Showing posts with label Kerja. Show all posts
Showing posts with label Kerja. Show all posts

Friday, February 19, 2010

Jamuan Misteri Nusantara!

Hari Jumaat lepas (12-Feb-2010) ada majlis makan-makan, macam biasa kalau ada makan-makan ini mesti best punya. Cuma kali ini agak misteri sedikit.. bukan makan misteri, makan tu macam biasa la... sedap-sedap belaka.. yang misterinya adalah tujuan majlis tersebut diadakan...menurut email berantai yang disebarkan misteri ini akan dirungkaikan pada majlis tersebut... jadi kami semua pun tertunggu juga la dengan penuh sabar.. hehe

Tiba majlisnya persiapan seperti biasa diaturkan, macam mana? ntah ler sebab aku tak terlibat untuk menyediakan barang-barang nyer.. hanya membawa diri dan perut yang kosong ke majlis tersebut.. majlis start pun dalam pukul 5 petang, dah agak2 kritikal sebab nak balik awal banyak kerja yang perlu dibereskan sebelum bercuti

Wednesday, February 17, 2010

Hujan Lebat Sangat

Balik kerja hari ini tengok ke langit dah agak gelap, sampai aje kat kereta tengok hujan dah turun renyai-renyai. Nasib baik sempat sampai kat kereta sebelum hujan turun, dalam fikiran tentu 'jam' nak balik USJ ni.. sebab selalu kalau hujan aje dah tentu 'jam' dipertengahan jalan.

Tapi disebabkan hari ini baru start keje lepas cuti Tahun Baru Cina, agak kurang orang bekerja yang memandu kereta di atas jalan raya... pagi tadi keluar rumah agak lewat dan sempat lagi isi minyak pun boleh sampai awal kat opis.

Balik dalam hujan yang mula lebat, nak bawak laju tak boleh la, nanti kalau ada kecemasan mana nak sempat brek! Tapi disebabkan jalan clear, 'terpaksa' la follow BMW dengan keadaan pemandangan dalam hujan yang agak kabur, hanya lampu belakang kereta menjadi panduan perjalanan, nak harap garisan putih atas jalan raya, langsung tak nampak.

Beginilah keadaan cuaca yang diambil gambarnya dari dalam kereta, kalau boleh ambik gambar dari luar kereta memang menakjubkan la!

Tuesday, February 9, 2010

Beli Kereta Baru!

Sudah beberapa kali memikirkan adakah perlu untuk menukar kereta baru lepas habis bayar kereta yang sedia ada? Adakah perlu dijual kereta yang sudah habis bayar? Atau simpan saja dan repair apa yang perlu? Setelah difikir-fikirkan dan perbincangan satu keluarga kami sudah membuat keputusan. Wira dah habis bayar, tinggal myvi aje yang kena bayar.

Bila dah berkeluarga ini selalu isu kereta adalah penting bila nak balik kampung, setakat balik Meru aje tu tak jadi masalah, dekat aje. Isu ini selalu berlaku bila balik kampung kelantan, muatan beg-beg dan barang-barang sahaja dah separuh kereta penuh. Ini nak balik kampung pada Tahun Baru Cina, maklumlah cuti panjang sampai hari Selasa, jangan kena sumpah seranah dengan orang Cina sudah la.. time diaorang nak beraya kita pun sibuk2 nak balik raya jugak untuk menambahkan kesesakan jalanraya.

Wednesday, January 27, 2010

SAPURA INDUSTRIAL Masuk Paper!

Sekali lagi Sapura masuk paper! yesss! haha.. kali ini tentang kerjasama antara Sapura dengan Universiti Malaysia Pahang (UMP). Yang bestnya aku ada masa majlis menandatangi MOA hari isnin lepas, dan aku terlibat juga masa diaorang visit sapura.

Lagi best diaorang datang kat ofis tempat aku buat kerja, ofis development kat STC. Selepas signing ceremony dan press conference tersebut diaorang pun melawat kilang membuat stabilizer bar iaitu AASSB dan kilang machining engine parts iaitu SMC dan terakhir sekali melawat ke STC. Jadi inilah petikan akhbar The Star

Sapura Industrial collaborates with Universiti Malaysia Pahang

KUALA LUMPUR: Automotive parts manufacturer Sapura Industrial Bhd (SIB) has taken a quantum leap in the development of human capital, following the signing of an agreement with Universiti Malaysia Pahang (UMP), for higher technological collaboration.
The collaboration is expected to cover areas such as research and development, industrial training, capacity building and a wider participation in the university's existing structured tertiary educational programmes, the company said in a statement here Tuesday.

