Showing posts with label Khalisah. Show all posts
Showing posts with label Khalisah. Show all posts

Tuesday, March 16, 2010

Welcome our Future Baby

Dah lama nak post pasal future baby nih, asik tertangguh-tangguh last2 terlupa plak. Bila dah teringat tu cepat2 carik gambar (gambar ke?) yang discan masa buat check up kat klinik. First checking tu buat kat klinik kat USJ aje, masa tu wife aje pergi sorang sebab ketika itu dia demam. Tak sangka pulak demam ada makna.. hehe

Then 2nd checkup buat detail kat Klinik Umra, tempat khalisah dilahirkan. Kalau kat Umra ni memang que panjang gile, ramai sangat yang nak jumpa doktor (lupa plak nama doktornyer). Ada jugak doktor2 lain tu tapi still nak jumpa doktor ni jugak. Jadi kalau nak cepat jumpa tu kena datang awal la, biasanya lepas maghrib dah penuh que sampai kul 9 mlm setiap hari bekerja..

















Ini pula kali ketiga buat check up kat klinik lain pulak.. Kali ini sebab prefer dengan doktor plak.


















Welcome to our Future Baby!

Monday, February 22, 2010

Cuti Balik Kampung - Part 2

Sambungan dari Part 1

 Hari seterusnya aktivitinya adalah pergi ke majlis perkahwinan kat area Rantau Panjang, Kelantan, kira2 beberapa kilometer aje nak sampai sempadan Thailand. Malangnya perjalanan nak ke Rantau Panjang tu agak jem, tapi nak buat macam mana dah satu jalan itu aje. Sempat jugak la potong belah kiri, pastu masa potong kiri tu ada polis traffic pulak... dah agak2 cuak la sebab kat depan dia tahan kereta yang potong tepi.. Disebabkan sempat masuk lane belah kanan, walaupun hanya satu lane, tapi alhamdulillah terselamat dari di tahan polis.. kereta myvi putih kat belakang tu kena tahan pulak.. hehe..

Sampai kat tempat kenduri keadaan agak panas terik la... masa tu pulak khalisah tido.. banyak pulak hidangan yang ada tapi tak berapa nak makan sangat pun.. ada nasik kenduri (macam biasa tu la) pastu ada laksa, ada roti jala, cendol dan air sirap.. siap ada karaoke lagik.. penyanyi nyer boleh tahan gak suara dia, agaknya diimport dari belah thailand kot..

Tempat yang dituju selepas itu ingatkan nak ke pasar kat Rantau panjang tu tapi tak jadi la.. haluan dituju ke arah Kota Bharu.. disebabkan dah lama tak menjejakkan kereta kat bandar tu hampir semua jalan dah jadi jalan sehala.. susah betul nak parking...pusing2 akhirnya dapat jugak parking kat sebelah restoran nasi ulam.. besar jugak restoran tu..

Kisah Khalisah Jatuh Tangga

Minggu ni kami balik kampung Meru, start balik pun hari sabtu pagi. Kejadian ini berlaku pada hari Ahad (21-Feb-10) tengahari. Disebabkan ibu minggu ini sibuk dengan takaful, dia takde masa kejadian ini. Ibu busy kat Giant Batu Caves untuk buat takaful.

Ketika kejadian ada 3 orang kat rumah, termasuk Khalisah ada 4 orang la. Aku tengah tengok TV kat ruang tengah, adik pulak tengok TV kat ruang dapur, mak pulak tengah masak kat dapur. Saksi utama adalah adik yang ada kat ruang dapur. Gambar kat bawah adalah tempat di mana Khalisah berdiri sebelum kejadian.





















Pagar kayu ini telah dibuat lebih kurang 3 ke 4 tahun, dan selama itu takde lagi orang yang jatuh ketika pagar kayu ini dipasangkan. Jadi lepas dah pasang pagar kayu ini takde risau sangat la untuk kejadian yang tidak disangka-sangka macam ini.

Saturday, February 20, 2010

Cuti Balik Kampung - Part 1

Disebabkan cuti Tahun Baru Cina agak panjang, kalau dikumpul-kumpul semua cuti tu dapat 4 hari, start dari hari Sabtu sampai hari Selasa. Jadi kami pun balik kampung kelantan la... Mula bertolak dari USJ pukul 4 pagi hari sabtu then nak gerak sekali dengan kawan adik ipar yang drive keta Swift, kami drive keta Myvi aje.. Jalan agak ok di pagi macam tu, kalau lambat sikit rasanya mau jam jugak tu.. Kami berhenti solat subuh di masjid dekat Kuala Lipis. Lepas solat kami teruskan perjalanan yang agak mula sibuk dengan kenderaan. Disebabkan konvoi dengan Swift tak bawak laju sangat la.

