Showing posts with label Jalan Jalan. Show all posts
Showing posts with label Jalan Jalan. Show all posts

Monday, February 22, 2010

Cuti Balik Kampung - Part 2

Sambungan dari Part 1

 Hari seterusnya aktivitinya adalah pergi ke majlis perkahwinan kat area Rantau Panjang, Kelantan, kira2 beberapa kilometer aje nak sampai sempadan Thailand. Malangnya perjalanan nak ke Rantau Panjang tu agak jem, tapi nak buat macam mana dah satu jalan itu aje. Sempat jugak la potong belah kiri, pastu masa potong kiri tu ada polis traffic pulak... dah agak2 cuak la sebab kat depan dia tahan kereta yang potong tepi.. Disebabkan sempat masuk lane belah kanan, walaupun hanya satu lane, tapi alhamdulillah terselamat dari di tahan polis.. kereta myvi putih kat belakang tu kena tahan pulak.. hehe..

Sampai kat tempat kenduri keadaan agak panas terik la... masa tu pulak khalisah tido.. banyak pulak hidangan yang ada tapi tak berapa nak makan sangat pun.. ada nasik kenduri (macam biasa tu la) pastu ada laksa, ada roti jala, cendol dan air sirap.. siap ada karaoke lagik.. penyanyi nyer boleh tahan gak suara dia, agaknya diimport dari belah thailand kot..

Tempat yang dituju selepas itu ingatkan nak ke pasar kat Rantau panjang tu tapi tak jadi la.. haluan dituju ke arah Kota Bharu.. disebabkan dah lama tak menjejakkan kereta kat bandar tu hampir semua jalan dah jadi jalan sehala.. susah betul nak parking...pusing2 akhirnya dapat jugak parking kat sebelah restoran nasi ulam.. besar jugak restoran tu..

Saturday, February 20, 2010

Cuti Balik Kampung - Part 1

Disebabkan cuti Tahun Baru Cina agak panjang, kalau dikumpul-kumpul semua cuti tu dapat 4 hari, start dari hari Sabtu sampai hari Selasa. Jadi kami pun balik kampung kelantan la... Mula bertolak dari USJ pukul 4 pagi hari sabtu then nak gerak sekali dengan kawan adik ipar yang drive keta Swift, kami drive keta Myvi aje.. Jalan agak ok di pagi macam tu, kalau lambat sikit rasanya mau jam jugak tu.. Kami berhenti solat subuh di masjid dekat Kuala Lipis. Lepas solat kami teruskan perjalanan yang agak mula sibuk dengan kenderaan. Disebabkan konvoi dengan Swift tak bawak laju sangat la.

Sepanjang perjalanan tak sesak sangat kecuali dekat area nak sampai Merapoh, kena la jam dalam sejam kat situ. Mula-mula tertanya jugak kenapa boleh jam kat kawasan tu, selalunya tak pernah jam. Bila ada tow car lalu disertai beberapa buah kereta peronda polis dah sah ada accident. Sebelum tu pun dah ada accident, kereta Persona terbalik masuk dalam longkang. Ini pulak kereta apa ntah tak perasan nak tengok. Lepas tu jumpa lagi accident melibatkan kereta Kancil

Tuesday, February 9, 2010

Beli Kereta Baru!

Sudah beberapa kali memikirkan adakah perlu untuk menukar kereta baru lepas habis bayar kereta yang sedia ada? Adakah perlu dijual kereta yang sudah habis bayar? Atau simpan saja dan repair apa yang perlu? Setelah difikir-fikirkan dan perbincangan satu keluarga kami sudah membuat keputusan. Wira dah habis bayar, tinggal myvi aje yang kena bayar.

Bila dah berkeluarga ini selalu isu kereta adalah penting bila nak balik kampung, setakat balik Meru aje tu tak jadi masalah, dekat aje. Isu ini selalu berlaku bila balik kampung kelantan, muatan beg-beg dan barang-barang sahaja dah separuh kereta penuh. Ini nak balik kampung pada Tahun Baru Cina, maklumlah cuti panjang sampai hari Selasa, jangan kena sumpah seranah dengan orang Cina sudah la.. time diaorang nak beraya kita pun sibuk2 nak balik raya jugak untuk menambahkan kesesakan jalanraya.

Sunday, January 31, 2010

Econsave Baru Dibuka Sekarang!

Kali ini aku nak review pasal pasaraya Econsave yang baru dibuka kat kampung aku, iaitu Meru. Nama aje kampung dah macam bandar pulak.. haha.. Econsave yang baru dibuka ini terletak di Persiaran Hamzah Alang, terletak disebelah kiri kalau perjalanan dari Pekan Meru ke Pekan Kapar. Lokasinya bersebelahan dengan tokong cina iaitu beberapa meter sahaja dari pekan Kapar.





















Masa aku pergi itu hari Sabtu sebelah petang, agaknya disebabkan baru lagi dibuka orang pun tak ramai, atau memang tak ramai agaknya. Parking pun banyak kosong, biasanya kalau pasaraya2 macam ini jarang ada parking yang kosong, sentiasa full aje.

Saturday, January 16, 2010

Sogo Card Member Sales - Dahsyat!

Info ini aku dah bagi tau sedikit minggu lepas masa aku pegi Sogo Warehouse Clearance, jadi memang dah plan nak pegi la.. Jadi hari Rabu dah apply cuti utk hari Jumaat, agak terlewat jugak la tapi apply tetap apply.. hehe
Seawal pagi lebih kurang macam nak pegi keje jugak la kitaorang pegi Sogo, tapi Khalisah tak bawak, tinggal kat taska... tak larat plak nak bawak dia gi shopping tempat ramai orang camtu.. sebelum tu jom usha info pasal Sogo Card Member Sales nih...






















[Pamplet utk sogo card member]






















[Sebahagian dari kelebihan Sogo Card Member]




























[Salah satu aim nak beli luggage dengan harga RM69, harga asal RM379]

Kitaorang sampai kat Sogo dalam kul 9.25am, siap2 parking trus pegi tempat kasut, tapi nak masuk kena check Sogo Card Member dulu, kalau yang takde bleh apply dengan harga istimewa RM12 aje kat luar Sogo tu. Barang yang memula dibeli adalah kasut, ini aje dah RM130, so dah boleh redeem la utk luggage tu.. kalau lambat takut abis..






