"This relationship will enable the university and the industry to establish a strong bond and complement each other.
"This will ultimately contribute to the local and national economic development, in line with the aspiration laid out by the Ministry of Science, Technology, and Innovation", said SIB's Chief Executive Officer, Mohamad Razali Osman.

Mohamad Razali had recently signed the agreement with UMP's Vice Chancellor, Prof. Datuk Dr. Daing Mohd Nasir Daing Ibrahim.

Both SIB and UMP will also undertake joint research on automotive product designing and manufacturing skills, techniques and procedures accordingly.

In addition, SIB personnel will be able to enrol themselves in UMP's post-graduate programmes to undertake research work, for which they can be awarded post-graduate degrees in related fields. - Bernama

Source: The Star

Wednesday, August 12, 2009

Sehari di UMP

Semalam pagi2 lagi dah kuar dari rumah, seawal 630pagi.. sebab nak kena sampai opis dalam kul 7 pagi.. dalam perjalanan sempat lagi singgah petronas isi minyak dan cucuk duit ler.. sampai opis dalam kul 705 pagi..ok la tu.. takde orang lagi kat opis.. bos pun tak sampai lagi..

Kitaorang gerak dalam kul 750pagi rasanya... lalu MRR2 paham2 je la mesti jem, tapi tak teruk ler sebab melawan arus jem.. dalam kul 930pagi dah sampai kat petronas atas bukit tu, apa ntah nama petronas tu.. breakfast then teruskan perjalanan

Nak kena sampai kat UMP dalam kul 11 pagi, sebab meeting start kul 11 pagi.. masa ni aku drive.. dah bos kata kalu kena saman bayar sendiri terpaksa la aku drive ikut hadlaju lebuhraya.. haha.. letih weii naik perdana tapi laju cuma 110 jer.. siap ngantuk2 lagi.. then sampai tol Gambang dalam kul 11+ pagi.. haha.. lewat gak..

Sampai2 je trus meeting.. yelah dah lambat nak cover trus meeting ler.. haha.. kang tak pasal2 kena perli2 plak.. abis meeting tghari gi makan kat gambang, nama restoran/kedai tu Warung Keluarga... tgk cam kecik je tapi ramai orang.. dan macam2 ada dalam kedai tu.. tapi cuma itu aje la kedai yang ada .. haha..

Abis makan sambung meeting lagi.. bla bla bla... abis meeting kul 330ptg.. bos plak ajak gi kuantan makan kepok lekor.. hmmm... pegi ler apa lagi.. ingatkan dekat.. agak jauh gak la amik masa dalam sejam gak la..

Nama tempat kitaorang pegi tu Tanjung Lumpur (betul ke nih?) gi makan kat kedai Mok Na.. makan kepok lekor.. tunggu punya lama la nak siap goreng kepok nih.. jadi sampingannyer adalah ikan goreng..


.: Ikan kembung goreng cicah sambal kepok :.

abis je makan trus gerak la balik ke KL dalam kul 5ptg...

Wednesday, July 8, 2009

Persona - Pasang Spring Lowered

Hari ini tolong amik gambar untuk kereta Persona sebelum dan selepas pasang spring lowered... Keta persona ni pakai rim 17", tayar 205/45/17"... spring standard.. jadi inilah gambar sebelum ditukar spring lowered


.: Gambar keta Persona sebelum diloweredkan :. [click picture to enlarge]

Pemasangan mengambil masa lebih kurang 1 jam .. sebab tukar sekali dengan absorbernyer.. ni pula hasil gambar selepas pasang spring lowered..


.: Setelah diloweredkan dengan spring lowered :. [click to enlarge]

Lepas pasang tu height kereta turun dalam 2 inci.. jadi pemilik persona dan sesapa berminat untuk mencantikkan kereta anda bleh la pasang spring lowered.. ni bukan potong spring yer.. ni memang produce untuk lowered specification..

Tuesday, July 7, 2009

Promosi Pro-ride: Majalah Extreme Kars


.: Cover Majalah Extreme Kars Performance Car Magazine :.

