Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Tuesday, April 27, 2010

Kenapa Nasi Kerabu Sangat Popular Di Malaysia?


Nasi kerabu adalah berasal dari negeri Kelantan. Ada pelbagai jenis kerabu yang semuanya sedap2 belaka bagi penggemarnya. Terdapat beberapa varian nasi kerabu yang pernah aku nampak dan rasa dan perbezaan yang ketara adalah dari warna nasi itu sendiri. Ada yang menggunakan pewarna ada juga yang menggunakan sejenis bunga untuk memberikan warna seperti warna biru pada nasi tersebut. Ada juga nasi yang berwarna kuning, tapi aku tak tau plak warna kuning ni pakai pewarna atau kunyit. Rasanya tetap sedap jugak! Hehe

Bagi aku kalau balik kelantan mesti nak rasa/makan nasi kerabu, dan biasanya kat sana tu mana2 kedai pun sedap. Kalau kat Kelantan pun dah tak sedap kat negeri lain dah tentu kurang sedap. Kalau kat kelantan, warna nasi biasanya berwarna kuning berbanding kalau kat tempat2/negeri2 lain biasanya berwarna biru. Jadi tempat yang aku suka makan nasi kerabu kalau waktu cuti sabtu atau ahad adalah area Seksyen 18 shah alam, area belakang rumah lama ziana zain. Kalau tak tau area mana ia berhampiran stesen Komuter Shah Alam.




Kalau waktu kerja di Port Klang, tempat yang selalu aku kunjungi adalah di gerai makanan bersebelahan pasar basah port klang. Aku pun kurang pasti apa nama kawasan itu tapi berhampiran stesen bas Port Klang. Bagi anda yang mempunyai tempat2 makan yang menarik untuk dikunjungi boleh kita kongsikan bersama.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, April 25, 2010

Kejadian Tidak Diingini Oleh Pemilik Kereta Ketika Hujan

ACCIDENT!



Kejadian berlaku ketika sedang berehat rehat kat rumah sambil melayari internet. Aku duk melayari mudah.my untuk mencari rumah sewa kat area bangi atau kawasan sekitarnya. Sesapa tau dan ada contact untuk dapatkan rumah sewa area tersebut harap dapat membantu. Eh! Lain pulak ceritanya, tadi kan nak citer pasal accident.

Ok berbalik pada cerita asal, sedang mengusha kat mudah.my tetiba terdengar bunyi kereta membrek kecemasan. Tak tau bunyinya macam mana, cuba la brek kereta anda. Cuaca yang baru lepas hujan dan masih lagi gerimis memang suasana sangat sunyi, sedikit bunyi pun boleh dengar dengan jelas, inikan pula bunyi brek.

Aku dengan pantas berdiri dan meluru kearah pintu untuk melihat kejadian tersebut. Ketika itu terdengar jugak jiran2 sebelah membuka pintu masing2 untuk melihat kejadian. Kelihatan sebuah teksi iswara bersama myvi berada disimpang depan rumah dengan arah bertentangan. Nampaknya pemandu teksi itu bersalah dan pemandu myvi tersebut kelihatan meluru kearah teksi tersebut. Seketika kemudian terdengar tumbukan keras dari pemandu myvi dan selepas itu kelihatan baju pemandu teksi tersebut berdarah!

Wahhh ini sudah panas! Aku pun turun la ke tempat kejadian untuk melihat kerosakan pada kedua2 kereta tersebut. Kereta teksi tersebut remuk dibahagian kiri belakang manakala myvi tersebut rosak teruk dibahagian depan kiri. Dipercayai teksi tersebut mahu membelok ke kanan manakala myvi tersebut melanggar dari arah bertentangan.

Gambar tak sempat aku amik kerana terlupa nak bawak dan ketika aku pergi amik 2 biji kereta polis sudah sampai ditempat kejadian.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, April 14, 2010

Akademi Fantasia 8 (AF8): Lagu Tugasan Minggu Kelima, Mampukah Shahir Dengan Anggapanmu?

Hot News: Adakah Shahir Mampu Membawa Lagu Ziana Zain?