[kena check sebelum masuk Sogo]























[kasut sekolah je nih, hehe]

Lepas dari itu trus gi beli baju Khalisah dulu, dapat la beberapa pasang, ramai tul orang.. agaknya diaorang pun amik cuti gak kot.. hahaha.. jadi ini lah hasil dari shopping kat Sogo, abis jugakla dalam RM300..






















[awal pagi pun dah ramai orang]






















[nasib baik kaunter utk bayar ada banyak.. kalau tak mau jem]






















[baju Khalisah + baju BEN10 dan baju belang utk ibu]

Jadi pada sesapa yang berminat shopping tu blehla menyesakkan lagi Sogo pada hari Sabtu.

Sunday, January 3, 2010

Gambar: China 30-Nov-09

Sori la lambat skit nak update gambar masa aku pegi china awal bulan 12 tahun lepas.. (macam lama je tahun lepas.. haha).. Sepatutnya pegi awal bulan 11 tapi disebabkan masalah teknikal yang tak dapat dielakkan maka terpaksa ditunda.. Sepatutnya nak ditunda lagi tapi kena 'paksa' pergi jugak.. haha..

Kalau korang perasan sebelum2 ni pun dah penah pegi dan maybe ada gambar2 yang lebih kurang sama.. tapi kali ni pegi dah winter so ada la perbezaan, cuma kalau pegi awal skit dapat la tengok salji.. pelik skit salji kat tempat aku pegi ni sebab diaorang kata salji turun awal bulan 11.. nasib la.. Jom saksikan gambar2 tersebut...





Ada banyak lagi gambar2 yang aku amik tapi bila balik mesia tengok tak banyak plak.. haha..

Wednesday, November 18, 2009

Sunway Pyramid: Makan Lagi

Balik je keje semalam wife ajak gi Sunway Pyramid, katanya nak carik pendrive Kingston 4GB. nak usha harga kat internet tak best plak sebab nak beli dengan quantiti yang banyak.. so gi la ke sunway lepas maghrib..

Hari hujan plak tu nak parking pun penuh.. last2 parking kat atas sekali, kat atas bumbung tu.. situ aje yang kosong.. sampai je trus gi tempat jual komputer, apa ntah nama dia aku lupa plak... usha2 gak la dua tiga kedai, semua kata harga pendrive akan naik dan harga yang dia bagi tu pun valid selama seminggu je.. lepas gi carik dua tiga kedai utk buat comparison then gi carik makan la plak.. lapar!

Nak makan Nandos la.. lama dah tak makan.. tapi nak makan kat situ macam leceh je sebab Khalisah dah lasak+lincah, kang abis semua botol2 tu dia sepahkan.. so baik take away la.. so ini la menu yang kitaorang beli utk makan malam...


.: Set half chicken + side order :.

Dah keluar dari nandos wife plak nak makan donat, so pegi la kedai donat plak..


.: Dua bijik donat yang mahal :.

Lepas beli tu trus cepat2 balik rumah.. lapar punya pasal.. hujan2 plak tu.. lagi la bertambah lapar..

p/s: ab jgn marah aku, ko kan suka makanan2 nih..

Sunday, September 27, 2009

Raya 2009: Perjalanan Raya ke Kelantan

Kira agak lewat jugak la aku update blog ni dan citer pasal perjalanan balik raya di Kelantan.. bukan apa kesibukan dan keadaan internet yang tidak mengizinkan.. (padahal malas!) Disebabkan hari Jumaat 18 September, telah dijadikan cuti sebab menggantikan cuti nuzul quran, maka kitaorang pun balik la pada hari jumaat tu.. sebenarnya memang dah plan nak balik masa tu, siap dah amik cuti lagi.. maka cuti cancel ler.. (dah cuti nak amik cuti apa lagi.. haha)

Kisah sebelum perjalanan di pagi hari tu agak kelam kabut jugak ler.. balik kerja ari Khamis tu balik meru sat, nak amik bahulu lapis yang telah diorder, nasib baik dah siap masa pegi amik tu.. sempat jugak la berbuka kat meru, lepas isyak trus gerak balik USJ utk berkemas.. disebabkan masing2 keletihan bekerja, sampai USJ trus tido, hajat nak berkemas tu ditunda dulu ler.. haha.. sebelum tido tu sempat gak la set jam kul 3 pagi nak bangun..

Masa tu macam best betul la tido, bila jam bunyi nak bangun pun malas giler.. nasib baik teringat nak balik kelantan dengan perjalanan jauh.. kalau takde hal yang penting mau sambung tido aje.. Aku bangun kul 3 tu kira masih sangap2 dan kul 3.30 pagi gi mandi.. sejukkk.. biar segar skit sebab nak drive kan.. wife aku plak sibuk kemas barang.. abis semua selesai aku gerak kul 4 pagi.. best je gerak time tu sebab jalan lengang.. sebelum tu sempat lagi singgah petronas utk check angin tayar.. semuanya ok trus gerakkkk..

Sampai tol gombak dapat tol free... yeayyyy!!.. masa tu rasa dalam kul 440 pagi kot.. kereta pun tak berapa banyak sangat... ada pun bawak selow je.. hish.. kacau line tul.. haha..sampai tol bentong plak dah bersusun kereta kat plaza tol.. ciss tak sempat nak dapat tol free.. dah kul 510 pagi.. aku ingatkan sampai kul 6 pagi free.. masuk bentong je dah start jem skit2.. aduii.. nasib jem sikit je. masa tu perut dah rasa semacam.. masa ni la dia nak buat perangai.. tengok petronas semua full.. arrrhhh tahan je la dulu...

Perjalanan diteruskan sambil menahan sakit perut.. kul 530 pagi rasa dah sampai area raub kot, ramai je orang berenti sahur.. aku? takde la aku nak berenti time jalan cun camni.. line clear takde orang.. aku truskan perjalanan... wife aku pun makan bekalan yang dibawa. aku minum air je.. kang kalau aku makan mau tido plak masa drive.. sepanjang perjalanan tu lepas subuh ramai je orang berenti kat masjid ngan surau. aku tak berenti lagi.. carik port yang best utk berenti.. jalan dah agak crowded.. kereta dah banyak bersusun, selow plak tu.. tengok arah bertentangan clear je.. bagi signal trus memotong dengan selamba nyer.. hahaha.. jahat giler..