Tengok cover... ni bukan majalah Playboy yer.. ni majalah kereta.. Majalah Extreme Kars Performance Car Magazine.. majalah2 camni biasala gambar pompuan seksi mesti ada.. tu baru tengok luar.. kalu tengok dalam lagi ramai awek2 seksi.. haha

Tapi aku bukan nak citer pasal awek2 seksi nih.. nak citer brand Pro-ride masuk dalam majalah nih.. tak percaya tengok gambar kat bawah nih..


.: Marketing staff masuk dalam majalah nih.. gambo aku takde.. huhu :.

Ini semua adalah hasil kerja staff IASB.. salah satu cara promosi produk Pro-ride.. yang dalam majalah tu adalah Tengku dengan Kazura.. ni baru introduction.. akan ada lagi promosi ni dalam keluaran akan datang.. tunggu la berita selanjutnya bulan depan yer..

Pasang Absorber - Day 1

Minggu ni start nak pasang absorber sample yang dah siap.. sample ni dah siap dua minggu lepas tapi sebab kena buat inspection dulu untuk diambil data baru hari ini dapat di pasang di kereta.. yela kena ambik data dulu la kang kalu ada apa2 hal senang nak refer balik.. hari ini nak pasang absorber untuk kereta Naza Ria/Kia Carnival... absorber nyer aje dah berat ya amat.. haha..


.: Satu set absorber free untuk dipasang pada kereta :.


.: Kereta Naza Ria/Kia Carnival yang jadik mangsa testing :.


.: Kereta bos jadik mangsa, haha :.


.: Tukang Pasang: "Terer ni pasang, takat absorber ni sebelah tangan je pasang... " :.

Mula pasang yang belah belakang dulu.. senang je, tak banyak kena bukak sebab absorber nyer asing2 dengan spring.. cuma bukak tayar dan beberapa nut dah siap.. bila time nak pasang belah depan nut plak tak bleh bukak.. samada nut tu diikat kuat sangat atau pressure angin yang tak kuat.. jadi tak bleh bukak.. bgtau tuan punya keta.. "korang buat la macam mana pun janji boleh tukar" hahah.. jadi dah memang tak bleh bukak takde choice lain kena bukak kat kedai ler..


.: Mekanik kedai yang bukak absorber, nampak senang je :.

buat kat kedai tu amik masa dua jam, lama nyer.. mamat mekanik ni buat selow2 agaknya.. jenuh tunggu.. padahal pasang dua batang depan je.. bila dah siap pasang apa lagi masa untuk test drive plak la.. haha pusing2 port klang la utk testing.. esok plak nak pasang plak keta Kia Spectra.....

Saturday, June 27, 2009

Sarapan Pagi.. Puasa Bulan Rejab

Hari sabtu, nak bangun awal pun malas, tapi masalahnya dah terbangun awal.. sebab dah biasa bangun gi keje... tu la time keje liat je nak bangun, tapi time cuti tu senang je bangunnyer.. huhu.. so bila dah bangun awal tu semayang, rasa macam nak tido balik.. tapi tak bleh gak.. so usha2 la blog orang lain. Sambil2 tu duk dengar dj TorrentFM kalabumalami mendj.. lama tak dengar dia menDJ. haha.. promote skit labu..

Perut dah lapar, apa lagi gi breakfast ler.. pagi ni breakfast dengan lempeng cicah sambal tumis.. ada plak sardin utk dimakan dengan roti.. aku pun makan la lempeng cicah sambal + sardin.. haha


.: lempeng + sambal tumis + sardin :.

Teringat plak nak citer pasal puasa bulan rejab.. jadinya ari selasa malam mak aku dah bgtau kalau puasa bulan rejab bleh la sebab ari rabu jatuh pada 1 rejab.. aku pun ingat2 lupa je.. pagi2 gi kerja pastu time rehat cam biasa la gi makan.. baru teringat nak puasa.. hadoiii terlepas plak.. haha..


.: gambar nasi ambang makcik aku buat utk kenduri kesyukuran :.


.: menu berbuka puasa untuk yang berpuasa aje.. hehe :.

Takpe la bulan rejab ada sebulan.. so aku nak gak start2 puasa la nanti tak la terkejut berpuasa pada bulan ramadhan.. insyaAllah

Friday, June 26, 2009

Hari Jumaat... Meeting.. Makan... Meeting..

