup hebat dan bertenaga apabila menyanyikan lagu kumpulan Gigi, Nakal.

Mendengar keputusan hos AC Mizal yang turut menangis dan memeluk Aril itu, Cikgu Siti Hajar Ismail terus menitiskan air mata manakala pengkritik Adlin Aman Ramli, Dato' Khadijah Ibrahim serta Adibah Noor, kelihatan menggeleng-gelengkan kepala mereka.

Sehingga siaran langsung konsert itu selesai pun, ramai penonton tidak berganjak daripada tempat duduk mereka dan masih tertanya-tanya apakah yang telah berlaku. Adakah ia berpunca daripada sikap Aril yang dilihat dalam Diari AF atau disebabkan kehadiran Marsha yang kelihatan intim dengan Aril di dalam akademi?

Apapun puncanya, yang jelas itulah keputusan muktamad penonton Af7 malam tadi yang pastinya mengecewakan ramai peminat Aril. Sejarah AF juga berulang semula kepada Aril kerana pada musim terdahulu beberapa pelajar kegemaran ramai tersingkir seperti Rosma, Dafi, Aizat dan Rich.

Dari segi persembahan, pelajar malam tadi terutama lelaki memberikan showmanship yang menarik. Persembahan pelajar lelaki malam tadi adalah Yazid (With Or Without You/ U2), Hafiz (Kau Yang Punya/ Malique & Najwa) dan Akim (Situasi/ Bunkface).

Manakala persembahan pelajar wanita pula ialah Claudia (When You're Gone/ Avril Lavigne), Aishah (Flora Cinta/ Min Malik) dan Isma (Tak Mungkin Kerana Sayang/Alyah).

Selain lagu-lagu terbaru, konsert minggu ke-7 itu menyelitkan nostalgia buat penonton kerana mempersembahkan nyanyian berkumpulan semua pelajar menerusi lagu Fiona (4U2C) dan Untukmu (Feminin).

Dengan penyingkiran Aril maka tinggal 6 lagi pelajar yang bakal meneruskan perjuangan sebagai juara AF7.

Saturday, April 11, 2009

AF7: Sidi Tewas, Mangsa SMS Terbaru!



KUALA LUMPUR, 11 APRIL 2009: Akhirnya selepas berjuang selama 5 minggu Sidi atau nama sebenarnya, Mohd Rashidi Mohamad Isa terpaksa akur dengan keputusan Afundi SMS yang tidak berpihak kepadanya malam tadi.

Beliau yang mendendangkan lagu Cinta Yang Sempurna berduet dengan Zahid AF2 gagal memikat hati penonton walaupun sudah bertungkus-lumus memperbaiki kelemahannya setiap kali melakukan persembahan.

Konsert yang bersiaran secara langsung menerusi Astro Ria (Saluran 104) ini menampilkan kelainan apabila buat julung kalinya memberi peluang setiap pelajar berduet dengan bintang Akademi Fantasia (AF) seperti Vince, Zahid, Mila, Farah, Marsha, Yazer dan Heliza.

Acara yang diadakan di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil menyaksikan pelajar wanita iaitu duet Claudia & Vince (Kau Muzik Di Hatiku/ Jacyln Victor & Vince), Aishah & Aiff Aziz (Dua Hati Menjadi Satu/ Gita Gutawa & Dafi), Isma & Zul 2 By 2 (Kau Mawarku/ Dato' Siti Nurhaliza & 2 By 2).

Manakala persembahan pelajar lelaki adalah Yazid & Yazer (Terharu/ Jamal Abdillah & Mawi), Aril & Marsha (Aku Dan Dirimu/ Ari Lasso & Bunga Citra Lestari), Qhaud & Heliza (Dibius Cinta/Yusry & Melly Goeslow), Hafiz & Mila (Terlanjur Cinta / Rossa & Pasha Ungu) dan Akim & Farah (Jika Kau Tiada/Erra Fazira & Yusry).

Sementara itu, selain persembahan individu, setiap pelajar turut bergabung tenaga dengan persembahan pembukaan yang mendendangkan lagu Lucky nyanyian asal Jason Mraz dan Colbie Caillat.

Dengan penyingkiran Sidi bermakna tinggal lapan lagi pelajar yang akan meneruskan perjuangan mereka meraih gelaran juara AF7. Pengkritik yang bertugas minggu ini adalah Edrie Hashim dan Dato' Khatijah Ibrahim. Adlin Aman Ramlie yang terbabit sebagai hos Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 pula digantikan dengan handalan, Adibah Noor.

Konsert malam tadi juga menampilkan transformasi baru apabila pentas ditambahi bebola seperti molekul di atas pentas. Pun begitu, cara penyampaian pula kembali seperti AF terdahulu apabila tiada lagi montaj pelajar tetapi AC Mizal bertindak bermesra dengan pelajar terlebih dahulu.

Di samping itu, tarian dan nyanyian lagu Menuju Puncak kembali dinyanyikan pada akhir konsert.

Thursday, March 12, 2009

AF7: Pelajar Melatah.. kelakar plak..

Af7 dah start dengan dimulakan pada hari sabtu lepas, seperti biasa permulaan AF adalah dengan Tirai AF, tapi aku bukan nak citer pasal semua peserta dan latar belakang mereka, kalau nak tau lebih lanjut bleh gi je website astro, sume ada kat situ.. tapi yang aku nak kongsi (kalau yang tak tengok lagi la) ada satu pelajar dari Sarawak bernama Aisyah, time ujibakat pun dah terserlah sifat latah dia.. then masa pemberitahuan yang dia terpilih utk jadi calon pelajar af pun still melatah gak.. mari kita saksikan aksi latah beliau..



bagi yang tak boleh tengok youtube kat opis bleh direct download kat link kat bawah ini
AF7: Pelajar Melatah

Sunday, December 21, 2008

Mawi bernikah dengan Ekin dengan sekali lafaz




JOHOR BAHRU: Juara Akademi Fantasia (AF) 3, Mawi atau Asmawi Ani, 27, selamat diakad nikahkan dengan sekali lafaz dengan pasangannya Ekin atau Nora'ashikin Rahmat, 29, di Masjid Sultan Abu Bakar, di sini, jam 11.45 pagi tadi.