Sedar tak sedar, Akademi Fantasia 8 sudah masuk minggu kelima, rasa macam cepat aje. Kalau AF sebelum2 ni aku follow jugak tapi tak rasa secepat ini. Antara yang sudah tersingkir adalah Shah, Ema, Anum dan yang terkini adalah Alif. Setakat ini tak nampak sangat siapa bakal menjuarai akademi fantasia kali ini. Dari segi undian Adira masih lagi mendahului pelajar2 lain dan komen dari juri jemputan terhadap Adira juga sangat memberangsangkan.

Antara perubahan di dalam akademi untuk kali ini adalah pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan akan membantu antara satu sama lain. Diharap untuk konsert minggu ini para pelajar akan menunjukkan kemampuan masing masing untuk mendapatkan kepercayaan pengundi2 dan juri jemputan. Berikut adalah kumpulan2 yang ada di dalam akademi dan lagu lagu yang diterima, sama sama kita nantikan persembahan mereka hari Sabtu ini.

NADIMAU
MAULANA – Ku Bukan Aku (Tilu)
NAD – My Happy Ending (Avril Lavigne)
ADIRA – Seri Mersing (Datuk Sharifah Aini)

TRIPPING
SHAHIR – Anggapanmu (Ziana Zain)
AIN – Halo (Beyonce)

HANDSOME BOYS
IWAN – Oh Juwita (Nubhan)
DAUS – Benar-Benar (Adam)
FARINA – Mana Mungkin (Dayang Nurfaizah)


Tuesday, April 13, 2010

Blog Berwajah Baru dengan DISQUS Comment, Selamat Tinggal Intensedebate



Setelah beberapa hari aku mengadjust template blog ini, akhirnya secara rasmi blog aku telah bertukar wajah dengan beberapa tambahan dan pengurangan untuk menjadikan ia lebih menarik (ok kah?). Antara perubahan yang paling ketara adalah warna template blog ini dimana sebelum ini ia berwarna gelap dan nampak underground. Setelah melihat dah meneliti blog orang lain terutama inspirasi dari blog otai semuanya menggunakan warna cerah dan simple.

Jadi aku pun turut sama mengikut jejak diaorang untuk menggunakan template yang cerah, walaupun blog aku tak la popular, at least mengikuti arus perkembangan semasa jugak la. Template ini adalah berdasarkan template twitter yang aku rasa simple dan menarik, loading page pun agak lancar kerana tidak mengandungi banyak gambar di tepi kecuali diruangan posting ini.

Satu lagi perubahan ketara adalah dari segi komen. Sebelum ini aku menggunakan default comment dari blogspot, kemudian bertukar menggunakan Intensedebate kerana mahu menggunakan plugin CommentLUV. Dari segi penggunaan agak menarik dan mudah, cuma yang aku tak suka adalah dari segi Moderation nya. Setiap komen yang masuk terpaksa aku approved dimana Intensedebate tidak mempunyai fungsi auto approved untuk komen2 yang masuk.

Setelah berpuas hati dengan Disqus, walaupun semasa proses menginstall terpaksa dengan cara manual disebabkan template ini asalnya sudah dioptimize kan. Masalah utama yang aku hadapi dengan Disqus adalah aku tersilap/tak boleh import komen2 lama, jadi segala komen sebelum ini hilang begitu sahaja. Satu lagi masalah aku dengan Disqus adalah jumlah komen tidak appear frontpage blog ini. Setelah menggoogle beberapa jam akhirnya aku berjaya menjumpai caranya. Kalau anda mempunyai masalah yang sama boleh la mempraktikkan cara ini.

Sebelum
Selepas

Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan menukarkan code seperti di website ini

Jika anda sudah mencuba dan tidak mendapat seperti yang dikehendaki boleh mengajukan soalan agar kemuskilan dapat diselesaikan, InsyaAllah.

Apakah komen ada dengan wajah baru blog ini?

Sunday, April 11, 2010

Kelajuan P1 WiMax Boleh Membunuh, Tahukah Anda?

Tahukah anda kelajuan P1 Wimax boleh membunuh?