Last2 kena berenti jugak sebab kena solat subuh dulu.. kami berenti kat masjid baru 8 penjom, dah dekat dengan Kuala Lipis.. masa tu dah kul 630 pagi.. parking penuh plak.. kena parking jauh skit.. last2 depan kubur ada parking kosong.. bedal je la.. haha... sakit perut masih ada lagi.. usha toilet kat masjid bersusun orang beratur.. cancel la gi amik wuduk dan solat subuh..

Gerak dari situ lebih kurang kul 7 pagi kot.. dengan brutalnyer aktiviti memotong kereta dilakukan.. haha.. best pulak jalan pagi2 camni.. jalan bertentangan clear aje.. hehehe.. akhirnya sampai kat gua musang dalam kul 830 pagi.. kena isi dulu la minyak kereta.. kang tak pasal2 kantoi tengah2 jem.. agaknya semua stesen minyak ni menjadi tempat persinggahan kereta2 yang balik kampung, semua penuh je.. huhu.. sakit perut pun dah ilang.. baguss!!..

Gua Musang ke kuala krai jalan ok la tak jem sangat... still bleh lagi potong memotong tatkala tiada kenderaan di arah bertentangan.. haha.. sampai je kat kuala krai start trafic selow, kereta takde la banyak sangat cuma ada beberapa kereta 'antik' yang membuatkan perjalan trafik jadik selow.. terpaksa follow je la.. dan sempat sampai di kampung kelantan dalam kul 11 pagi..

Apa lagi tido la.. ZZzzZZzzZZzz.. bangun2 orang dah baca khutbah, bleh dengar dari rumah sebab masjid depan rumah je.. gi mandi+siap2 gi masjid.. sampai je masjid dah nak start solat jumaat.. hehe..

Next: Suasana Raya Aidilfitri di Kelantan

Tuesday, August 4, 2009

Rumah Berharga RM1 Juta

Hari sabtu lepas kitaorang gi usha2 rumah akak ipar aku yang baru dibeli kat area Glenmarie, nama kawasan tersebut adalah Temasya Suria. Ada gak kuar kat utusan pasal kawasan perumahan ini..

Jangkaan itu berdasarkan sambutan memberangsangkan oleh orang ramai sejak awal minggu ini. Pelancaran itu diadakan di Galeri Jualan Alam Impian di Wisma Consplant, Subang Jaya mulai pukul 9 pagi. Temasya Suria dibangunkan oleh Temasya Development Co. Sdn. Bhd., anak syarikat I&P itu terletak di kawasan seluas 228.4 hektar di Temasya, Glenmarie, Shah Alam.

Menurut I&P, Temasya Suria merupakan projek kediaman pertama di kawasan itu, yang sebelum ini lebih dikenali sebagai lokasi industri. I&P berkata, sebanyak 133 unit kediaman ditawarkan bagi kediaman itu dengan harga dari RM750,000 hingga RM1.4 juta. Kediaman itu ditawarkan pada tiga saiz dengan keluasan binaan 3,427 kaki persegi hingga 4,652 kaki persegi.

Kitaorang gi tengok rumah tu yang hampir siap beramai2 pada belah petangnyer.. masuk je rumah tu rasa pelik je sebab besar sangat!.. haha.


.: Ini gambar rumah dari luar, tak sempat nak amik dalam rumah :.


.: Ini pula sesi bergambar di hadapan rumah, ownernyer dua dari kiri :.

Menurut tuan rumah ini, ada tiga saiz dan tiga harga rumah.. masa pilih rumah tu yang saiz tengah2 tu dah abis, so yang ada tinggal dua saiz ler.. jadi dah alang2 nak beli trus beli yang besar dan paling mahal ler.. haha.. banyaknyer duit...

Saturday, June 13, 2009

Berkelah di Pantai Remis

Belah petang pada 7 June 2009 kami sekeluarga pergi ke pantai yang berdekatan dengan rumah, yang paling hampir adalah pantai remis, kira2 15 minit perjalanan kereta, kira dekat la tuh.. kot nak gi tempat lain mau makan sejam dua..

Kitaorang pegi 4 keluarga; aku, along, abg aku ngan adik aku, kitaorang bertolak dari rumah lepas asar, ingatkan nak bertolak awal lagi, tapi kang susah plak nak gi semayang asar.. gi sana pun just nak lepak2 bawak pokok tepi pantai jer.. nak mandi.. eiii .. tak lalu nak mandi.. setakat main di gigi air tu bleh la.. hahah

Anak2 sedara aku semua nyer duk main air, main pasir tepi pantai.. nasib takde yang mandi.. anak sedara aku ada gak bawak layang2, aku pun layan gak la main layang2, lama wei tak main layang2, dulu main pun zaman sekolah rendah..

Tengok anak2 sedara aku duduk2 kat pasir main air macam best plak.. aku pun try gak la merasa air pantai remis.. haha.. pada awalnya setakat nak amik gambar kat pasir jer ngan khalisah, tapi ombak duk tarik2 aku suh main air sekali.. jadi aku pun main jugak la air pada akhirnya... hahaha



.: KLIK GAMBAR UTK ORIGINAL SIZE :.

Tapi masalah tiba bila time nak balik, takde air nak bilas air laut tuh dengan pasir2 penuh kat seluar.. nasib baik ada surat khabar kat dalam kereta.. wife aku dah bising2 pasal naik keta dia.. hehehe..

Tuesday, April 21, 2009

Pesta Buku Antarabangsa KL

Ari ahad lepas ada pesta buku kat PWTC, dah plan nak gi situ, tapi bukan nak tengok buku pun.. hehe.. so pagi ahad dah bangun awal seperti biasa.. huhu ahad pun kena bangun awal gak.. bila nak bangun lewat eh? Bangun sekitar kul 630 pagi.. memang nak kena bangun awal sebab nak gi pasar tani shah alam beli barang2 dapur. siap2 tengok dah kul 700 pagi, khalisah pun tak bangun lagi.. tapi bawak gak masa dia tido.. hehe.. tapi kali ni kitaorang pegi tak nak lama2 so aku ngan khalisah duk dalam keta je la.. ibu je yang pegi beli barang2... amacam ok tak camtu? haha...

