Showing posts with label Baby. Show all posts
Showing posts with label Baby. Show all posts

Tuesday, March 16, 2010

Welcome our Future Baby

Dah lama nak post pasal future baby nih, asik tertangguh-tangguh last2 terlupa plak. Bila dah teringat tu cepat2 carik gambar (gambar ke?) yang discan masa buat check up kat klinik. First checking tu buat kat klinik kat USJ aje, masa tu wife aje pergi sorang sebab ketika itu dia demam. Tak sangka pulak demam ada makna.. hehe

Then 2nd checkup buat detail kat Klinik Umra, tempat khalisah dilahirkan. Kalau kat Umra ni memang que panjang gile, ramai sangat yang nak jumpa doktor (lupa plak nama doktornyer). Ada jugak doktor2 lain tu tapi still nak jumpa doktor ni jugak. Jadi kalau nak cepat jumpa tu kena datang awal la, biasanya lepas maghrib dah penuh que sampai kul 9 mlm setiap hari bekerja..

















Ini pula kali ketiga buat check up kat klinik lain pulak.. Kali ini sebab prefer dengan doktor plak.


















Welcome to our Future Baby!

Thursday, February 18, 2010

Happy 2nd Anniversary!

Agak lambat aku post utk 2nd anniversary perkahwinan aku, sepatutnya anniversary pada 08-Feb-2010. Tapi disebabkan kesibukan kerja (cewah!) baru kali ini aku sempat buat post ini. Takde la sambut kat mana2 hotel ke restoran ke, cuma sambut kat rumah aje.. hehe..

Kali ini sambutan dimeriahkan dengan kehadiran anak pertama kami, Khalisah. Sekarang nak pegi makan2 pun agak susah sebab kelincahan (?) Khalisah yang membataskan aktiviti2 harian. Kadang-kadang nak makan kat kedai tu pun kena gilir2 makan, kalau tak mau ada yang panjat meja pulak.

Jadi kali ini biarlah gambar menerangkan segala-galanya

 
 Pilihan kek, takkan nak yang design ladybird plak kot

Sunday, February 1, 2009

Tengok Baby lagi

Program hari ahad dimulakan dengan perjalanan untuk melawat baby kawan wife aku kat sentul dan baby baru berumur sebulan. Perjalanan ke Sentul tu agak perlahan sebab kenderaan dah banyak, maklumla esok dah start keje. So ramai yang dah berada atas jalan raya utk balik ke rumah masing2 selepas bercuti panjang sempena Tahun Baru Cina. Sudah agak lama aku tak gi area2 sentul tu so agak kurang pasti jalan yang sepatutnya kitaorang lalui. Ditambah pulak wife aku pun tak berapa ingat sangat, kira ingat2 lupa la.

Perjalanan dari USJ terus ke Federal Highway, ada jem skit selepas jambatan kabel, then selepas Armada Hotel trus jem agak teruk juga. Sebelum termasuk dalam jem tersebut aku telah menggunakan jalan lain yang akan lalu kat depan pintu masuk Pusat Perubatan Universiti Malaya, dan trus masuk ke dalam Universiti Malaya dan keluar kat bangunan Telekom, so dapat la skip jem sikit.. hehe

Seterusnya apabila sudah sampai kat area PWTC pun agak keliru dengan jalan yang perlu aku lalui utk sampai tempat yang di tuju. Memula salah jalan dan bila aku trus je dia kuar kat bulatan segambut.. haha sengal sungguh, nasib baik kuar kat tempat yang aku biasa. So aku pun gi sekali lagi kat area PWTC tu then turun ke Jalan Ipoh, dan belok ke kanan kat balai polis. Alhamdulillah betul dah jalan tuh, so dalam masa 20 minit aku telah sampai ditempat yang dituju, nama tempat itu adalah Kampung Bandar Dalam. Pelik betul nama kampung tu sebab dah nama kampung tapi bandar, dan kat dalam.. haha

Sampai sahaja kat rumah baby tu baby pun tengah relax2, tak tido pun. So dari informasi masa borak tu baby tu ada problem dengan perut dia, kembung dan selalu tak selesa. Paling lama dapat tidur pun dalam sejam, pastu bangun dan menangis. Jenuh la nak menjaganyer dan kuat pula minum susu, dan susu pulak susu botol je, nasib baik nak kasik banyak pun takpe bleh je buat, kalau nak susu ibu banyak2 naya je.. haha.

So ini adalah gambar ketika baby tidur meniarap, hehe bleh plak tido meniarap, risau jugak kot2 nanti tertutup muka dia kat bantal dah satu kes pulak baby tak dapat bernafas.


(Close up kat muka baby)


(Full view baby tidur meniarap)

So far dapat la tidur dalam 15 minit masa aku ada kat rumah tu, then baby pun bangun pulak dan menangis, hehe.... tak lama lepas baby bangun kitaorang pun gerak la balik...

Saturday, January 31, 2009

Baby Baru Lagi...

Nama: Nurul Aqilah bt Mohd Jamaludin
Tarikh Lahir: 29 Januari 2009
Hari Lahir: Khamis
Masa Lahir: 12.30 tgh mlm
Berat: 3.6 kg
Tempat Lahir: Klinik Bersalin Umra, Shah Alam
No adik beradik: Adik bongsu dari 5 adik beradik perempuan...


(close up kat muka yang tembam.. hehe)


(Gambar penuh..)

Info Ringkas:
1. Ini adalah anak sedara aku yang no 16
2. Kos rawatan bersalin: RM999.00
3. Cara Bersalin: Normal
4. Masa dalam wad: 11.00 mlm ~ 9.30 pagi keesokkannyer, dah bleh balik rumah...

Note: Bleh la geng ngan khalisah nih bila besar nanti...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...