Showing posts with label Makan. Show all posts
Showing posts with label Makan. Show all posts

Wednesday, May 5, 2010

Makanan Tengah Malam yang Lazat dan Menyelerakan di Otai Burger

Apakah makanan tengah malam yang senang, cepat dah mudah didapati? Bagi aku paling mudah adalah burger. Malam ini aku pergi masukkan cek yang lambat ditulis sebab biasanya sebelum 28hb setiap bulan tapi kali ini dah jejak sampai 04hb. Tempat rutin yang kena pergi adalah Shell berhampiran dengan Summit USJ dan Affin Bank kat Taipan USJ.



Biasanya memang agak lewat malam aku keluar menuju destinasi tersebut. Jadi bila dah lewat tu anak dan wife duk kat rumah aje la. Dah selesai masukkan cek mula berfikir untuk mencuba burger pulak. Kat area USJ ni memang ramai yang bukak stall burger dan kebanyakannya sentiasa ada orang. Selain kualiti kesedapan faktor kepantasan menyediakan burger juga memainkan peranan penting untuk menarik jumlah pengunjung yang ramai.



Jadi tempat yang aku pergi adalah stall burger OTAI. Tengok dari segi kebersihan dan kecekapan peniaganya memang bagus. Aku order tak sampai 5 minit dah siap. Kalau kat tempat mau setengah jam pun tak siap2. Lokasi stall tersebut berhadapan dengan Petronas USJ 9. Kalau anda berada berhampiran dengan USJ bolehla datang mencuba. Setelah menggoogle baru aku tau betapa hebatnya perniagaan OTAI burger ini, kalau tidak percaya boleh la baca di Official Website


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, April 27, 2010

Kenapa Nasi Kerabu Sangat Popular Di Malaysia?


Nasi kerabu adalah berasal dari negeri Kelantan. Ada pelbagai jenis kerabu yang semuanya sedap2 belaka bagi penggemarnya. Terdapat beberapa varian nasi kerabu yang pernah aku nampak dan rasa dan perbezaan yang ketara adalah dari warna nasi itu sendiri. Ada yang menggunakan pewarna ada juga yang menggunakan sejenis bunga untuk memberikan warna seperti warna biru pada nasi tersebut. Ada juga nasi yang berwarna kuning, tapi aku tak tau plak warna kuning ni pakai pewarna atau kunyit. Rasanya tetap sedap jugak! Hehe

Bagi aku kalau balik kelantan mesti nak rasa/makan nasi kerabu, dan biasanya kat sana tu mana2 kedai pun sedap. Kalau kat Kelantan pun dah tak sedap kat negeri lain dah tentu kurang sedap. Kalau kat kelantan, warna nasi biasanya berwarna kuning berbanding kalau kat tempat2/negeri2 lain biasanya berwarna biru. Jadi tempat yang aku suka makan nasi kerabu kalau waktu cuti sabtu atau ahad adalah area Seksyen 18 shah alam, area belakang rumah lama ziana zain. Kalau tak tau area mana ia berhampiran stesen Komuter Shah Alam.




Kalau waktu kerja di Port Klang, tempat yang selalu aku kunjungi adalah di gerai makanan bersebelahan pasar basah port klang. Aku pun kurang pasti apa nama kawasan itu tapi berhampiran stesen bas Port Klang. Bagi anda yang mempunyai tempat2 makan yang menarik untuk dikunjungi boleh kita kongsikan bersama.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, February 22, 2010

Cuti Balik Kampung - Part 2

Sambungan dari Part 1

 Hari seterusnya aktivitinya adalah pergi ke majlis perkahwinan kat area Rantau Panjang, Kelantan, kira2 beberapa kilometer aje nak sampai sempadan Thailand. Malangnya perjalanan nak ke Rantau Panjang tu agak jem, tapi nak buat macam mana dah satu jalan itu aje. Sempat jugak la potong belah kiri, pastu masa potong kiri tu ada polis traffic pulak... dah agak2 cuak la sebab kat depan dia tahan kereta yang potong tepi.. Disebabkan sempat masuk lane belah kanan, walaupun hanya satu lane, tapi alhamdulillah terselamat dari di tahan polis.. kereta myvi putih kat belakang tu kena tahan pulak.. hehe..

Sampai kat tempat kenduri keadaan agak panas terik la... masa tu pulak khalisah tido.. banyak pulak hidangan yang ada tapi tak berapa nak makan sangat pun.. ada nasik kenduri (macam biasa tu la) pastu ada laksa, ada roti jala, cendol dan air sirap.. siap ada karaoke lagik.. penyanyi nyer boleh tahan gak suara dia, agaknya diimport dari belah thailand kot..