sampai je kat shah alam orang pun dah ramai, parking pun dah penuh.. agaknya pukul brape la diaorang nih datang eh? so sebab tak nak lama2 ibu je la pegi sorang, aku ngan khalisah duk dalam keta je... masa sampai shah alam tu khalisah tido lagi, bila ibu bagi khalisah je kat aku then ibu kuar gi pasar khalisah trus bangun.. huhu.. aku ingat aku pun nak tido sekali tapi tak dapek la sebab khalisah dah bangun.. agak lama gak la ibu pegi beli barang... aku pun menunggu penuh sabar, sambil menunggu kot2 ada keta nak kuar dari parking, alhamdulillah ada sebijik keta nak balik dah so aku pun ganti la tempat dia...

hampir 40 minit kemudian ibu pun sampai kat kereta dengan membawa barang2 yang telah dibeli... agak kesian gak la sebab banyak pulak barang yang dibeli.. aku suh beli skit2 je... bukan nak makan ramai2 pun.. dua orang je.. aku pun tak makan banyak.. agaknya la... lepas tu trus balik rumah...

abis sarapan + mandi (kantoi tak mandi gi pasar!) then tru siap2 nak gi KL, panjangnyer citer nak sampai pesta buku neh.. huhu.. tapi kitaorang tak trus gi pesta buku sebab ibu nak gi sentul, kampung bandar dalam (tiap kali pegi sini mesti aku mengomel, apo la kampung pastu bandar pastu dalam plak.. haha). Ibu nka kasik polisi insurans untk anak kawan dia, lepas tu trus gi ke PWTC..

Sampai dekat depan PWTC tu tengok ramainyer orang, parking pun dah sampai tepi jalan, pastu ternampak kak yat baru kuar keta nak gi pesta buku bersama anak2nyer.. hehe... mana la nak parking neh.. terpaksa gak la gi parking kat tempat parking depan PWTC, takut aa nak parking tepi jalan je, sebab ada garisan kuning, sah2 kena saman.. sebenarnya gi pesta buku bukan nak beli buku pun cuma nak temankan ibu ada PGG takaful ikhlas.. amenda ntah PGG tuh.. haha..

sambil tunggu tu agak lama gak la sampai ngantuk2 aku dibuatnya... kat level2 bawah tu agak bising so aku pun gi la level 4, bising gak sebenarnya sebab ada orang bercakap2 kat pentas tu guna mic, so mana2 pegi pun bising gak la.. haha.. kat lvl 4 tu pun ada taklimat utk student MSU konvo.. dahsyat tul konvo kat pwtc.. huhu.. agak dalam kul 2.15 kitaong pun gerak balik rumah.. tak makan lagi tengok jam sempat lagi nak gi makan McD sebelum kul 3.. so gerak la sampai kat McD SS15 dalam kul 2.45... lepas beli apa yang patut trus balik rumah...

ngantuk tak bleh tahan tapi sempat lagi tengok F1 GP Shanghai.. sambil tengok tu baring2 kejap merehatkan badan... hampir nak abis tinggal 8 pusingan aku pun dah pusing dengan tidurnya.. bangun2 je dah dekat kul 530.. agak malas2 nak bangun sambung tido balik la.. huhu

Thursday, February 19, 2009

Perjalanan Bersambung Lagi...

Pagi tu dah janji dengan supplier tu dia akan amik kitaorang dalam kul 930 pagi.. kitaorng pun siap2 dah check out sebab nak terus keluar dari hotel tu menuju factory yang nak di lawat... sampai di factory tersebut dalam kul 10.00 pagi.. so discussion ngan audit pun berjalan seperti yang dirancangkan.. di pendekkan cerita kitaorang abis discuss dalam kul 3.30 ptg dan perlu bergegas ke airport utk naik flight kembali ke Shanghai sebelum balik ke Malaysia. Ini kerana tiada penerbangan antarabangsa dari Wenzhou, hanya ada domestic flight sahaja...

Sampai di airport kitaorang pun try utk awalkan flight, malangnya tiada flight yang lagi awal dari yang kitaorang patut naik. Flight kitaorang 7.55 mlm tapi kitaorang dah sampai kat airport seawal kul 4.30 ptg.. Nampaknya awal lagi so kitaorang pun takde benda nak buat so tunggu jela sementara masa yang ditunggu tiba... Sampai je masa trus check in dan trus gi masuk utk boarding flight ke Shanghai Pudong Airport... Tiba di Pudong dalam 9.30 mlm dan takde sapa nak datang amik so kitaorang naik la teksi utk menuju ke hotel.. pada asalnya aku dah mintak contact person kat Shanghai book hotel yang sama seperti sebelum ini iaitu Ramada Pudong Hotel, tapi request dari bos mintak tukar ke hotel lain... jadi masa nak naik teksi tersebut, pemandu pun nampaknya macam tau je la lokasi hotel tersebut... mengikut orang yang tolong book kan hotel tu tak jauh dari airport tersebut dan mengambil masa dalam 10 minit naik teksi.. Jadi kitaorang pun agak lega la sebab tak perlu naik teksi lama2 plak..

Nak dijadikan cerita pemandu teksi tu salah paham tentang lokasi hotel yang kitaorang nak tuju.. buktinya kitaorang dah nampak hotel tersebut disebelah Highway sahaja tapi tengok teksi meluncur laju je.. bila ditanya tak paham pulak sebab pemandu teksi tersebut tak paham english.. aduiiii... terpaksa gunakan translator utk bgtau lokasi sebenar yang perlu dia bawak kitaorang.. dari informasi, kitaorang dah terlajak agak jauh dan perlu berpatah balik, dah nama highway mana ada u turn... nasib la... akhirnya ada gak jalan utk buat u turn dan kembali ke tempat yang nak di tuju..

Malang berlaku lagi, pemandu teksi terlepas sekali lagi lokasi hotel tersebut dan terpaksa menuju ke airport utk u turn.. hahah pening dah kitaorang dengan gelagat pemandu teksi tersebut... Akhirnya kitaorang sampai jugak ke hotel yang nak di tuju. Jumlah masa perjalanan 1 jam setengah yang sepatutnya hanya mengambil masa 10 minit sahaja.. Sampai hotel, check in, mandi dan trus tido...

