Showing posts with label Akademi Fantasia. Show all posts
Showing posts with label Akademi Fantasia. Show all posts

Tuesday, April 27, 2010

Akademi Fantasia 8 Lagu Tugasan Minggu ke Tujuh Mengikut Aliran Genre

Akademi Fantasia musim ke 8 sudah memasuki minggu ke tujuh dan mengikut komen Norman selaku pengetua musim ini, para pelajar sudah mula menunjukkan genre genre lagu yang sesuai dengan suara dan personaliti masing masing. Lagu yang agak mencabar pelajar kali ini nampaknya kepada Iwan yang mengakui sukar untuk menyanyikan lagu tersebut. Kalau ikutkan suara asal penyanyi lagu tersebut memang la susah nak ikut, tapi bukankah sepatutnya lagu tersebut perlu dinyanyikan mengikut citarasa masing masing.

Adakah dengan terkeluarnya NAD pada minggu lepas membuatkan Iwan huru hara dan macam kecewa apabila mendapat lagu tersebut. Itu adalah dari pemerhatian aku pada diari hari ini. Senarai lagu dan pelajar yang akan menyanyikan pada konsert minggu ke tujuh di harap dapat dipersembahkan dengan mantap dan menarik. Sama sama kita saksikan

PELAJAR LELAKI
MAULANA – Semalam (Sean Ghazi)
SHAHIR – Tiara (Kris)
IWAN – Warisan Wanita Terakhir (Teacher’s Pet)
DAUS – New Devide (Linkin Park)

PELAJAR WANITA
ADIRA – Ayat Ayat Cinta (Rossa)
AIN – Seindah Biasa (Dato’ Siti Nurhaliza)
FARINA – Jika Kau Ubah Fikiran (Mila)

LAGU BONUS DEBARAN
Medley Jangan Diucap Selamat Tinggal (Shades) dan Viva Forever (Spice Girl)


Thursday, April 15, 2010

Kontroversi Maulana dan Ain terjawab Dalam Diari Akademi Fantasia

Hot News!: Kejutan Fahrin Ahmad untuk Farina
Hot News!: Kejutan Kontroversi untuk Maulana dan Ain

Diari akademi fantasia malam ini memaparkan beberapa kejutan terhadap pelajar2. Aku pun tengok dah part kejutan dari pihak produksi AF untuk Farina di mana Farina memang minat giler pada Fahrin Ahmad. Sedang berlatih menyanyi tetiba ada bunyi ketukan pintu dan Farina sangat terkejut apabila Fahrin muncul dimuka pintu bersama2 dengan sejambak bunga dan sebungkus coklat.

Farina yang masih terkejut tidak dapat menumpukan perhatian pada latihan apabila Fahrin sentiasa berada disisinya. Kemudian Fahrin memberikan dua keping kad tulisan tangan anak Farina. Pada mulanya Farina tidak mempercayai tetapi akhirnya tidak dapat menahan perasaannya apabila dapat mengecam tulisan tangan anaknya

Kejutan kedua pula penuh kontroversi. En Baha membawa Maulana ke dewan tarian dimana ditayangkan gambar seseorang di kaca TV. Segalanya terjawab bila Maulana mula berkomunikasi dan tertera dikaca TV dia sedang berkomunikasi dengan teman wanitanya. Setelah bertanya khabar masing2 bermula soalan2 panas dari teman wanita Maulana yang juga seorang gadis Cina (kot?)

Soalan yang pasti ditanyakan adalah berkenaan hubungan Maulana dengan Ain. Dengan muka terkejut Maulana menafikan hubungan baiknya dengan Ain tetapi soalan bertalu2 diajukan. Untuk menghangatkan suasana En Baha meminta Ain untuk membantu Maulana menjelaskan hubungan mereka kepada teman wanitanya. Maulana nampaknya bersungguh2 menyakinkan teman wanitanya dan mengaku dan membuat pilihan antara dua, Ain atau teman wanitanya, dia memilih teman wanitanya.

Begitulah kejutan yang dibawakan oleh pihak AF untuk para pelajarnya. Nantikan persembahan mereka pada minggu ini dengan lagu2 yang mencabar kewibawaan mereka!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, April 14, 2010

Akademi Fantasia 8 (AF8): Lagu Tugasan Minggu Kelima, Mampukah Shahir Dengan Anggapanmu?

Hot News: Adakah Shahir Mampu Membawa Lagu Ziana Zain?



Sedar tak sedar, Akademi Fantasia 8 sudah masuk minggu kelima, rasa macam cepat aje. Kalau AF sebelum2 ni aku follow jugak tapi tak rasa secepat ini. Antara yang sudah tersingkir adalah Shah, Ema, Anum dan yang terkini adalah Alif. Setakat ini tak nampak sangat siapa bakal menjuarai akademi fantasia kali ini. Dari segi undian Adira masih lagi mendahului pelajar2 lain dan komen dari juri jemputan terhadap Adira juga sangat memberangsangkan.

Antara perubahan di dalam akademi untuk kali ini adalah pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan akan membantu antara satu sama lain. Diharap untuk konsert minggu ini para pelajar akan menunjukkan kemampuan masing masing untuk mendapatkan kepercayaan pengundi2 dan juri jemputan. Berikut adalah kumpulan2 yang ada di dalam akademi dan lagu lagu yang diterima, sama sama kita nantikan persembahan mereka hari Sabtu ini.