Tempat yang dituju selepas itu ingatkan nak ke pasar kat Rantau panjang tu tapi tak jadi la.. haluan dituju ke arah Kota Bharu.. disebabkan dah lama tak menjejakkan kereta kat bandar tu hampir semua jalan dah jadi jalan sehala.. susah betul nak parking...pusing2 akhirnya dapat jugak parking kat sebelah restoran nasi ulam.. besar jugak restoran tu..

Friday, February 19, 2010

Jamuan Misteri Nusantara!

Hari Jumaat lepas (12-Feb-2010) ada majlis makan-makan, macam biasa kalau ada makan-makan ini mesti best punya. Cuma kali ini agak misteri sedikit.. bukan makan misteri, makan tu macam biasa la... sedap-sedap belaka.. yang misterinya adalah tujuan majlis tersebut diadakan...menurut email berantai yang disebarkan misteri ini akan dirungkaikan pada majlis tersebut... jadi kami semua pun tertunggu juga la dengan penuh sabar.. hehe

Tiba majlisnya persiapan seperti biasa diaturkan, macam mana? ntah ler sebab aku tak terlibat untuk menyediakan barang-barang nyer.. hanya membawa diri dan perut yang kosong ke majlis tersebut.. majlis start pun dalam pukul 5 petang, dah agak2 kritikal sebab nak balik awal banyak kerja yang perlu dibereskan sebelum bercuti

Thursday, February 18, 2010

Happy 2nd Anniversary!

Agak lambat aku post utk 2nd anniversary perkahwinan aku, sepatutnya anniversary pada 08-Feb-2010. Tapi disebabkan kesibukan kerja (cewah!) baru kali ini aku sempat buat post ini. Takde la sambut kat mana2 hotel ke restoran ke, cuma sambut kat rumah aje.. hehe..

Kali ini sambutan dimeriahkan dengan kehadiran anak pertama kami, Khalisah. Sekarang nak pegi makan2 pun agak susah sebab kelincahan (?) Khalisah yang membataskan aktiviti2 harian. Kadang-kadang nak makan kat kedai tu pun kena gilir2 makan, kalau tak mau ada yang panjat meja pulak.

Jadi kali ini biarlah gambar menerangkan segala-galanya

 
 Pilihan kek, takkan nak yang design ladybird plak kot

Saturday, January 30, 2010

Hari Jadi Kak Iza - Makan Time

Sambutan hari jadi kakak aku ini diadakan pada hari ahad lepas, kalau ikutkan hari jadi dia 26 Januari, tapi buat advance satu hari. Kalau buat hari isnin siapa pula yang nak datang masa hari bekerja. Seperti biasa kalau ada sambutan majlis hari jadi ke, kenduri doa selamat ke, yang paling penting adalah menu makanannya.. haha.. itu sudah semestinya la, kalau majlis takde makan-makan nak buat apa pulak.





















Majlis kali ini diadakan dirumah kakak aku di Jalan Belimbing, Meru. Sedikit info pasal kakak aku, berumur 40 tahun, suri rumah tangga, tukang jahit di rumah. Jadi kalau sesiapa berminat untuk membuat tempahan baju terutamanya perempuan boleh la mencuba nasib disini.. hehe.





















Menu untuk kali ini menu agak ringkas kalau dibandingkan dengan majlis makan-makan yang lain. Menunya adalah Nasi Ambang, kalau orang jawa sebutannya Nasi Ambeng. mari kita saksikan apa itu nasi ambang seperti gambar kat bawah ini

Thursday, January 21, 2010

Beli Barang di Pasar Tani Shah Alam

Lama tak update blog ni, dah masuk 5 hari dah, dengan semangatnya usha2 handphone tengok ada tak gambar2 yang menarik utk dikongsikan.. baru teringat nak citer pasal Pasar Tani Shah Alam. Pada yang tak pernah atau tak tahu pasal pasar tani shah alam ni memang rugi la. Lokasi pasar tani ini bersebelahan dengan Stadium Shah Alam dan berhampiran dengan Giant Seksyen 13. Di sini terbahagi kepada dua, pertama pasar tani, dan satu lagi pasar apa nama dia yer, tapi pasar jual barang2/baju/keperluan
























Tempat yang selalu kitaorang pegi bahagian pasar tani la, beli sayur, ikan, udang, ayam, daging, buah2 dan macam2 lagi.. banyak pilihan dan kalau rajin pegi semua gerai tu untuk buat pilihan, tapi jangan lambat sangat pilihnya, takut kang bila pegi ke gerai yang dipilih tu barangnya dah abis, orang ramai la katakan..






