Pada pagi tersebut aku dah tak bleh nak tido lena sebab dah memikirkan utk balik ke Malaysia.. hahah tak sabar dah nak balik.. awal2 lagi aku dah siap mandi dan packing beg... semangat nak balik Malaysia dah... Pagi tu kitaorang gi airport dengan shuttlebus yang disediakan.. Sampai kat airport kitaorang pun carik la kaunter MAS, tgk kat screen takde plak kaunter MAS, mana plak peginyer kaunternih... Nak dijadikan cerita pula rupanya kitaorang turun kat salah terminal... Kitaorang turun kat terminal 1 manakala kaunter MAS berada di terminal 2.. hahah...

Sampai sahaja di kaunter MAS kitaorang pun check in, dan nampak gak la muka2 orang Malaysia pada penerbangan tersebut... hehehe.. flight ke Malaysia pada pukul 9.55 pagi dan sampai pukul 3.30 ptg... sampai sahaja di KLIA aku pun trus gi kaunter teksi utk beli kupon dan trus bergerak balik ke USJ... Malang sekali lagi teksi tersebut perlu mengisi NGV kat stesen petronas.. kena tunggu la dan akhirnya aku sampai kat USJ pada pukul 5.30 ptg..... Sampai disini sahaja cerita perjalanan aku... adios....

Wednesday, February 18, 2009

Perjalanan Bersambung...

Pagi tu kena bangun awal sebab dah janji nak gerak ke lokasi seterusnya seawal pukul 7.00 pagi.. Perjalanan kali ni menggunakan kereta Odessey yang mengambil masa selama 5 jam dari hotel tersebut. Tempat yang dituju kali ni adalah Yangzhou sedikit ke utara dari Shanghai, jadi tahap kesejukan pun akan bertambah....

Sepanjang perjalanan tersebut tak berapa banyak kenderaan la jadi perjalanan agak lancar, cuma terhalang oleh kabus sebab sejuk, tahap penglihatan cuma sejauh 50 meter sahaja!!... Kelajuan pemanduan pula selaju 140km/j ~ 160km/j.. Bayangkan kalau perjalanan dengan kelajuan standard 110km/j mau 7 ~ 8 jam baru sampai destinasi.. sampai kat sana selepas visit factory dan discussion kitaorang pun bergerak balik ke Shanghai utk catch up flight untuk ke Wenzhou pula.. flight ke Wenzhou pukul 9.55pm jadi kena gerak dari Yangzhou selewat2nya pukul 4.00 ptg... Agak malang la sebab perjalanan balik kena menempuh jem... agak panjang jugak la jem dan nasib baik jem tersebut hanya berlaku di plaza tol sahaja, selepas tu jalan dah clear balik.. so sampai kat Shanghai Pudong Airport pukul 8.00 mlm. Kira tidak terlewat la utk check in.. masih ada masa lagi...

Sampai je kat tempat check in diorang bgtau flight delay.. aduii kena tunggu dan datang balik ke kaunter check in kul 9.00 mlm utk confirm berapa lama delay... Perut pun dah lapar kitaorang pun gi usha2 la tempat makan kat airport tersebut, nasib baik airport tu kira International so terdapat pelbagai menu utk dilihat la.. lepas makan tu kitaorang pun gi balik ke Check in kaunter utk check in... dan diberitahu flight hanya akan sampai pada pukul 10.30 mlm... fuhhh lambatnya.. apa nak buat sementara tunggu flight tuh... sementara tunggu aku pun bukak la laptop dan usha citer yang ada dalam laptop, tapi tak bawak pulak earphone jadi aku bedal je la pasang citer upin ipin tapi aku selowkan volume biar aku je dapat dengar... Nampak nya masih ada masa lagi dah aku pun dah ngantuk, aku usha kiri kanan ramai gak orang terlentang atas kerusi kat tempat tu, so apa lagi aku pun join sekali la baring... haha...

AKhirnya flight yang ditunggu pun tiba, ramai2 trus serbu flight tersebut sebab dah letih tunggu.. perjalanan dengan flight tersebut mengambil masa sejam lebih dan sampai kat Wenzhou pukul 11.30 mlm... nasib baik orang yang nak amik tu tunggu gak sebab dia bgtau kalau naik teksi mungkin teksi tak tau tempat yang nak di tuju.. ok gak la tuh senang tak yah banyak karenah utk naik teksi.. sampai kat hotel dalam kul 12.15 mlm... Mandi2 trus tido... tak larat.... esok nak sambung buat kerja lagik...

Tuesday, February 17, 2009

9/2/2009 ~ 12/2/2009: Perjalanan

Kali ni sambungan dari citer yang post sebelum nih, bukan tak nak citer sampai abis kat post sebelum nih, cuma tak larat nak taip jer... hehehe.. So hari bermula seawal pukul 5.00 pagi bangun then siap2 utk memulakan kerja yang sepatutnya... breakfast start kul 7.00 pagi so kitaorang pun breakfast kat hotel mengikut masa yang ditetapkan la.. tapi paham2 je la dah kat tempat orang nak makan daging, ayam pun tak berani... jadi bleh makan makanan yang tak diragui je la...

Seperti yang dah di plan, kitaorang gerak gi factory tu tepat kul 9.00 pagi, perjalanan mengambil masa dalam sejam dari hotel. So kitaorang sampai dalam kul 10.00 pagi. Then perbincangan dan audit supplier tersebut pun bermula... detailnya tak perlu diceritakan kat sini sebab aku just nak citer perjalanan yang agak memenatkan...

Abis aje meeting tu dalam kul 4.00 ptg dah kena gerak gi stesen keretapi, seperti dirancangkan diaorang akan antar ke stesen keretapi yang mengambil masa dalam 1 jam dari factory ke stesen tersebut... sampai stesen orang dah ramai, lepas kitaorang masuk je driver yang antar kitaorang pun balik la, kira dah abis tugas dia selepas hantar kitaorang.. kat stesen tu kira blur gak la sebab sume signboard tulis Mandarin, sapa plak la nak tolong translatekan.. haha.. Jadi kitaorang berpandukan no keretapi je la sebab ia bernombor.

Perjalanan dengan keretapi dari Hangzhou ke Shanghai mengambil masa dalam 2 jam. Yang bestnya dalam keretapi tu ada speed indicator utk kelajuan keretapi tersebut dan ada temperature indicator jugak... So sepanjang perjalanan tersebut temperature yang paling sejuk kat luar keretapi yang ditunjukkan oleh indicator tersebut adalah 8 deg Celcius tapi dalam keretapi di control utk maintain suhu 22 deg Celcius. Kelajuan keretapi jugak ada dicatatkan iaitu paling laju dalam 160km/j... Agak ramai jugak la naik keretapi tu dan keadaan keretapi tu sendiri nampak bersih dan nampak macam baru. Kira selesa la perjalanan tersebut walaupun first time aku naik keretapi... kalau kat Malaysia aku naik pun komuter je, itupun dah lama tak naik dah...