Hari ni nak share satu kedai nasi briyani kat bangi.. kisahnya hari ini ada meeting dengan UMP, start pun dah agak lewat la.. dalam kul 11 pagi.. sebelum2 ni meeting biasa start kul 9 pagi.. duk tgh meeting tak prasan dah dekat kul 1 tghari.. so sebab ari jumaat kitaorang pun pegi semayang kat UKM la.. katanya tak ramai semayang kat sana sebab masih cuti semester..

Dalam perjalanan pulak hujan renyai2.. kitaorang berenam naik keta prof gi semayang jumaat.. sampai tu tengok tak ramai pun.. ok la nanti balik senang skit tak sesak.. time khutbah aku bleh tertido plak.. ngantuk tul la.. haha..

Abis je semayang trus gerak gi kereta... tengok ramai nyer orang.. rupanya hari ini pendaftaran pelajar baru (kalau tak salah aku la..) patut la ramai.. nasib baik prof ni penah ngajar kat UKM so dia tau la mana nak cilok2.. haha..

Kuar je dari UKM trus menuju lokasi tempat makan.. kat mana? Restoran Anje Nasi Briyani. (betul ke ejaan aku nih?) kedainya tak salah aku kat belakang petronas seksyen 15 bangi.. inilah dia gambar kedai nyer... eh ni baru kedainyer.. jgn meleleh air liur lagik. haha


.: Restoran Anje Nasi Briyani Gam Johor :.

Masuk je kedai tengok dah ramai orang beratur.. huhu.. cepat tul la diaorang nih.. so kitaorang pun beratur la.. sume amik menu yang sama la.. nasi briyani ayam kampung goreng.. pastu bos plak tambah kambing masak apa ntah.. hoh.. jenuh nak abiskan.. tapi kena abiskan gak ler.. haha


.: cuba tengok kat atas ni plak nasi briyani nyer.. haaa ni nak meleleh baru ok.. :.

Jadi sesapa berminat nak gi kedai tu bleh la usha2 kat area bangi seksyen 15.. tanya orang pun rasanya orang bleh tunjuk, glamer dah kedai nih.. hehe

Lepas makan sambung balik meeting.. haihh..

Aku update location ngan direction untuk yang ingin mencuba yer. aku copy + paste dari blog sapa eh.. lupa plak..

Location:
Restoran Anje
Nasi Beriani Gam Johor JB POWER
15, Jalan SS 15/1C
43560 Bandar Baru Bangi

Directions:
Exit North South highway at the Bangi Toll
1. Take 12 when you meet the first round about ( rectangular and huge)
2. Drive until you reach a second round about (rectangular and huge also) and take a 6, something like a u - turn.
3. Drive past the NIOSH center and immediately take a left turn at the junction after the Petronas Station.
4. Turn right at the first junction. Restoran Anje should be on your left, next to the Tayar shop.

Friday, June 19, 2009

Meeting ke Training?

Kisah meeting atau training ni berlaku pagi tadi.. kisah sebelum tu sepatutnya meeting tu kena buat ari isnin tapi cancel.. (padahal aku dah EL ari isnin, tak jadi rupanya.. haha) so postponed ke hari jumaat.. ari selasa aku datang dah banyak lagi nak kena betulkan report yang aku dah buat tuh.. huh!.. Selasa.. rabu plak ada training sehari di wangsa maju (rujuk post sebelum nih) so tak buat pun update report tu pada hari rabu..

Tunda pulak nak update report pada hari khamis.. ada meeting plak kat Port Klang.. nasib baik sebelah pagi.. belah petang bleh la update report.. lepas je meeting aku pun amik beberapa gambar dan update dimension yang tak cukup lagi.. bila dah siap sume tu dah time balik.. so balik ler (takkan nak tido kat kilang plak!). harapnya nak siapkan malam tadi ler.. bajet dan ngantuk giler.. masa tu baru pukul 9 lebih.. ngantuk punya ngantuk aku terlelap.. haha

Sedar2 je dah kul 2 pagi, hadoii! report satu pun tak update lagik... sempat ker? nak tak nak kena siapkan gak la pagi tadi.. adjust2 gambar, tambah info, bila dah siap tgk jam dah kul 6 pagi... ala tak sempat ler nak sambung tido kejap pun.. tu kalau tido mau datang opis kul 10 pagi..