Kalau mencari sesuatu yang sukar didapati tu boleh la cuba2 berkunjung ke pasar tani ini. Harapnya tidak menghampakan. Kitaorang selalu pegi pun beli barang keperluan untuk seminggu, then seminggu sekali boleh dikatakan pergi ke situ. Perjalanan dari rumah kat USJ ke pasar tani ni hanya 10 minit sahaja, kalau nak cepat lagi pun boleh tapi kena melanggar peraturan jalan raya la..






















Lokasi ini juga popular bila menjelang bulan ramadhan, disini jugalah pasar ramadhan dibuka untuk orang ramai. Yang penting kalau hendak pergi ke sini sediakan ruang kenderaan yang luas dan semestinya duitnya yang mencukupi jika berniat untuk membeli barang keperluan dengan banyak.






















Kawasan antara gerai2 tersebut juga agak luas, kalau orang ramai pun takde la sampai langgar-langgar bahu, cuma gesel2 je.. hehe.. Untuk bahagian pasar barang2 dapur ni saja ada 2 baris sepanjang lebih kurang 2 km kot.. sebab tak penah ukur plak.. hehe






















Lagi satu kawasan yang menjadi perhatian dan tumpuan orang ramai adalah bahagian yang menjual makanan, sentiasa ramai orang dan bagi yang ingin menjamu selera disini juga disediakan tempat makan oleh gerai2 yang terpilih.






















Kalau bawak Khalisah pun tak boleh lama2 sangat sebab tak nak duduk dalam stroller ni lama-lama dan keadaan yang agak panas, disarankan untuk membawa payung untuk menambahkan keselesaan anda.






















Bagi sesiapa yang ingin berkunjung ke sini jangan lupa hanya pada hari Ahad pagi setiap minggu seawal 7 pagi (kot sebab tak penah datang lagi awal) sampai 12.30 tghari. Selamat membeli belah!

Thursday, January 14, 2010

Shopping Barang Dapur

Aktiviti shopping barang dapur untuk bulan ni agak lewat sedikit, biasanya awal2 bulan dah buat, then kalau ada yang kurang, pada suku ketiga bulan akan pegi sekali lagi.. tempat kebiasaan shopping barang dapur tak jauh pun dari rumah, tengok jenis barang nak dibeli jugak.. tempat tempat yang biasa pegi adalah Carrefour Subang Jaya, Giant Seksyen 13, Shah Alam. Agak2 kalau nak jauh skit tu bleh pegi Tesco Shah Alam..

Kali ini dua kali atau dua hari berturut2 gi beli.. memula gi Carrefour, beli barang sambil nak beli susu Khalisah, bila sampai tengok dah abis... nak pegi Giant Shah Alam pulak dah agak malam... so ini la barang yang dibeli di Carrefour












































Untuk barang ini aje dah RM130, tapi tak termasuk susu Khalisah.. nak kena beli kat Giant plak, kat rumah pun tinggal sikit, takut tak cukup kang meragam malam2 susah pulak.. jadi keesokan harinya iaitu hari Khamis pegi pulak ke Giant Shah Alam, mainly nak gi beli Susu Isomil aje.. tapi dah sampai tu jalan2 sekali la.. beli la sedikit barang lain juga..











































yang ini pulak dalam RM195.. rasanya cukup la utk bulan ini..

Wednesday, November 18, 2009

Sunway Pyramid: Makan Lagi

Balik je keje semalam wife ajak gi Sunway Pyramid, katanya nak carik pendrive Kingston 4GB. nak usha harga kat internet tak best plak sebab nak beli dengan quantiti yang banyak.. so gi la ke sunway lepas maghrib..

Hari hujan plak tu nak parking pun penuh.. last2 parking kat atas sekali, kat atas bumbung tu.. situ aje yang kosong.. sampai je trus gi tempat jual komputer, apa ntah nama dia aku lupa plak... usha2 gak la dua tiga kedai, semua kata harga pendrive akan naik dan harga yang dia bagi tu pun valid selama seminggu je.. lepas gi carik dua tiga kedai utk buat comparison then gi carik makan la plak.. lapar!

Nak makan Nandos la.. lama dah tak makan.. tapi nak makan kat situ macam leceh je sebab Khalisah dah lasak+lincah, kang abis semua botol2 tu dia sepahkan.. so baik take away la.. so ini la menu yang kitaorang beli utk makan malam...


.: Set half chicken + side order :.

Dah keluar dari nandos wife plak nak makan donat, so pegi la kedai donat plak..


.: Dua bijik donat yang mahal :.

Lepas beli tu trus cepat2 balik rumah.. lapar punya pasal.. hujan2 plak tu.. lagi la bertambah lapar..

p/s: ab jgn marah aku, ko kan suka makanan2 nih..