Sampai di Shanghai pun agak pening gak sebab signboard pun tak banyak tulis english, banyak tulis Mandarin jer.. malangnya orang yang dah janji nak amik kitaorang bawak gi hotel tu cancel sebab ada urgent matter utk disettlekan... Jadi terpaksalah kitaorang naik teksi utk gi kat hotel. Hotel yang telah di book kan adalah Ramada Pudong Hotel, betul2 sebelah airport Pudong kat Shanghai... Masa nak naik teksi tu ada sedikit kekeliruan sebab driver teksi tu tak reti nak baca english.. Aku pun tak plan la nak translate nama hotel tu ke bahasa Mandarin, nasib baik ada officer yang jaga teksi tu paham jugak la dan dia explain kat driver teksi tu mana kitaorang nak pegi..

So lepas segalanya selesai, kitaorang pun naik la teksi tersebut, dan rasanya pemandu teksi tu masih tak berapa paham mana kitaorang nak pegi.... dia pun tepon orang yang dia kenal yang paham english then explain ke mana kitaorang nak pegi.. akhirnya dia pun tahu tujuan dan lokasi hotel tersebut.. kalau tak tau gak entah ke mana la dia hantar kitaorang.. hahah ... Sampai kat hotel dalam kul 11.00 pm, perut lapar sebab tak makan lagi, kedai kat hotel tu dah tutup, jadi apa lagi bedal megi je la... hahaha.. apa nak buat dari nak merayau2 baik bedal megi je depan mata.. Bersambung....

Monday, February 16, 2009

08/2/2009: Jalan Jalan di Sekitar West Lake

Pagi2 dah bangun dalam kul 5.00 pagi, tengok kat luar pun dah macam cerah skit. Kat sini memang awal skit cerahnya dibandingkan dengan kat Malaysia. Mengikut orang citer, jam kat Malaysia tu salah, sebab kalau ikutkan turutan jam tersebut sepatutnya Malaysia dengan China ada perbezaan waktu berdasarkan kedudukan garisan masa, tapi realitinya takde perbezaan masa antara kedua2nya. Malaysia ikut masa Hong Kong sebab nak sama waktu dengan bursa saham Hong Kong, itu orang bgtau aku la, kalau tak betul tu aku tak tau ler.. hahaha

Dalam kul 6.30 pagi dah cerah dan aku terdengar orang bercakap2 dari dalam bilik hotel. Aku pun usha dari tingkap hotel utk tengok orang lalu lalang kat luar tu, bila usha2 tu rupanya bilik aku betul2 sebelah West Lake (tasik tempat pelancongan). Location tersebut memang la best, tak perlu jalan jauh dah bleh sampai kat tasik tersebut. Kat bawah ni ada explaination pasal West Lake tapi dalam english la sebab aku usha kat internet

"Originally a shallow sea inlet, due to the laying down of silt this 5.68 square kilometers (about 1,404 acres) of water became the famous West Lake. With an average depth of just five feet the lake comprises five distinct sections. The largest part is known as the Outer Lake and it is bounded by the North Inner Lake, Yuehu Lake, West Inner Lake and Lesser South Lake. Held in the embrace of hilly peaks on three sides, this water wonderland has been an attraction for centuries and it is small wonder that it was a favourite imperial retreat. The lake and its environs have all the elements of a traditional Chinese garden but on a grand scale. The natural setting of strangely shaped peaks, serene forests and springs, dense foliage and a myriad of blossoms especially in springtime are enhanced by a treasury of sculpture and architectural features. Whatever the season, the panorama is pleasing to the eye and the nuances of light shade together with the moods of the weather present an ever-changing picture that justifiably has been described as 'intoxicating'."

Rasa malas nak bangun then sambung balik tidur sebab rasa ngantuk masih ada, lagipun janji dengan orang nak bawak jenjalan tu dalam kul 1.30ptg. Apa lagi bantai la tido lagi... ZZzzZZzzZZ.. Dalam kul 10 pagi kitaorang pun plan nak gi jenjalan sekitar hotel utk usha2 tempat tersebut . Bila keluar je dari hotel rasa sejuk teramat sangat, suhu sekitar 12 darjah Celcius....!! tu dah agak cerah dan ada matahari pun rasa sesejuk itu, nasib dah bawak baju tebal, kalau tak memang tak larat nak lawan sejuk tu...

Jalan-jalan sekitar itu dalam sejam lebih kitaorang pun balik semula ke hotel, sejukkkkk tak tahan nak jalan dengan keadaan tersebut, kaki pun kebas je nak jalan lama2 lagi... kitaorang pun tunggu kat dalam bilik utk kuar semula pada pukul 1.30 ptg... apa nak buat kat bilik? try connect internet sebab ada point utk sambungan internet, bila cucuk speed cam hampeh, connection ada tapi nak bukak website google pun tak kuar2, aku pun cabut balik la kabel kang tak pasal2 kena cas lebih plak....

Tepat pukul 1.30 ptg kitaorang pun kuar semula sebab orang yang nak bawak kitaorang pun dah sampai....Kali ni tak jalan kaki sebab dibawak menaiki macam bas kecik je (aku tak sempat nak amik gambar, lupa..!! hahaha) Plan kitaorang nak melawat tokong apa ntah aku lupa nama dia... hehehe tapi katanya ada emas berharga 1.2 juta kat puncak tokong tersebut.. So kitaorang pun panjat la tokong tersebut utk melihat dari atas tempat tersebut. Viewnyer dari atas tu memang cantik, bleh nampak keseluruhan kawasan tasik tersebut yang sungguh luas. Mengikut orang kat situ kalau nak mengelilingi tasik tersebut dengan berjalan kaki mengambil masa 6 jam untuk membuat satu pusingan... jadi anda bayangkan lah sendiri keluasan tasik tersebut...

Lepas jalan2 kat tasik pastu trus kepenatan trus balik bilik utk rehat sebelum meneruskan dengan kerja pada keesokan harinya... bersambung....