Sampai opis plak bos suh bukak dan dia nak tengok.. ada benda lagi nak kena betulkan.. adoiii.. nasib baik tak print lagik (memang plan taknak print lagi pun.. haha) abis nak betulkan lagi, tgk jam dah kul 830.. meeting plak kul 9.. nak print tu print color plak tuh.. abis kul 9 pun tak siap edit lagi. bos pun dah dua tiga kali datang.. last2 dah siap gi print kat SMC plak.. sebab takde printer kaler kat atas nih.. tgh2 print bos datang lagik.. suh guna projector... haaa kan senang kalu bgtau dari tadi.. haha

Masuk meeting (board room) je dah penuh orang... aii tgk memo beberapa je yang disuruh datang.. ni termasuk aku dah 12 orang.. rajin plak diaorang ni datang yer.. selalu suh datang meeting payah benar.. so bos suh aku present report aku ler.. guna projector..

Aku baru je cakap beberapa ayat intro dah ada orang tanya.. hahah.. nampak sangat dah tak sabar nak tanya.. tanya plak soalan advance (ada sebenarnya info dalam report aku, sabar!) . kira ramai/banyak gak la soalan2 yang dahsyat2... aku pun yang terer ni bedal je jawap.. keh keh keh.. itulah sebenarnya kaitan meeting ke training tu.. intro je panjang lebar... thanks pada yang sudi membaca.. hahah

Abis meeting dah kul 12 lebih.. dah nak gi semayang jumaat plak.. adios la gi semayang jumaat camni..

Tuesday, June 16, 2009

Perjalanan Hari Rabu - Training @ Wangsa Maju

Selamat Pagi... awal pagi aku dah menaip post nih.. kenapa? haha.. malam ni khalisah takmo tido plak.. jam dah menunjukkan pukul 3 pagi.. pagi ini sebenarnya ada training kat wangsa maju... betul2 depan carrefour wangsa maju.. mana aku tau nih?? tau la sebab sebelum ni dah penah gi sana, rasanya dalam 2 bulan lepas kot.. ada training kat situ..

Training ari ni kira sambungan training yang ari tu gak la.. training pasal FEA.. apa ke benda FEA tuh? bagi yang tak tau sila google la eh.. hahha.. FEA tu sebenarnya adalah singkatan bagi Finith Element Analysis.. sekali tulis english plak.. apa benda FEA tuh? nak kasik korang paham camni la bagi yang tak paham ler.. kira satu software yang digunakan utk menganalisa proses pembuatan sesuatu produk dalam komputer.. tak perlu buat sample banyak2 kali, trial and error... bila ada software ini dapat menjimatkan masa dan tenaga nak buat sample dan dapat mengurangkan kos.. betul ke kurangkan kos, padahal software tu aje harganya dah dekat 200k.. license tahunan hampir 20k.. haha lu pikirla sendiri..

Hari tu pegi ramai2 satu kereta.. so aku pun tak ingat sangat jalan nak gi sana.. hari ini aku nak gi sendiri la.. antara kelebihan pergi sendiri, tak yah gi opis dulu - trus pegi, balik trus balik rumah ler.. kekurangannyer? jgn sesat sudah ler.. aku usha gak la google maps dan inilah hasilnya...



tgk macam senang jer.. dari kesas trus sampai exit AU5.. bla bla bla.. harapnya tak sesat ler.. kalau sesat aku balik rumah je la. hahah

Wednesday, April 29, 2009

Kerja & Tempah Seluar

Hari Selasa, aku seharian kat port klang, dari pagi dah ke sana.. nak buat fitment test utk myvi absorber.. keta sapa? keta aku ler.. haha.. buat sendiri pasang kat keta sendiri dulu (padahal nak absorber free je).. hehe.. sampai je kat sana absorber tak siap lagik.. terpaksa la tolong pasang (assembly) sebab kekurangan orang, orang sikit keje nyer banyak, so buat mana yang sempat je la.. dalam nak tghari absorber pun siap, then geng yang memasang pun diimport dari bangi, hehe .. geng2 warranty jugak la..

