Showing posts with label Online. Show all posts
Showing posts with label Online. Show all posts

Tuesday, March 16, 2010

Welcome our Future Baby

Dah lama nak post pasal future baby nih, asik tertangguh-tangguh last2 terlupa plak. Bila dah teringat tu cepat2 carik gambar (gambar ke?) yang discan masa buat check up kat klinik. First checking tu buat kat klinik kat USJ aje, masa tu wife aje pergi sorang sebab ketika itu dia demam. Tak sangka pulak demam ada makna.. hehe

Then 2nd checkup buat detail kat Klinik Umra, tempat khalisah dilahirkan. Kalau kat Umra ni memang que panjang gile, ramai sangat yang nak jumpa doktor (lupa plak nama doktornyer). Ada jugak doktor2 lain tu tapi still nak jumpa doktor ni jugak. Jadi kalau nak cepat jumpa tu kena datang awal la, biasanya lepas maghrib dah penuh que sampai kul 9 mlm setiap hari bekerja..

















Ini pula kali ketiga buat check up kat klinik lain pulak.. Kali ini sebab prefer dengan doktor plak.


















Welcome to our Future Baby!

Follower, Macam Mana Nak Click??

Ada beberapa follower aku yang mempunyai masalah macam ini. Aku berterima kasih sebab menjadi follower blog aku yang tak seberapa ini. maklumla blog picisan.. hehe.. Dulu jumlah follower aku ada la beberapa kerat sebab dulu tak aktif sangat berblog. Adalah dalam 5 ke 6 orang aje.

Alhamdulillah sekarang dah makin ramai, dah lepas 100 orang pun. Tapi aku menghadapi masalah ini kerana aku tidak boleh melawat blog beberapa follower aku. Biasanya kalau klik pada follower tersebut ada link ke blog dia, takde masalah la...






















Tapi bila klik pada follower tersebut tapi takde link nak pergi blog dia tu macam mana? Sesiapa yang tau cara mudah sila la bagi tahu.



Sunday, March 14, 2010

Apa dah jadi dengan akaun NUFFNANG aku nih??!!

Sekali tulis topik pasal nuffnang, siap tanda soal dan tanda seru lagi. nampak macam marah aje kan? apa yang nak dimarah sangat tu, apa yang telah terjadi dengan akaun nuffnang aku nih. tetiba aje jadik pelik. aku pun tak tau nak kata apa, macam mana boleh jadi macam ini. sebelum2 ini takde plak jadi macam ini. Aku pun cuba logout then login beberapa kali untuk confirmkan adakah betul apa yang aku nampak ini?

Nak kata tak betul mata aku dah siap pakai spek lagi, takkan la disebabkan spek dah lama tak tukar bleh jadik macam ini pada penglihatan aku. Jom tengok screenshot kat bawah ini, apa yang korang tengok pelik aje?




Sebenarnya takde pelik mana pun cuma terkejut dengan buffered earning aku semakin bertambah!! terima kasih pada korang yang menaikkan traffic kat blog aku ini. TERIMA KASIH!!

Tuesday, March 9, 2010

Akademi Fantasia 8 Sudah Kembali

Sapa tak pernah tengok Akademi Fantasia (AF)? Aku adalah salah seorang yang sentiasa mengikuti AF sejak dari musim pertama lagi. Nama-nama seperti Khai, Rosma, Farah, Adam, Mawi dan lain2 lagi telah mewarnai dunia hiburan tanahair.

Untuk musim terbaru AF iaitu musim ke lapan, sesi ujibakat telah diadakan dan pemilihan pelajar juga telah selesai. Disebabkan Raja Lawak Astro sudah berakhir, maka sudah sampai masanya AF pula mengambil alih tumpuan penonton Malaysia untuk menyaksikan realiti tv yang pertama dapat menggegarkan dunia hiburan tanahair pada mula penerbitannya.



Picture from www.astro.com.my

Hari ini seawal pagi pergi kerja pun dah diperkenalkan dengan para peserta musim terbaru di radio ERA kendalian Aznil dan Din Beramboi. Selepas itu sesi memperkenalkan diri kepada pihak media juga telah dilakukan dan Konsert Tirai AF jugak akan bermula pada hari Sabtu ini. Sudahkah anda bersedia untuk mengikuti AF untuk kali ini? Apakah expectation anda? Sama-sama kita saksikan konsert pembukaan pada hari Sabtu ini

Berikut adalah senarai peserta utk AF musim ke 8

Monday, March 1, 2010

Update: Intensedebate Plugin - comment number enabled


Setelah beberapa kali menggodek2 website intensedebate.com, bertanya kat ramai orang termasuk 'memaksa' kak ujie untuk membantu, termasuk membuat announcement tentang masalah comment yang tidak muncul di depan summary post. Kesian juga pada kak ujie yang banyak membantu tapi sebenarnya kesilapan saya sendiri yang salah setting.

Pada tutorial yang lepas saya setting kan supaya comment not enabled for new post, supaya plugin intensedebate dapat membuat comment number dia sendiri. Banyak kali jugak membuka satu persatu link dalam website intensedebate untuk memeriksa apa yang salah setting tersebut. Rupanya salah setting dalam blogspot itu sendiri. Caranya sangat mudah cuma menukar setting seperti di bawah ini


 

1. Masuk dalam Dashboard
2. Setting
3. Comment
4. Comment default for post 
5. Select New Post Have Comment
6. Save

Siap..!!

Hasilnya seperti di bawah ini (refer anak panah warna merah)



Friday, February 26, 2010

Info dan Peristiwa Berguna Bulan Rabiulawal

Selamat menyambut Maulidur Rasul diucapkan kepada blogger sekalian. Hari ini banyak sekali entry2 berkenaan maulidur rasul, aku jugak tidak ketinggalan untuk membuat entry tersebut.. Sedang dalam pembacaan info berkenaan maulidur rasul dan bulan rabiulawal tertarik dengan info dalam website INI. antara kandungan yang menarik aku ambik dari situ

Pengertian

Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah.

Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang.

Peristiwa-Peristiwa Penting Bulan Rabiul Awal

Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah;
1. Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. 
Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah. Perbezaan pendapat ini akan disentuh lebih lanjut di bahagian Maulidur Rasul.

2. Perlantikan Nabi menjadi Rasul. 
Dibulan Rabiulawal inilah Nabi saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.

Sunday, February 14, 2010

Buffered Earning Nuffnang Bertambah

Kali ini aku saja nak tunjuk buffered nuffnang yang semakin bertambah, asal2 nya dapat buffered earning Celcom aje, sambil tu berharap dapat buffered earning lain2 kempen jugak la.. kengkawan macam cik kupu-kupu selalu tanya macam mana boleh dapat buffered earning ni? Aku pun bantai aje la cakap kena ramai unique visitor baru boleh dapat buffered earning tu.. keh keh keh.. tapi memang betul pun salah satu kriteria nya kan, kalau setakat sorang dua aje unique visitor mana nak dapat buffered earning ni.

Aku nak bagi tahu lebih pun tak boleh jugak sebab aku baru aje dapat beberapa buffered earning ni. Ini pun aku ada ikut tips dari blogger yang lebih otai. Banyak tips aku dapat dari blog math sensei . Tapi kalau korang jenguk blog tersebut dia dah join innity. Rasanya status glitterati dia dah kena tarik balik tapi disebabkan dia dah otai tu mesti ada rahsia dia guna innity tu. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...