Sepanjang perjalanan tak sesak sangat kecuali dekat area nak sampai Merapoh, kena la jam dalam sejam kat situ. Mula-mula tertanya jugak kenapa boleh jam kat kawasan tu, selalunya tak pernah jam. Bila ada tow car lalu disertai beberapa buah kereta peronda polis dah sah ada accident. Sebelum tu pun dah ada accident, kereta Persona terbalik masuk dalam longkang. Ini pulak kereta apa ntah tak perasan nak tengok. Lepas tu jumpa lagi accident melibatkan kereta Kancil

Thursday, February 18, 2010

Happy 2nd Anniversary!

Agak lambat aku post utk 2nd anniversary perkahwinan aku, sepatutnya anniversary pada 08-Feb-2010. Tapi disebabkan kesibukan kerja (cewah!) baru kali ini aku sempat buat post ini. Takde la sambut kat mana2 hotel ke restoran ke, cuma sambut kat rumah aje.. hehe..

Kali ini sambutan dimeriahkan dengan kehadiran anak pertama kami, Khalisah. Sekarang nak pegi makan2 pun agak susah sebab kelincahan (?) Khalisah yang membataskan aktiviti2 harian. Kadang-kadang nak makan kat kedai tu pun kena gilir2 makan, kalau tak mau ada yang panjat meja pulak.

Jadi kali ini biarlah gambar menerangkan segala-galanya

 
 Pilihan kek, takkan nak yang design ladybird plak kot

Tuesday, February 9, 2010

Beli Kereta Baru!

Sudah beberapa kali memikirkan adakah perlu untuk menukar kereta baru lepas habis bayar kereta yang sedia ada? Adakah perlu dijual kereta yang sudah habis bayar? Atau simpan saja dan repair apa yang perlu? Setelah difikir-fikirkan dan perbincangan satu keluarga kami sudah membuat keputusan. Wira dah habis bayar, tinggal myvi aje yang kena bayar.

Bila dah berkeluarga ini selalu isu kereta adalah penting bila nak balik kampung, setakat balik Meru aje tu tak jadi masalah, dekat aje. Isu ini selalu berlaku bila balik kampung kelantan, muatan beg-beg dan barang-barang sahaja dah separuh kereta penuh. Ini nak balik kampung pada Tahun Baru Cina, maklumlah cuti panjang sampai hari Selasa, jangan kena sumpah seranah dengan orang Cina sudah la.. time diaorang nak beraya kita pun sibuk2 nak balik raya jugak untuk menambahkan kesesakan jalanraya.

Friday, January 29, 2010

Khalisah: Rambut Baru Saya

Post kali ini hanya untuk tunjukkan gambar terbaru anak aku, Khalisah dengan rambut barunya, digunting oleh Tokma nya tapi masa gunting rambut ni aku takde, tak tau la macam mana cara mengguntingnya, susah ke senang.. Kalau ikutkan aku biar potong pendek terus, biar tumbuh rambut baru.











































Nampaknya kena pergi gunting kat kedai juga la nampaknya untuk potong pendek, sebab perempuan, sekali potong aje, nak potong lain kali entah bila pulak.

Friday, January 22, 2010

Me - Mykid Look-Alike Contest

Ada satu lagi contest jumpa masa blogwalking jugak, macam best je join contest2 nih.. kalah menang adat permainan... cewah ayat power tu.. disebabkan requirement dia tak susah so utk yang nak join tu boleh refer syarat2 seperti berikut:

1. penyertaan terbuka kepada blogger yg ada anak...anak tu mestila berusia antara 0 hingga 12 tahun...
2. bg yg blom jadi follower.....jadi la follower mama_iris. kalau dah...ok la....
3. buat 1 entry khas utk contest ini yg mengandungi gambar anda dan anak yg seiras dgn anda..... (kalu boleh dekatkan kedua2 gambar supaya senang utk dilihat keirasan itu)
4. tinggalkan link anda di bahagian comment entry ini... (ini utk track back korang nye link..)
5. letakkan banner di sidebar menggunakan gambar ini.. (letakkan link entry ni kat banner tu ye..)
6. tarikh tutup penyertaan adalah pada 5hb Februari 2010....lepas tarikh ni,penyertaan ditutup...dan juri2 mahu menilik satu persatu gambar....
7. pemenang akan diumumkan pada 14hb Februari 2010.. (tak ada kene mengena dgn valentine's day ye.....aii x sambut..)