Siap pasang dah dekat time rehat, sambil test sambil rehat sekali ler.. abis je rehat nak kena check absorber vios plak, aduii banyak plak keje... so kena check sensorang plak sebab orang lain bz, takpe la janji keje siap.. abis je check dah dekat kul 4 ptg.. lama gak la check tuh sebab nak kena check sebijik2.. dah siap teringat keta myvi tak buat alignment pulak... hoho.. sebab tempat alignment yang ok ada kat klang gak, kat tempat lain tak tau la best ke tak.. nama bengkel/kedai tu Kualiti Rahmat.. abis kat situ pun gerak balik la sebab dah time balik pun..

Teringat yang dah lama nak usha kedai tempah seluar kat Plaza Metro Klang, sebab dulu tempat tu direnovate, so tak confident aku nak gi tengok kat dalam, tak pasal2 kang runtuh aku pun terlingkup sama kat dalam tuh.. skrg dah siap dah, aku gi tengok dalam tu dah ada LHDN... tingkat atas plak tuh.. so aku pun menuju la kedai tempah seluar tuh, Zoom Up.. nasib baik ada lagi kedai tu kat situ.. lepas riki2 rupanya masa renovate tu kedai tu still beroperasi seperti biasa.. haha kalau ku tau memang dah lama aku pegi situ.. so pilih2 kain nak buat seluar, then ukur la plak.. aduiii dah terlebih plak saiz pinggang aku.. dulu size 29 ~ 30 je.. skrg... lu pikir la sendiri.. haha


Resit tempahan seluar


Business card tokei kedai tersebut.

Aku dari dulu memang tak serasi pakai seluar slack yang dibeli dah siap, maksudnya beli kat shopping complex atau kedai2 biasa.. penah gak aku try beli dulu2, masa try tu ok rasanya, bila dah sampai umah tu sekali dua pakai rasa dah semacam, last2 aku simpan buat tukun je seluar2 tu, lepas dari tu aku dah tak beli siap seluar slack, kalau nak mesti gi tempah..

Abis kat situ trus gi amik wife kat tempat kerja baru dia, Citylink kat Glenmarie Shah Alam, betul2 depan Proton Part centre.. lepas amik wife pun trus gerak balik, agak jem gak la nak balik ke USJ tu tapi dah memang tempat tu jem redah je la.. haha.. sampai kat USJ gi amik Khalisah kat babysitter then trus balik.. sampai je rumah rehat2 lebih kurang pastu siap2 nak gi antar adik ipar balik kelantan, dia ada interview ALAM kat Pan Pacific ari Isnin.. so tiket dia kul 9.30 mlm kat Putra KL.. lepas makan kat SS19 trus gi antar dia kat Komuter Subang Jaya...

Thursday, April 23, 2009

UMP visit

Esok jumaat ada visitor dari Universiti Malaysia Pahang... cemana bleh ada visitor dari sana plak tuh.. haha.. sebenarnya dekan kat situ dulu penah jadi Senior General Manager kat sapura.. so kira contact kuat lagi la nih.. kabel bawah tanah lagik.. haha.. aku pun tak tau detailnyer.. cuma esok seharian team UMP akan visit sapura..

Tadi sebelum balik bos sempat bgtau esok kena standby kat opis port klang sebab pagi2 team UMP akan visit sana dulu.. ok la... agaknya kena pegi bangi dulu la baru gi sana.. pastu belah malam plak bos kecik sms bgtau esok pagi2 kena ada kat port klang sebelum kul 9.. huh.. ingatkan suh ada kat sana sebelum kul 8.. setakat sebelum kul 9 tu takde hal nyer la... haha... so esok pagi kena trus gi port klang la.. pastu belah petang plak lepas solat jumaat kena ada kat bangi utk meeting ngan team UMP nih..

Tengok masa update blog ni jam dah nak kul 12 malam.. hoh sepanjang tiga hari nih la paling lewat aku tido.. kalau tak kul 9 dah tido.. sambil update blog sambil layan konsert AF minggu lepas.. harap esok segalanya berjalan dengan lancar la.. insyaAllah..