Pasangan itu dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Johor Bahru, Mahad Mohd Said, dengan disaksikan sanak saudara kedua-dua pasangan. Satu majlis resepsi keluarga Ekin akan diadakan di Stadium Tertutup Johor Bahru, malam ini.

Pada 28 Disember ini pula, majlis di pihak pengantin lelaki diadakan di Dewan Felda Taib Andak dengan kehadiran jemputan dianggarkan 15,000 orang tetamu termasuk peminat dari seluruh negara. Mawi turut dijadual menghiburkan peminatnya pada konsert di padang Felda secara percuma sebagai penghargaan kepada tetamu dan peminat yang hadir memeriahkan hari bersejarah itu.

Sumber: Berita Harian Online.

Friday, December 19, 2008

Citer Artis Mesia

Baru tadi aku tengok berita bgtau yang Nasir P Ramlee sudah kembali ke rahmatullah, sempat gak tengok berita tadi.. rasanya muda lagi la beliau, tapi dah ajal maut telah ditentukan so redha aje la..

Satu lagi berita hangat adalah kes perceraian Abby ngan Norman Hakim, selesai sudah pertikaian antara mereka, kes itu selesai dengan Norman menjatuhkan talak 1 dengan berat hati, pada suatu ketika semasa hendak melafazkan cerai tersebut Norman terhenti seketika, hingga hakim terpaksa memberhentikan acara tersebut utk tindakan lanjut... akhirnya terpisah juga Abby ngan Norman Hakim.. itu juga salah satu ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah.

Thursday, December 18, 2008

Monday, December 15, 2008

Wayang JOM - FREE!!




Sebenarnya dah agak lama aku dapat tiket Exclusive nih, dan aku dapat dari skuad Era Avanza kat McDonalds kat Seksyen 3 Shah Alam (sebelah bulatan). Aku dapat masa tu pun kebetulan aku nak balik meru dari USJ, dan masa tu malam kalau tak salah aku time tu pukul 8.30 pm. Kebetulan time aku balik tu aku lalu area Shah Alam dan time tu pun dengar ERA.FM.

Tarikh aku dapat tiket free ni kalau tak salah aku masa tu 30 October 2008 la then sampai skrg tak gi tengok lagi... agak2 macam nak gi tengok citer Cicakman - Planet Hitam... tapi takkan nak gi tengok sorang2? tiket ada dua... hehe... dan tarikh akhir utk redeem tiket ni adalah 31 Januari 2009.. so ada banyak masa lagi la nak gi tengok wayang apa... so tunggu jela bulan Januari karang la kot ada citer menarik plak baru aku gi tengok agaknya....

Saturday, November 8, 2008

Anugerah Skrin TV3 2008



Pengacara:
1. Adlin Aman Ramli
2. Nurul Syuhada Nurul Ain

Keputusan Anugerah Skrin 2008

RANCANGAN BUAL BICARA TERBAIK - MACAM-MACAM AZNIL
LAKON LAYAR TERBAIK - MIRA MUSTAFA DAN ARA - SEPI
LAKON TV TERBAIK - ANUAR IDRIS - WASIAT
DRAMA KOMEDI TERBAIK - MR. MAMA
RANCANGAN REALITI TERBAIK - SO YOU THINK YOU CAN DANCE
PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK (DRAMA) - NORMA DAMANHURI
PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK (DRAMA) - QUE HAIDAR
RANCANGAN HIBURAN TERBAIK - PROJECT SUPERSTAR
RANCANGAN DOKUMENTARI / MAJALAH TERBAIK - MAJALAH TIGA
LAPORAN KHAS BERITA TERBAIK - ORANG ASLI TERANCAM
RANCANGAN MUZIK TERBAIK - ANUGERAH JUARA LAGU 2008
PELAKON LELAKI TERBAIK (DRAMA) - ZAMARUL HISHAM
PELAKON WANITA TERBAIK (DRAMA) - FAUZIAH AHMAD DAUD
PELAKON LELAKI TERBAIK (DRAMA) - ROSYAM NOR - KALA MALAM BULAN MENGAMBANG
PELAKON WANITA TERBAIK (FILEM) - BAIZURA KAHAR - SEPI
PELAKON LELAKI TERBAIK (FILEM) - ROSYAM NOOR
ANUGERAH KHAS JURI - YASMIN AHMAD
PENGARAH TERBAIK FILEM - MAMAT KHALID - KALA MALAM BULAN MENGAMBANG
PENGARAH TERBAIK DRAMA - MURALLI ABDULLAH - SUARA SALEHA
FILEM TERBAIK - KALA MALAM BULAN MENGAMBANG
DRAMA TERBAIK - SUARA SALEHA

Persembahan:
1. Faradhiya
2. Adi Putra
3. Erry Putra
4. Emilda Rosmila

Anugerah2 macam ni rasa dah banyak sangat kat mesia nih... ni salah satu... aku pun tak berapa tengok sangat sebab tgh buat header blog nih... curik2 tengok je la.. so itu lah keputusannyer.. cuma nak komen pasal pengacara tuh.. adlin aman ramli tu ok je jadik pengacara.. sempoi.. yang nurul syuhada tu plak cam cover2 plak... tak banyak cakap.. tak biasa agaknya mengacara rancangan besar (besar ker?) camni...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...