Bagi anda yang telah melanggan akaun P1 WiMax, anda perlu berhati-hati menggunakannya. Kita selalu dengar dalam iklan mengatakan kelajuan yang sangat tinggi pada sambungan internet anda apabila menggunakan P1WiMax ini. Untuk itu mari kita lihat apakah kelebihan menggunakan P1WiMax ini dimana ia menawarkan pakej2 yang terbahagi kepada dua iaitu Home dan Office. Kedua2 pakej ini mempunyai perbezaan dari segi kelajuan dan jumlah penggunaan. Bagi Home dihadkan penggunaannya dari 5GB sehingga 40GB bergantung kepada pakej pilihan anda. Bagi Office pula tiada had yang ditetapkan penggunaannya.

Macam mana pula kelajuan P1 WiMax boleh membunuh? Dengan kelajuan yang disediakan ia boleh membawa kemalangan apabila tidak berhati-hati ketika menggunakannya. Mari kita saksikan akibat kelajuan speed P1 WiMax yang telah mengakibatkan kemalangan kepada kenderaan pacuan 4 roda seperti gambar di bawah


Note: Post ini hanya ingin menunjukkan kemalangan yang berlaku kepada kenderaan P1 WiMax, tiada kaitan dengan speed P1 WiMax itu sendiri.. hehe

Tuesday, March 16, 2010

Welcome our Future Baby

Dah lama nak post pasal future baby nih, asik tertangguh-tangguh last2 terlupa plak. Bila dah teringat tu cepat2 carik gambar (gambar ke?) yang discan masa buat check up kat klinik. First checking tu buat kat klinik kat USJ aje, masa tu wife aje pergi sorang sebab ketika itu dia demam. Tak sangka pulak demam ada makna.. hehe

Then 2nd checkup buat detail kat Klinik Umra, tempat khalisah dilahirkan. Kalau kat Umra ni memang que panjang gile, ramai sangat yang nak jumpa doktor (lupa plak nama doktornyer). Ada jugak doktor2 lain tu tapi still nak jumpa doktor ni jugak. Jadi kalau nak cepat jumpa tu kena datang awal la, biasanya lepas maghrib dah penuh que sampai kul 9 mlm setiap hari bekerja..

















Ini pula kali ketiga buat check up kat klinik lain pulak.. Kali ini sebab prefer dengan doktor plak.


















Welcome to our Future Baby!

Follower, Macam Mana Nak Click??

Ada beberapa follower aku yang mempunyai masalah macam ini. Aku berterima kasih sebab menjadi follower blog aku yang tak seberapa ini. maklumla blog picisan.. hehe.. Dulu jumlah follower aku ada la beberapa kerat sebab dulu tak aktif sangat berblog. Adalah dalam 5 ke 6 orang aje.

Alhamdulillah sekarang dah makin ramai, dah lepas 100 orang pun. Tapi aku menghadapi masalah ini kerana aku tidak boleh melawat blog beberapa follower aku. Biasanya kalau klik pada follower tersebut ada link ke blog dia, takde masalah la...






















Tapi bila klik pada follower tersebut tapi takde link nak pergi blog dia tu macam mana? Sesiapa yang tau cara mudah sila la bagi tahu.



Sunday, March 14, 2010

Apa dah jadi dengan akaun NUFFNANG aku nih??!!

Sekali tulis topik pasal nuffnang, siap tanda soal dan tanda seru lagi. nampak macam marah aje kan? apa yang nak dimarah sangat tu, apa yang telah terjadi dengan akaun nuffnang aku nih. tetiba aje jadik pelik. aku pun tak tau nak kata apa, macam mana boleh jadi macam ini. sebelum2 ini takde plak jadi macam ini. Aku pun cuba logout then login beberapa kali untuk confirmkan adakah betul apa yang aku nampak ini?

Nak kata tak betul mata aku dah siap pakai spek lagi, takkan la disebabkan spek dah lama tak tukar bleh jadik macam ini pada penglihatan aku. Jom tengok screenshot kat bawah ini, apa yang korang tengok pelik aje?




Sebenarnya takde pelik mana pun cuma terkejut dengan buffered earning aku semakin bertambah!! terima kasih pada korang yang menaikkan traffic kat blog aku ini. TERIMA KASIH!!