[agak2 kami seiras ke tak?]

Saat Manis Si Manja

Contest time!

Bila tengok kat blog orang lain time blogwalking, terjumpa plak contest kat blog siha, banyak pulak dia join contest, baik aku join mana tau aku yang menang.. tapi bukan siha yang buat contest ini, orang lain, orang itu adalah orang ini aku blasah je join, buatnya tak bleh join buat2 tak tau aje la.. haha

Bila ada contest mesti ada syarat-syaratnya:
1. Upload banner contest di atas ke sidebar. - DONE
2. Tajuk contest 'Saat Manis Si Manja' - DONE
3. Terbuka kepada kanak-kanak berumur 0-6 tahun sahaja. - DONE
4. Upload gambar saat manis si manja anda (spt percutian,hari lahir dll)
Sertakan nama dan umur anak. - DONE
5. Tuliskan tajuk gambar. Tidak melebihi 15 patah perkataan. - DONE
6. Jadi follower blog saya My Small World.- DONE
7. List-kan My Small World di dalam blog list anda. - DONE
8. Pemenang berdasarkan gambar yang paling menyentuh hati!.
9. Tinggalkan link anda di dalam entri ini. - DONE
10. Juri akan dilantik oleh saya.
11. Hadiahnyer ??? seorang si manja lelaki DAN seorang si manja perempuan akan dipilih. Hadiah dipilih oleh si manja yang gambarnya terpampang di 'banner'.























Nama: Nurulain Khalisah bt Muhamad Nurizan
Umur: 14 bulan
Tajuk Gambar: Mari berenang di bahu ayah! Kita takut dia jatuh, dia lagi suka+gelak2 lagik

[harap2 bleh menang! haha]

Thursday, January 21, 2010

Beli Barang di Pasar Tani Shah Alam

Lama tak update blog ni, dah masuk 5 hari dah, dengan semangatnya usha2 handphone tengok ada tak gambar2 yang menarik utk dikongsikan.. baru teringat nak citer pasal Pasar Tani Shah Alam. Pada yang tak pernah atau tak tahu pasal pasar tani shah alam ni memang rugi la. Lokasi pasar tani ini bersebelahan dengan Stadium Shah Alam dan berhampiran dengan Giant Seksyen 13. Di sini terbahagi kepada dua, pertama pasar tani, dan satu lagi pasar apa nama dia yer, tapi pasar jual barang2/baju/keperluan
























Tempat yang selalu kitaorang pegi bahagian pasar tani la, beli sayur, ikan, udang, ayam, daging, buah2 dan macam2 lagi.. banyak pilihan dan kalau rajin pegi semua gerai tu untuk buat pilihan, tapi jangan lambat sangat pilihnya, takut kang bila pegi ke gerai yang dipilih tu barangnya dah abis, orang ramai la katakan..






















Kalau mencari sesuatu yang sukar didapati tu boleh la cuba2 berkunjung ke pasar tani ini. Harapnya tidak menghampakan. Kitaorang selalu pegi pun beli barang keperluan untuk seminggu, then seminggu sekali boleh dikatakan pergi ke situ. Perjalanan dari rumah kat USJ ke pasar tani ni hanya 10 minit sahaja, kalau nak cepat lagi pun boleh tapi kena melanggar peraturan jalan raya la..






















Lokasi ini juga popular bila menjelang bulan ramadhan, disini jugalah pasar ramadhan dibuka untuk orang ramai. Yang penting kalau hendak pergi ke sini sediakan ruang kenderaan yang luas dan semestinya duitnya yang mencukupi jika berniat untuk membeli barang keperluan dengan banyak.






















Kawasan antara gerai2 tersebut juga agak luas, kalau orang ramai pun takde la sampai langgar-langgar bahu, cuma gesel2 je.. hehe.. Untuk bahagian pasar barang2 dapur ni saja ada 2 baris sepanjang lebih kurang 2 km kot.. sebab tak penah ukur plak.. hehe






















Lagi satu kawasan yang menjadi perhatian dan tumpuan orang ramai adalah bahagian yang menjual makanan, sentiasa ramai orang dan bagi yang ingin menjamu selera disini juga disediakan tempat makan oleh gerai2 yang terpilih.






















Kalau bawak Khalisah pun tak boleh lama2 sangat sebab tak nak duduk dalam stroller ni lama-lama dan keadaan yang agak panas, disarankan untuk membawa payung untuk menambahkan keselesaan anda.






