Sunday, February 15, 2009

07/2/2009 ~ 12/2/2009: Trip to Oversea

Perjalanan bermula pada hari Sabtu (7/2/2009) di mana pada ketika itu aku berada dalam keadaan demam yang agak kuat, badan terasa panas dan kalau tak ingatkan tiket flight dah beli memang aku tak gi la.. Tapi aku kuatkan gak semangat utk pegi, prepare barang nak bawak pun lebih kurang aje, baju bawak dua tiga helai jer, malas bawak banyak2 bukan pakai semua pun....

So flight aku dari LCCT ke Hangzhou pukul 5.25pm ~ 10.35pm, lebih kurang 5 jam lebih duk dalam flight, agak lama dan penat la duduk dalam flight. Dari USJ aku naik teksi, memula nak tepon teksi pun blur, tak tau mana nak carik teksi, try usha kat internet then try call. Alhamdulillah dapat teksi dan booking suh amik kat umah USJ pukul 2.30pm. Sebab apa pegi awal sangat? Sebabnya time utk check in seawal 3 jam sebelum masa berlepas. Lagipun dah janji ngan bos nak jumpa kat sana dalam kul 3.30pm.

Aku sampai kat LCCT dalam pukul 3.10pm, laju jugak la teksi tu bawak, dah la lalu jalan lain, lalu kompleks Bunga Raya pastu pusing mana ntah tetiba dah sampai kat LCCT. Sampai kat situ aku pun call bos mana la tau dia dah sampai awal lagi dari aku.... Rupa-rupanya dia tak gerak lagi dari rumah, hahaha terkantoi la aku kena tunggu. Dari rumah dia amik masa dalam sejam lebih.. maknanya aku kena tunggu sepanjang masa dia nak datang tu ler.. nasib2.. aku pun lepak kat luar la sambil usha2 pramugari Airasia pakai baju kaler merah, ngeh ngeh ngeh.. kot2 ada Dania ke bleh gak tegur.. TV addicted tul aku nih.. haha

Bos aku sampai dalam kul 4.30pm, trus kitaorang gi check in, masa check in tu tak ramai orang so cepat la kitaorang lepas kat check in tuh.. lepas tu kitaorang trus gi boarding sebab dah tinggal sejam lagi nak berlepas. Sementara tunggu nak berlepas tu bos suh aku pegang duit sebab dah banyak sangat dia tukar duit tu, so utk kurangkan skit dalam poket dia aku kena pegang skit. Sepatutnya separuh aku pegang la sebab budget dalam RM9,000 utk travel dua orang. Sebab nak cepat clear advance claim tu bos guna nama dia sorang trus. Aku ok je sebab tak perlu nak pening bawak duit advance dan bayar bil2 yang kena bayar ler..

Pukul 5.15pm gate utk gi kat Flight dah dibuka so kitaorang pun trus ikut la penumpang2 lain utk pegi kat flight tersebut. Agak jauh gak la sampai lenguh gak la kaki sebab jalan kaki.. haha.. Nasib baik flight AirAsia XL ni dah siap2 ada seat number.... so tak yah la nak berebut2 naik utk dapatkan seat yang selesa... Pukul 5.30pm kapal pun berlepas ke udara utk menuju ke destinasi.

Selepas sejam lebih berlepas makanan pun dihidangkan, ingatkan dah include sekali masa booking tiket sekali dengan meal, rupanya tak... nampaknya kena beli la dalam tuh... Kitaorang makan nasi ayam, sebab tengok dalam tu macam sedap jer... nyam2... Tapi malangnya bila sampai je makanannyer tengok macam tak lalu je nak makan, hahaha.. disebabkan harganya agak mahal aku pun jamah gak la beberapa suap, itupun sekadar nak kasi masuk dalam perut je, tekak dah tak terasa nak makan pun bila tengok keadaan makanan tersebut.. hahah...

Lepas makan sementara nak tunggu sampai destinasi so aku pun tido la, tapi tak berapa nak lelap sangat la mata, cuma sesekali terlelap gak la.. Sampai kat airport Hangzhou dalam pukul 10.20pm, keluar dari airport dah ada orang tunggu utk bawak kitaorang gi hotel... masa tu dah tak larat+ngantuk, tau nak sampai hotel, mandi dan trus tido... Kitaorg naik BMW X5 dari airport ke hotel, jadi agak best gak la dan tak terasa lama perjalanan dari airport ke hotel, mengambil masa sejam lebih. Lepas check in trus gi ke bilik, mandi dan trus tido....

Kisah seterusnya akan disambung dalam post lain

Thursday, February 5, 2009

5 Feb 2009: Perjalananku

Hari ini aku kena bangun awal, seawal 4 pagi, sebab? nak kena antar ibu ngan khalisah ke LCCT sebab nak balik Kelantan. Kenapa awal sangat? Sebab nak kena masuk kerja kul 8 kat Bangi..

Jam pun dah disetkan kul 4 pagi, then snooze2 beberapa kali akhirnya bangun gak kul 4.10 pagi. Rasa ngantuk lagi tapi buat2 macam biasa je, trus gi mandi, nasib baik ada heater kalau tak mau menggigil mandi air sejuk... hehe. Sementara mandi tu ibu gosok baju kerja plak. Lepas je siap mandi trus siap2 pakai baju kerja, yelah kalau tak mana sempat nak balik semula kat rumah pakai baju kerja baru nak gi.

Timing yang aku rasa agak ketat gak sebab nak kena sampai balik kat USJ dalam kul 7 pagi, kalau tidak mesti lewat+jam+takde parking... so budget2 dari rumah USJ kul 5 pagi, then target sampai LCCT dalam kul 6 pagi. Check in+semayang siap dalam kul 615 pagi. Then kena rush balik semula utk pegi ke arah bangi plak, kena sampai USJ dalam kul 7 pagi. Kalau bleh ikut timing ni rasa takde masalah utk sampai awal kat opis. Yang tak bestnya parking kat opis limited, lambat skit je dah takde parking, dah letih plak nak usha2 parking, lain la kalau ada parking dua tingkat kat opis.. hahaha.. agaknya ada ker camtu?