Wednesday, March 10, 2010

Raja Lawak Astro vs The Biggest Loser Asia (Result Included!)

Sekarang ini bukak aje astro di sana sini sibuk dengan rancangan realiti tv, yang aku layan starting tahun ini dengan Raja Lawak Astro musim ke 4. Komen aku pasal raja lawak kali ini peserta2 tak sebagus musim2 sebelumnya. Juri yang terlibat yang aku respek Aflin aje, yang bob lokman ok la jugak cuma bila time din beramboi dan pelik2 aje dia komen. Juaranya pun dah diketahui hari Ahad lepas iaitu Kumpulan Kecik. Dari segi kualiti bahan lawak dia ditahap yang ok2 aje. Secara keseluruhannya aku sokong Alex yang sentiasa memberikan lawak secara bijak, cuma nasib tidak menyebelahi dia.




Malam ini pulak Finale untuk The Biggest Loser Asia, layan jugak la sebab tengok usaha peserta yang terlibat bersungguh2 untuk menurunkan berat badan, dan nasib mereka adalah di atas penimbang, kalau usaha mereka lebih maka mereka akan terselamat dari tersingkir. Pertandingan di minggu2 terakhir nampak lebih mencabar disebabkan pertandingan lebih kepada untuk menyingkirkan peserta terakhir dari kumpulan merah iaitu Carlo.


Peserta akhir terdiri dari Carlo, Aaron, Martha dan David. Siapakah bakal pemenangnya? Finale pun di di tunda ke pukul 10 mlm disebabkan masalah teknikal.

Updated! Pemenang adalah
1. King David (Indonesia)
2. Carlo (Filipina)
3. Aaron (Malaysia)
4. Martha (Hong Kong)

Tuesday, March 9, 2010

Akademi Fantasia 8 Sudah Kembali

Sapa tak pernah tengok Akademi Fantasia (AF)? Aku adalah salah seorang yang sentiasa mengikuti AF sejak dari musim pertama lagi. Nama-nama seperti Khai, Rosma, Farah, Adam, Mawi dan lain2 lagi telah mewarnai dunia hiburan tanahair.

Untuk musim terbaru AF iaitu musim ke lapan, sesi ujibakat telah diadakan dan pemilihan pelajar juga telah selesai. Disebabkan Raja Lawak Astro sudah berakhir, maka sudah sampai masanya AF pula mengambil alih tumpuan penonton Malaysia untuk menyaksikan realiti tv yang pertama dapat menggegarkan dunia hiburan tanahair pada mula penerbitannya.



Picture from www.astro.com.my

Hari ini seawal pagi pergi kerja pun dah diperkenalkan dengan para peserta musim terbaru di radio ERA kendalian Aznil dan Din Beramboi. Selepas itu sesi memperkenalkan diri kepada pihak media juga telah dilakukan dan Konsert Tirai AF jugak akan bermula pada hari Sabtu ini. Sudahkah anda bersedia untuk mengikuti AF untuk kali ini? Apakah expectation anda? Sama-sama kita saksikan konsert pembukaan pada hari Sabtu ini

Berikut adalah senarai peserta utk AF musim ke 8

Monday, March 8, 2010

Nuffnang 1st Cashout!

Setelah beberapa lama menunggu selepas bergiat secara aktif dengan nuffnang, akhirnya penantian memberikan pulangan yang diharapkan. Mungkin bagi sesetengah orang apa la sangat earning dari nuffnang ni, kena rajin buat blog, kena update selalu, kena rajin blogwalking untuk menarik traffic ke blog anda. Matlamat asal berblog adalah untuk meluahkan atau berkongsi blog anda dengan orang lain. Hasil dari nuffnang hanya sampingan sahaja.

Itu adalah pandangan peribadi masing-masing. Setiap orang ada pandangan tersendiri tidak terkecuali jugak aku. Selain dari berblog tak salah kalau dalam masa yang sama mengharapkan hasil dari blog anda. Apa yang perlu adalah rajin dan berusaha, maklumla baru berblog dan tak seglamour blogger yang dah advance dan banyak experience. Jadi my first cashout diharap dapat membuatkan aku lebih aktif untuk berblog. Who know?