Bagi sesiapa yang ingin berkunjung ke sini jangan lupa hanya pada hari Ahad pagi setiap minggu seawal 7 pagi (kot sebab tak penah datang lagi awal) sampai 12.30 tghari. Selamat membeli belah!

Saturday, January 16, 2010

Sogo Card Member Sales - Dahsyat!

Info ini aku dah bagi tau sedikit minggu lepas masa aku pegi Sogo Warehouse Clearance, jadi memang dah plan nak pegi la.. Jadi hari Rabu dah apply cuti utk hari Jumaat, agak terlewat jugak la tapi apply tetap apply.. hehe
Seawal pagi lebih kurang macam nak pegi keje jugak la kitaorang pegi Sogo, tapi Khalisah tak bawak, tinggal kat taska... tak larat plak nak bawak dia gi shopping tempat ramai orang camtu.. sebelum tu jom usha info pasal Sogo Card Member Sales nih...






















[Pamplet utk sogo card member]






















[Sebahagian dari kelebihan Sogo Card Member]




























[Salah satu aim nak beli luggage dengan harga RM69, harga asal RM379]

Kitaorang sampai kat Sogo dalam kul 9.25am, siap2 parking trus pegi tempat kasut, tapi nak masuk kena check Sogo Card Member dulu, kalau yang takde bleh apply dengan harga istimewa RM12 aje kat luar Sogo tu. Barang yang memula dibeli adalah kasut, ini aje dah RM130, so dah boleh redeem la utk luggage tu.. kalau lambat takut abis..






















[kena check sebelum masuk Sogo]























[kasut sekolah je nih, hehe]

Lepas dari itu trus gi beli baju Khalisah dulu, dapat la beberapa pasang, ramai tul orang.. agaknya diaorang pun amik cuti gak kot.. hahaha.. jadi ini lah hasil dari shopping kat Sogo, abis jugakla dalam RM300..






















[awal pagi pun dah ramai orang]






















[nasib baik kaunter utk bayar ada banyak.. kalau tak mau jem]






















[baju Khalisah + baju BEN10 dan baju belang utk ibu]

Jadi pada sesapa yang berminat shopping tu blehla menyesakkan lagi Sogo pada hari Sabtu.

Thursday, January 14, 2010

Shopping Barang Dapur

Aktiviti shopping barang dapur untuk bulan ni agak lewat sedikit, biasanya awal2 bulan dah buat, then kalau ada yang kurang, pada suku ketiga bulan akan pegi sekali lagi.. tempat kebiasaan shopping barang dapur tak jauh pun dari rumah, tengok jenis barang nak dibeli jugak.. tempat tempat yang biasa pegi adalah Carrefour Subang Jaya, Giant Seksyen 13, Shah Alam. Agak2 kalau nak jauh skit tu bleh pegi Tesco Shah Alam..

Kali ini dua kali atau dua hari berturut2 gi beli.. memula gi Carrefour, beli barang sambil nak beli susu Khalisah, bila sampai tengok dah abis... nak pegi Giant Shah Alam pulak dah agak malam... so ini la barang yang dibeli di Carrefour












































Untuk barang ini aje dah RM130, tapi tak termasuk susu Khalisah.. nak kena beli kat Giant plak, kat rumah pun tinggal sikit, takut tak cukup kang meragam malam2 susah pulak.. jadi keesokan harinya iaitu hari Khamis pegi pulak ke Giant Shah Alam, mainly nak gi beli Susu Isomil aje.. tapi dah sampai tu jalan2 sekali la.. beli la sedikit barang lain juga..











































yang ini pulak dalam RM195.. rasanya cukup la utk bulan ini..

Monday, January 11, 2010

Sogo Warehouse Clearance + Jalan2 Putrajaya


Hari Sabtu lepas wife ajak aku pegi sogo sebab ada sales.. alaaa shopping ni yang maleh nak pegi.. tapi nak carik kasut kerja aku pulak.. kena pegi la.. hehe.. Plan nak pegi pagi tapi kena kemas2 rumah apa yang patut la dulu.. then gi melawat patema plak.. agak2 dalam kul 3 lebih baru gerak gi sogo.. kitaorang memang dah biasa parking kat Maju Junction, jarang parking kat Sogo.. sebab? malas nak berebut/tunggu ada parking kosong.. kalau kat maju junction tu sentiasa ada parking.. tapi kena menapak skit la..