Kerja & Khalisah

Disebabkan kerja dan khalisah, dua sebab aku kurang update blog nih..
Memula pasal kerja, pasal kerja aku yang entah bila nak siap/habis.. asik bertambah je.. haha kalau abis tu maknanya kena benti la kot.. tu yang asik bertambah jer.. pastu ari selasa isteri aku dah start letak khalisah dibawah jagaan orang lain (nurseri) sebab dah dapat kerja baru... sebenarnya kerja start ari rabu tapi try dulu letak ari selasa tengok macamana... Nasib baik dapat kerja tak jauh dari rumah.. pegi keje tak jem, cuba balik keje jem la.. pegi 10 minit je, balik dalam 40 minit kot..

Ari selasa tu lepas 530ptg aku trus balik keje nak tengok cemana khalisah kat nurseri tuh, dah pesan kat isteri aku nak gi amik sesama, at least kalau isteri aku balik lambat sebab jem aku bleh gi amik khalisah dulu, nurseri tu tak jauh pun cuma selang beberapa rumah je...

Bila sampai je kat nurseri tu aku tengok mata khalisah merah je, bila tanya kat penjaga tu dia kata pagi & tghari ok je, cuma bila petang dia nangis... tengok pun tak sampai ati nak letak utk keesokkannya.. tapi bila fikirkan balik kena letak gak la... so ari tu memang kesian abis la tengok keadaan khalisah.. maklumla sebelum ni tak penah tinggal sorang2 ngan orang lain.. kalau tinggal pun tak sampai seharian.. sampai kat umah tu main2 ngan khalisah.. yang lagi sedih tu siap sedu2 nangis tu ada lagi.. sampai malam pun ada lagi sedu2 nangis.. huhu aku plak sedih camni.. kesian nyer..

Hari rabu kerja pun tak tenteram je, teringatkan kat khalisah... harap nyer hari ni ok la.. lepas abis kerja trus blah.. bengang pun ada sebab dalam meeting macam nak gaduh jer.. huhu nasib tak bertumbuk jer.. haha (ada ke orang bertumbuk dalam meeting) ... bos ada depan mata balik je la.... haha blasah je la.. tak sabar nak tengok keadaan khalisah.. bila sampai umah isteri aku tak sampai lagi.. sangkut kat jem depan subang parade.. so aku pun gi amik khalisah dulu la.. sebelum tu dah mintak isteri aku tepon nurseri tu kot diaorang tak kenal aku lagi.. bila sampai je tengok khalisah tgh baring2 kat atas tilam.. tengok keadaannyer pun tak la macam sebelumnya.. ok dah tak nangis.. cuma tak tidur lama la, kejap2 bangun.. tak biasa lagi kot sebab selalunya tidur dalam buaian.. takpe la at least dah ok skit... alhamdulillah...

Hari ketiga aku balik lambat skit, kul 545 (kira lambat dah nih, haha) tengok sume orang dah balik.. cisss.. time aku lambat skit laju plak orang lain balik.. time aku on time balik tengok sume orang macam nak tido kat opis je.. huhu... aku sampai kat umah sama dengan isteri aku yang dah amik khalisah.. alhamdulillah dah semakin ok.. tidur pun dah lama utk tghari.. so far harap2nyer ok la lepas2 nih..

Thursday, April 16, 2009

Kerja: Rutin Kerja Harian...

Ari ni aku berada di opis saje.. buat kerja yang biasa2 je, takde yang special pun.. heh.. pagi je dah bukak pc cam biasa, check email, buat summary, tulis dalam diari sebab nanti nak kena buat report weekly,, kalau aku tak tulis nanti time nak buat report mesti bengong jap.. blurr je tak ingat apa aku buat.. hehe.. time rehat pagi gi makan kat kantin.. macam biasa gak aku makan mee goreng separuh + bihun separuh.. kira dapat rasa dua2 la.. + ayam goreng lagik.. besar gak nafsu pagi2 neh.. tapi kira ni dah masuk sekali dengan lunch, sebab lunch agak malas nak turun..

Tetiba je ada meeting pasal capacity upgrading... takde pape dan takde sapa2 bagi tetiba je ada meeting.. aku pun buat bodo je la bawak diari trus gi meeting.. dalam meeting tu sebenarnya aku takde benda nak contribute pun tapi dah diajak tu aku gi la.. support la skit... tanya pun pasal benda2 bukan dalam bidang aku.. bila aku tak jawap mula la nak sindir2.. macam biasa buat bodo jer.. hahah...