NADIMAU
MAULANA – Ku Bukan Aku (Tilu)
NAD – My Happy Ending (Avril Lavigne)
ADIRA – Seri Mersing (Datuk Sharifah Aini)

TRIPPING
SHAHIR – Anggapanmu (Ziana Zain)
AIN – Halo (Beyonce)

HANDSOME BOYS
IWAN – Oh Juwita (Nubhan)
DAUS – Benar-Benar (Adam)
FARINA – Mana Mungkin (Dayang Nurfaizah)


Wednesday, March 31, 2010

Akademi Fantasia 8 (AF8): Krisis Maulana dengan Ain?

Diari hari ini yang menarik bagi aku adalah dalam kelas Que Haidar, berkenaan memek muka yang paling buruk yang dapat dibuat oleh para pelajar. Dapat disaksikan Iwan, Nad dan Shahir membuat muka yang buruk, tapi yang kelakarnya Shahir guna nama samaran Que Haidar, gelak Que Haidar sebenar, hehe.

Ada satu macam kontroversi antara Maulana dengan Ain, bermula di meja makan kemudian membawa ke dewan tarian. Nak kata marah antara mereka berdua, tak jugak, agaknya Ain takde mood sebab migrain dia tak ok lagi. Perbincangan antara Maulana dengan Ain masih samar-samar sebab tak ditunjukkan dari awal. Jealous kah? Marah?Sakit hati? Marah pasal orang? Nampak gaya macam krisis biasa dalam akademi seperti AF yang sebelum2 ini. Diharap tidak ada yang serius dalam krisis ini. Sama-sama kita nantikan kesudahannya dengan konsert pada hujung minggu ini.

Akademi Fantasia 8 (AF8): Lagu Tugasan Minggu Ketiga

Minggu ini sudah masuk minggu ketiga untuk Akademi Fantasia 8. Aku baru start nak layan AF8 ni rasa macam dah terlambat dan tak banyak info2 yang best2. Musim kali ini tenaga pengajar macam best, mungkin disebabkan oleh pengetuanya iaitu Norman KRU yang sempoi, tak ikut protokol sangat macam AF7, aku tak suka sebab tengok macam tertekan aje diaorang. Kali ini macam ok la.

Jadi diari AF hari kedua ini lebih kepada penyerahan lagu tugasan untuk minggu ketiga. Penyerahan agak pelik sebab cover CD lain, tapi isi lain.. confuse jugak para pelajar yang menerimanya.

ALIF – Sesuatu Janji (Taufik Batisah)
SHAHIR – Derita Cinta (Jamal Abdillah)
IWAN – Permaisuriku (Jay Jay)
MAULANA – So Sick (Ne-Yo)
DAUS – Separuh Jiwaku Pergi (Anang)
AIN – Cinta Antara Benua (Arni Nazira)
FARINA – Cantik (Nikki)
ANUM – Kau Atau Aku (Main Tarik Tali) (Elyana)
NAD – Bulan Cinta (Eva)
ADIRA – Kini (Feminin)


Ada sesi ADIRA bercakap2 dengan motor disebabkan adik dia EMA dah keluar, kira macam sesi mengadu la kot. Istimewa hari ini juga Que Haidar cuba untuk menyanyi dengan dibantu oleh cikgu siti hajar. Kelaut jugak la suara, haha..


Monday, March 29, 2010

Ekslusif : Shahir AF8 Bekas Penyanyi Saujana?

Samada korang tahu atau tidak, sebenarnya Shahir AF8 adalah bekas penyanyi Kumpulan Saujana. Bagaimana boleh tahu ni? Kalau anda tidak tahu lagi, sesiapa yang menyaksikan persembahan konsert ke 2 Akademi Fantasia hari sabtu lepas, Shahir menyanyikan lagu Alif Satar - Jangan Nakal. Di penghujung persembahan Alif ada sebut "Shahir ni penyanyi Saujana kan?"

Mari kita saksikan profil Shahir seperti dalam website astro

























Kemudian mencari info dalam wikipedia jumpa bekas-bekas ahli kumpulan Saujana, dan tertera la nama Shahir disitu.





Ingatkan tahun ni takde dah artis/bekas artis menyertai AF, rupanya masih ada lagi. Bagaimana kesudahan nasib Shahir? Sama-sama kita nantikan dipenghujung musim AF8 nanti



Tuesday, March 9, 2010

Akademi Fantasia 8 Sudah Kembali

Sapa tak pernah tengok Akademi Fantasia (AF)? Aku adalah salah seorang yang sentiasa mengikuti AF sejak dari musim pertama lagi. Nama-nama seperti Khai, Rosma, Farah, Adam, Mawi dan lain2 lagi telah mewarnai dunia hiburan tanahair.

Untuk musim terbaru AF iaitu musim ke lapan, sesi ujibakat telah diadakan dan pemilihan pelajar juga telah selesai. Disebabkan Raja Lawak Astro sudah berakhir, maka sudah sampai masanya AF pula mengambil alih tumpuan penonton Malaysia untuk menyaksikan realiti tv yang pertama dapat menggegarkan dunia hiburan tanahair pada mula penerbitannya.



Picture from www.astro.com.my

Hari ini seawal pagi pergi kerja pun dah diperkenalkan dengan para peserta musim terbaru di radio ERA kendalian Aznil dan Din Beramboi. Selepas itu sesi memperkenalkan diri kepada pihak media juga telah dilakukan dan Konsert Tirai AF jugak akan bermula pada hari Sabtu ini. Sudahkah anda bersedia untuk mengikuti AF untuk kali ini? Apakah expectation anda? Sama-sama kita saksikan konsert pembukaan pada hari Sabtu ini

Berikut adalah senarai peserta utk AF musim ke 8

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...