Tengok kat Sogo orang tak ramai pun...? rupanya sales tu kat tingkat 7.. then hanya orang yang ada maybankcard ngan Sogo card je bleh masuk.. aku ada ke? hahah.. aku follow wife je la.. tengok tak banyak barang la yang menarik utk dibeli/ditengok cuma barang2 biasa2 je.. tapi disebabkan namanya sales tu ramai jugak la orang yang datang.. Plan nak beli kasut pun tak jadi sebab wife bagitau minggu depan ada Sogo Card Member Sales.. tu lagi giler aa.. hanya card member je bleh masuk.. dah tentu special price..







Lepas pegi sogo pastu trus plan nak pegi Putrajaya sebab nak kasik Khalisah jalan2.. maksudnya bagi dia berjalan yer.. kat rumah macam tak cukup ruang je nak jalan.. on the way tu call aiman tanya cuaca kat Putrajaya ok ke tak.. kalau tak ok mau balik rumah je.. sebab kat kl dah ujan..

Bila ok trus gi Putrajaya la.. kawasan yang dituju adalah depan Masjid Putra.. sampai lebih kurang kul 7 mlm tapi still cerah lagi. bleh la Khalisah nak jalan2.. abis satu bulatan tu dia duk lari2.. hahah.. seronok je tengok dia jalan2 kat situ.. len kali bleh bawak lagi la.. 





 

 [ready utk pegi Sogo next week - Sogo card member sales, jom shopping]

Tuesday, December 29, 2009

Monday, November 16, 2009

15-Nov-09: Birthday Khalisah

Semalam [ahad] genap setahun umur khalisah.. Asalnya nak celebrate satu famili je tapi tak best plak.. jadi kitaorang plan nak sambut birthday khalisah kat kampung Meru.. sana ramai sepupu2 dia, meriah la skit..

Sebab harijadi khalisah jatuh pada hari ahad so senang la nak ajak orang lain join sekali memeriahkan majlis.. lagipun semua duduk area2 situ je.. nak buat makan2 tu asalnya nak beli kek pastu masak la mee goreng ke ok dah.. bila dah discuss among adik beradik so beli la apa2 yang patut.. hehe..



Menu:
1. Kek Harijadi
2. Mee goreng
3. Kuewteow Tomyam
4. Nugget
5. Cempedak Goreng
6. Roti Sandwich

Majlis mulanya nak start pukul 2 petang, tapi lewat sejam, jadi start kul 3 petang.. Saksikan majlis hari jadi tersebut dengan gambar2 yang disediakan..

Monday, October 19, 2009

Open House @ USJ 3/4

Open House @ USJ 3/4
Tempat: Jalan USJ 3/4, SUbang Jaya
Tarikh: 17 Oktober 2009
Masa: 12.00 Tghari ~ 6.00 ptg

Menu:
1. Nasi Kerabu
2. Mee Jawa
3. Mee Goreng
4. Nasi Impit
5. Rendang Ayam
6. Nugget
7. Karipap & Pulut Panggang
8. Kuih Raya

Antara gambar yang sempat diambil semasa open house.
Terima kasih pada yang hadir.


.: Antara tetamu yang hadir :.


.: Sesi gurauan bersama Khalisah :.


.: Menu yang disediakan... :.


.: Perbincangan masa depan nih :.


.: Ibu, ayah dan Khalisah :.


.: Makan dan sesi perbincangan masa depan :.


.: Antara geng SAPURA yang hadir :.

Nak detail gambar bleh pegi SINI

Tuesday, September 29, 2009

Khalisah: Gambar Raya di Meru 2009


.: Beraya di rumah kakak no 2 :.


Khalisah: Ayah, nape khalisah tak pakai baju sama kaler dengan ayah?
Ayah: Ye la, nape yer? baju khalisah tgh basuh tak kering lagi kot.. hehe


.: Beraya di rumah abg no 2 :.


.: Beraya di rumah kakak no 1 :.


.: Beraya, makan, beraya, makan :.


Khalisah: Bila kita nak beraya ni yah?
Ayah: Ala khalisah pun baru bangun tido cemana nak gi beraya...
Khalisah: Jom kita beraya.. vrommm vrommm!!

untuk detail album gambar bleh KLIK SINI

Friday, September 25, 2009

Khalisah: Gambar Raya di Kelantan 2009


Khalisah: Senyum2 semua, nanti untie arieza nak tengok kita nih..


.: Gambar Khalisah bersama ibunya :.


.: Gambar satu famili plak, serba biru tahun ini :.


Khalisah: Nape ayah tunjuk tanda peace tuh?
Ayah: Nanti untie arieza ketuk pale ayah lagi.. tu kena tunjuk peace kat dia la nih


Khalisah: Dah malam la ayah, nak amik gambar lagi ker?

P/s: Selamat hari raya bagi anda yang beraya di perantauan.. haha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...