 

 


Monday, March 1, 2010

Update: Intensedebate Plugin - comment number enabled


Setelah beberapa kali menggodek2 website intensedebate.com, bertanya kat ramai orang termasuk 'memaksa' kak ujie untuk membantu, termasuk membuat announcement tentang masalah comment yang tidak muncul di depan summary post. Kesian juga pada kak ujie yang banyak membantu tapi sebenarnya kesilapan saya sendiri yang salah setting.

Pada tutorial yang lepas saya setting kan supaya comment not enabled for new post, supaya plugin intensedebate dapat membuat comment number dia sendiri. Banyak kali jugak membuka satu persatu link dalam website intensedebate untuk memeriksa apa yang salah setting tersebut. Rupanya salah setting dalam blogspot itu sendiri. Caranya sangat mudah cuma menukar setting seperti di bawah ini


 

1. Masuk dalam Dashboard
2. Setting
3. Comment
4. Comment default for post 
5. Select New Post Have Comment
6. Save

Siap..!!

Hasilnya seperti di bawah ini (refer anak panah warna merah)



Sunday, February 28, 2010

Try the Microsoft Office 2010 Beta and WIN!

Anda mahukan hadiah dengan mencuba Microsoft Office 2010? Mari kita cuba beta version microsoft office 2010 dengan mendownload nyer dari SINI. Apa yang diperlukan hanya mencuba perisian office 2010 ini secara bercuma, dan berikan komen setelah mencuba, komen atau maklum balas anda paling kreatif akan memenangi hadiah dari penganjur.

 
 Iklan dari penganjur

 

 Form feedback yang perlu anda isi.


Apa yang anda tunggu lagi, jangan lepaskan peluang ini disamping mencuba perisian baru dapat jugak anda dapat hadiah jika bernasib baik

Friday, February 26, 2010

Tutorial: Cara menginstall Intensedebate dalam BLOGSPOT!

Anda cuba install DISQUS dalam template anda tapi tidak jadik? Template anda terlalu advanced? Ada satu lagi alternatif untuk meletakkan ruangan komen yang interaktif dalam blog anda. Intensedebate adalah aplikasi tersebut yang sudah ramai orang gunakan. Anda mahu menggunakan dalam blog anda tapi tidak tau caranya? Sudah mencuba tapi tidak berjaya sampai sekarang?

Mari cuba tutorial yang aku sediakan, semoga boleh membantu anda untuk menginstall dalam blog anda. Ikuti tutorial bergambar dibawah ini..

 
 1. Register di SINI terlebih dahulu
2. Login dan mouseover pada Sites>klik pada URL blog anda

  

3. Klik pada PLUGIN akan keluar paparan disebelah kanan seperti di atas, klik pada ACTIVATE pada item yang anda mahukan. Pastikan perkataan DEACTIVATE dipaparkan sebagai bukti anda sudah activatekan item tersebut.
4. Klik pada butang REINSTALL (sebelah kiri dua dari bawah)

Info dan Peristiwa Berguna Bulan Rabiulawal

Selamat menyambut Maulidur Rasul diucapkan kepada blogger sekalian. Hari ini banyak sekali entry2 berkenaan maulidur rasul, aku jugak tidak ketinggalan untuk membuat entry tersebut.. Sedang dalam pembacaan info berkenaan maulidur rasul dan bulan rabiulawal tertarik dengan info dalam website INI. antara kandungan yang menarik aku ambik dari situ

Pengertian

Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah.

Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang.

Peristiwa-Peristiwa Penting Bulan Rabiul Awal

Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah;
1. Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. 
Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah. Perbezaan pendapat ini akan disentuh lebih lanjut di bahagian Maulidur Rasul.

2. Perlantikan Nabi menjadi Rasul. 
Dibulan Rabiulawal inilah Nabi saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.