Okla mau siap2 dah nak ready gi nih, adios... Assalamualaikum

Tuesday, January 20, 2009

18/1/2008: Perjalanan Hari Ahad, LCCT & Pasar Tani

Seawal pagi pukul 5.00 pagi dah bangun utk bersiap2 menghantar Maa gi LCCT, kena gi awal sebab flight Maa kul 7.40 pagi, so kena gi awal la sebab nak kejar Subuh kat LCCT. Baby Khalisah pun takde masalah nak bangun awal2, so lepas siap2 sume perjalanan ke LCCT dari USJ dalam pukul 5.45 pagi. Pagi itu takde la banyak sangat kenderaan atas jalan, so cepat je la sampai kat LCCT, sampai dalam kul 6.20 pagi, memula ingat nak kena parking tapi tak jadi sebab Ibu ngan Khalisah gi turun utk tolong Maa gi check in, then kena la tunggu kat area2 LCCT utk tunggu siap Maa check in, tak lama lepas tu dalam 10 minit kemudian Ibu ngan Khalisah pun dah kuar dari LCCT, terus gerak. Plan asal nak gi solat kat RNR Dengkil tapi memandangkan masa dah semakin suntuk terpaksa solat kat Petronas depan Litar Sepang, sampai kat situ dalam kul 6.45 pagi.

Lepas solat terus gerak gi Pasar Tani kat Stadium Shah Alam, nak gi beli barang basah utk masak. Kira second time bawak Khalisah gi tempat ramai orang. Sampai kat Pasar Tani dalam kul 745 pagi, seawal itu pun orang dah ramai dah agak susah nak parking. Jenuh gak carik parking baru jumpa yang dekat dengan Pasar Tani.

Lepas parking terus kuarkan stroller Khalisah dah bawak dia gi tempat beli barang2 basah. Aku jaga Khalisah dan Ibu gi beli barang2 kat situ. Nak kena cepat2 beli sebab takut nanti panas Khalisah tak selesa pulak. Khalisah ni susah skit kalu kena panas badan akan naik merah2, agaknya turun dari aku kot, sebab aku pun kalu kena panas akan naik merah2 kat badan.. haha. Barang2 yang dibeli seperti berikut:

1. Ikan
2. Sotong
3. Sayur2an
4. Daging Ayam
5. Daging Lembu
6. Kebab
7. Sup Gearbox

Macam banyak je beli, nasib baik stroller Khalisah boleh letak barang2 tersebut, so tak perlu nak pegang kat tangan la macam biasa. Abis semua beli barang tu dalam 8.45 pagi dan matahari pun dah agak2 naik, so trus gerak balik rumah.

Pengalaman kali kedua bawak Khalisah kali ni pun tidak mendatangkan banyak masalah cuma agaknya dia terasa panas sebab keadaan Pasar Tani tersebut memang macam tu, so adalah gelisah2 sikit dan kena main2 ngan dia baru dia ok, tapi secara keseluruhannya semuanya berada dalam keadaan baik2 sahaja

17/1/2008: Jalan2 ke Shah Alam, Anggerik Mall & Plaza Alam Sentral

Hari sabtu lepas, buat pertama kali aku gi bawak Khalisah berjalan2 ke shopping complex, masa nak bawak mula2 tu risau gak la kot nanti meragam ke, menangis ke, so preparation utk bawak keperluan baby yang paling penting adalah stroller, hehe sebab nak bawak jenjalan kena bawak stroller, baru best skit tak yah dukung Khalisah

Plan asal nak gi Plaza Alam Sentral sebab nak bawak Maa gi usha tudung, so on the way tu tukar plan nak kena gi Anggerik Mall dulu tengok apa yang ada kat situ, orang kata kat situ kain tudung murah2. Sampai je kat situ usha tengok macam lengang jer, nak kata datang awal sangat tak la sebab sampai situ dalam kul 12 tghari dah. Rasanya memang takde orang kot kat situ, bila usha masuk dalam Anggerik Mall tu kedai pun ciput jer. Orang pun tak ramai/takde, ramai lagi orang yang menjaga kedai dari orang yang datang nak beli. So tak berapa lama kat situ dalam 15 minit trus kuar balik dari situ sebab takde apa yang menarik kat situ.

Destinasi seterusnya adalah Plaza Alam Sentral, aku pun dah ingat2 lupa jalan nak gi situ dan tempat nak parkingnyer, biasa kalau pegi Shah Alam tempat yang biasa pegi SACC Mall ngan Kompleks PKNS je, so aku pun cuba parking kat bawah, usha punya usha payah gak nak parking sebab parking penuh nampaknya, pusing la sampai agak2 paling bawah baru jumpa satu parking kosong trus aku membelokkan dan memarking keta dengan selambanya.. haha

Kat Alam Sentral ni nak kena naik escalator dan bawak stroller, memula masa nak naik tu cam ok je tapi ada masalah skit masa nak exit dari escalator tersebut, ada macam tersangkut2, gelabah jugak la sekejap nasib baik tak tergolek dari escalator tu... baby Khalisah tengok relax je takde la nak nangis ke hape, maintain jer.. Agak ramai jugak la orang kat Alam Sentral tersebut, ramai yang jenjalan je takde nak beli sangat pun. Dalam kul 2.30 pm baru gerak balik dari Alam Sentral utk balik rumah.

So pengalaman pertama bawak Khalisah jalan2 kira berjaya tanpa sebarang karenah yang tidak diingini, alhamdulillah

Wednesday, December 24, 2008

Perjalanan Hari Krismas

Ni aku plan je nak gerak esok pagi.. plan nak gerak cam ari tu la, seawal pagi selepas subuh dalam kul 6.00 am.. harap2 tak ramai orang atas jalan raya esok la dan harap2 tak ramai orang balik kampung time krismas ni sebab sekolah pun dah nak start.. haha...

Kali ni aku nak plan bebetul sebab ari tu kantoi masa nak bayar tol kat jalan duta.. so kali ni aku rasa dah ok nih... sume dah ready... tapi tak kemas pape lagi.. baju pun tak simpan dalam beg lagi.. apa nak dibawak pun tak tau lagi.. ni nak set jam la kot2 tertido harap bleh terbangun dalam kul 4.00am ~5.00am bleh sambung kemas2 lagi..

Bagi yang menyambut hari Krismas selamat Hari Krismas.. bagi sapa2 yang sambung cuti sampai ari Isnin selamat bercuti.. dan pada sesapa yang menunggu seseorang balik dari Mekah selamat menunggu di KLIA... haha... jgn pegi esok plak tapi pegi la hari dia balik.. selamat2.. adios..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...