Abis meeting dah kul 1 lebih.. time rehat... horayyy.. ingatkan hari ni nak ajak cik lulu ngan cik kupu2 gi makan cendol bawah pokok depan sony.. tapi tak sempat nak bagitau tadi dah kena meeting.. hahah.. lain kali la eh.. tak sempat nak bgtau.. lagipun bila kuar meeting sume dah takde.. so aku pun layan la tidur jap... kunun2 dapat tidur ler.. tapi tak dapat gak.. aku on balik monitor aku dan buat la apa2 yang patut.. heh...

Tuesday, December 30, 2008

Cuti Hujung Tahun 2008

Hujung2 tahun nih, masuk je bulan Disember je mesti ramai je yang cuti. Salah satu sebabnyer adalah utk menghabiskan cuti tahunan masing2 yang masih berbaki, dan tidak boleh di bawa ke tahun depan... Aku nyer cuti tahun ni bila dah terkumpul sampai Disember tak la banyak macam tahun lepas sebab banyak cuti masa baby Khalisah lahir... Staff cam aku bleh bawak ke tahun depan maximum cuti tahunan 9 hari... kalau tahun lepas kalau tak salah aku la aku bawak 9 hari sebab kumpul2 utk cuti kawin.. keh keh keh...

So ditambah bulan Disember ni banyak plak cuti ditambah dengan cuti tahunan so hanya beberapa hari je la keje nyer.. rasa malas je nak gi keje... Minggu lepas je aku dah cuti start dari Krismas sampai Awal Muharram, jadi total 5 hari.. pastu plak kena keje dua hari 30/12 ngan 31/12/08... pastu cuti lagi.. aku plak tambah cuti hari Jumaat 2/1/2009 jadi panjang plak cuti nyer... hehe

Masa kat opis tadi duk sibuk2 buat keje (serius sibuk ari neh.. hehe) terpandang satu memo kat notice board kat atas fax machine.. pada mulanya aku tak concentrate sangat sebab aku ingatkan memo lama... tapi aku duk tenung dekat2 tarikhnya baru lagi.. usha punya usha rupanya ari Isnin 5/1/2009 pun cuti gak.. haha.. nasib baik aku baca memo tu kalau tak nampaknya aku sorang je gi opis.. jadi 5 hari lagi la aku cuti minggu nih.. tapi yang cuti hari isnin tu kira cuti gantian utk cuti bulan Februari aku pun tak ingat cuti apa.. takpe la yang penting cuti..

So pada sesapa yang tak dapat cuti/dah abis cuti tahunan kecuali orang yang kena paksa cuti tu... rajin2 la keje eh.. jgn buat2 malas plak yer.. so pada yang bercuti panjang tu selamat bercuti2 Malaysia diucapkan.. adios...

Friday, November 28, 2008

Farewell Party Kak Mas


pizza hanya sekadar hiasan.... heh


kek pisang ke kek coklat?

Farewell party utk Kak Mas diadakan di ofis sahaja dengan permintaan Kak Mas sendiri.
Tarikh: 27 November 2008
Masa: 1.00 ptg (time rehat)
Hari: Khamis (Sehari sebelum last day Kak Mas kat sapura)

Majlis dimulakan oleh Kak Yat memberikan sepatah dua kata diikuti oleh Pak Cat selaku bos Kak Mas dan diakhiri ucapan oleh En Ruslan.

Kemudian acara diteruskan dengan memberikan peluang kepada Kak Mas untuk memberikan ucapan (masa ni lupa plak nak rekod) dah diakhiri dengan pantun... (yang ni dapat rekod ler..)






Buat Kak Mas hayati lirik lagu di bawah:

Kenangan Terindah

Artist: Samsons
Aku yang lemah tanpamu
Aku yang rentan karena
Cinta yang tlah hilang darimu
Yang mampu menyanjungku

Selama mata terbuka
Sampai jantung tak berdetak
Selama itu pun
Aku mampu tuk mengenangmu

Darimu...
Kutemukan hidupku
Bagiku...
Kau lah cinta sejati

Ooh...

Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau kenangan
Yang terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku
Yang tlah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah

Ooh...

Note:
Direct link utk video di atas bagi yang tak bleh view Youtube
1. Ucapan Kak Mas
2. Acara Potong Kek

Gambar2 lain ada kat SINI (kena promote blog sebab dah mencilok gambar lebih awal)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...