Wednesday, February 24, 2010

Install IntenseDebate Plugin - CommentLuv

Kali ini aku cuba pulak nak masukkan CommentLUV menggunakan cara lain, semalam aku dah try cara widget, nampak macam kurang menjadi.. Kalau guna widget tu dia macam lambat je nak loading macam explaination dalaam website itu sendiri

Install Intense Debate as widget - Fast, easy installation but won't work on advanced theme

Aku dah try memang dia lambat/tak keluar langsung kot.. jadi aku tukar pulak guna satu lagi option

Install right into template - This provide for better integration, but a more difficult install process

aku dah try takde la susah mana pun.. senang aje.. hasilnya tengok la sendiri kat bawah ini



Tuesday, February 23, 2010

Vancouver 2010 - Sukan Olimpik Musim Sejuk

Bagi yang tak tau lagi apa ada kat Vancouver 2010 ni dan di mana lokasi Vancouver? Ia terletak di Canada dan Vancouver 2010 adalah Sukan Olimpik Musim Sejuk 2010. Dah tentu2 acaranya adalah berkaitan dengan ais, antara acara yang ada adalah Alpine Skiing, Biathlon, Figure Skating dan macam-macam lagi. Setakat hari ini iaitu 23 Feb 2010, pungutan pingat adalah seperti berikut...



Untuk maklumat lanjut boleh lawat laman web official sukan ini di http://www.vancouver2010.com

Monday, February 22, 2010

Cuti Balik Kampung - Part 2

Sambungan dari Part 1

 Hari seterusnya aktivitinya adalah pergi ke majlis perkahwinan kat area Rantau Panjang, Kelantan, kira2 beberapa kilometer aje nak sampai sempadan Thailand. Malangnya perjalanan nak ke Rantau Panjang tu agak jem, tapi nak buat macam mana dah satu jalan itu aje. Sempat jugak la potong belah kiri, pastu masa potong kiri tu ada polis traffic pulak... dah agak2 cuak la sebab kat depan dia tahan kereta yang potong tepi.. Disebabkan sempat masuk lane belah kanan, walaupun hanya satu lane, tapi alhamdulillah terselamat dari di tahan polis.. kereta myvi putih kat belakang tu kena tahan pulak.. hehe..

Sampai kat tempat kenduri keadaan agak panas terik la... masa tu pulak khalisah tido.. banyak pulak hidangan yang ada tapi tak berapa nak makan sangat pun.. ada nasik kenduri (macam biasa tu la) pastu ada laksa, ada roti jala, cendol dan air sirap.. siap ada karaoke lagik.. penyanyi nyer boleh tahan gak suara dia, agaknya diimport dari belah thailand kot..

Tempat yang dituju selepas itu ingatkan nak ke pasar kat Rantau panjang tu tapi tak jadi la.. haluan dituju ke arah Kota Bharu.. disebabkan dah lama tak menjejakkan kereta kat bandar tu hampir semua jalan dah jadi jalan sehala.. susah betul nak parking...pusing2 akhirnya dapat jugak parking kat sebelah restoran nasi ulam.. besar jugak restoran tu..

Kisah Khalisah Jatuh Tangga

Minggu ni kami balik kampung Meru, start balik pun hari sabtu pagi. Kejadian ini berlaku pada hari Ahad (21-Feb-10) tengahari. Disebabkan ibu minggu ini sibuk dengan takaful, dia takde masa kejadian ini. Ibu busy kat Giant Batu Caves untuk buat takaful.

Ketika kejadian ada 3 orang kat rumah, termasuk Khalisah ada 4 orang la. Aku tengah tengok TV kat ruang tengah, adik pulak tengok TV kat ruang dapur, mak pulak tengah masak kat dapur. Saksi utama adalah adik yang ada kat ruang dapur. Gambar kat bawah adalah tempat di mana Khalisah berdiri sebelum kejadian.





















Pagar kayu ini telah dibuat lebih kurang 3 ke 4 tahun, dan selama itu takde lagi orang yang jatuh ketika pagar kayu ini dipasangkan. Jadi lepas dah pasang pagar kayu ini takde risau sangat la untuk kejadian yang tidak disangka-sangka macam ini.

Pasang CommentLUV dalam Blogspot

Post kali ini nak test tukar kat area comment tu. dah tukar jadik commentluv, nak tau lebih lanjut sila klik kat tajuk posting ini, tapi dia kena tunggu lama skit la (dari pengamatan aku) baru dia kuar kotak utk comment.. kalau tak macam takde ruang aje nak komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...