Monday, November 16, 2009

15-Nov-09: Birthday Khalisah

Semalam [ahad] genap setahun umur khalisah.. Asalnya nak celebrate satu famili je tapi tak best plak.. jadi kitaorang plan nak sambut birthday khalisah kat kampung Meru.. sana ramai sepupu2 dia, meriah la skit..

Sebab harijadi khalisah jatuh pada hari ahad so senang la nak ajak orang lain join sekali memeriahkan majlis.. lagipun semua duduk area2 situ je.. nak buat makan2 tu asalnya nak beli kek pastu masak la mee goreng ke ok dah.. bila dah discuss among adik beradik so beli la apa2 yang patut.. hehe..



Menu:
1. Kek Harijadi
2. Mee goreng
3. Kuewteow Tomyam
4. Nugget
5. Cempedak Goreng
6. Roti Sandwich

Majlis mulanya nak start pukul 2 petang, tapi lewat sejam, jadi start kul 3 petang.. Saksikan majlis hari jadi tersebut dengan gambar2 yang disediakan..

Saturday, November 14, 2009

Hadiah dari rakan Blog! *YES!*

Sudah agak lama aku tidak update blog ini.. nak kata takde masa tu tak jugak.. apa sebabnyer eh (malas la tu!).. Semalam balik keje tak sempat nak usha surat2 dalam post box.. so pagi ni baru rasa nak gi tengok.. selalu ada sekeping dua je surat, tapi semalam banyak pulak..


.: Concentrate pada sampul Pos Express tu :.


.: First time dapat surat kat rumah nih, sebab still tak tukar alamat umah meru lagi :.


.: Penghantar yang bukan misteri lagi :.


.: Inilah dia isi sampul Pos Ekspress tadi :.

Imbas kembali:
Aku telah berjaya menjadi follower yang ke 100 kat blog Izman ni (betul kan man?). Aku tak tau pun ada peraduan untuk menjadi follower yang ke 100 tu.. agaknya dah rezeki aku kot.. alhamdulillah..

Nasib baik expire date dia lambat lagi, 31 Oct 2010 jadi tak perlu tergesa2 la carik kedai KFC/Pizza/Ayamas untuk menebus voucher tersebut.. nanti kalau ada masa free baru pegi la..

Monday, October 19, 2009

Open House @ USJ 3/4

Open House @ USJ 3/4
Tempat: Jalan USJ 3/4, SUbang Jaya
Tarikh: 17 Oktober 2009
Masa: 12.00 Tghari ~ 6.00 ptg

Menu:
1. Nasi Kerabu
2. Mee Jawa
3. Mee Goreng
4. Nasi Impit
5. Rendang Ayam
6. Nugget
7. Karipap & Pulut Panggang
8. Kuih Raya

Antara gambar yang sempat diambil semasa open house.
Terima kasih pada yang hadir.


.: Antara tetamu yang hadir :.


.: Sesi gurauan bersama Khalisah :.


.: Menu yang disediakan... :.


.: Perbincangan masa depan nih :.


.: Ibu, ayah dan Khalisah :.


.: Makan dan sesi perbincangan masa depan :.


.: Antara geng SAPURA yang hadir :.

Nak detail gambar bleh pegi SINI

Monday, October 5, 2009

Official Birthday Celebration

Tajuk macam bagus jer.. haha..

Sebenarnya plan nak makan kek harijadi pada hari Ahad, sebab hari Sabtu kena pegi hantar member gi bertunang di Pahang.. Seawal pukul 6 pagi dah bangun, siap2, pakai baju batik + songkok bagai (dah macam YB plak, huh!) sebab janji nak bertolak dari Taman Sri Andalas, rumah member tersebut pukul 7.30pagi... tgk sampai2 tak siap pun lagi.. haaaaa... lepak2 dulu breakfast apa yang patut baru gerak pukul 8.00 pagi..

Perjalanan agak jauh jugak ler, tapi takat highway tu ok lagi.. berhenti kejap kat hentian rehat temerloh untuk tunggu kereta2 yang lain (diaorang tak suka konvoi, masing2 jalan sendiri2 ler..) Bila semua dah ada terus gerak ke rumah perempuan di Felda Lepar Utara 3.. sebelum pegi tu ada gak la member2 lain kata jauh... so dalam mind dah set ler jauh.. bila pegi memang jauh pun.. jenuh nak sampai...

Alhamdulillah semuanya selesai dan aku sampai umah dalam kul 7 mlm.. wife ngan khalisah pun dah ready nak keluar makan.. aik? takde cakap pun nak keluar.. haha... rupanya wife nak belikan kek... orait je.. lepas solat maghrib trus gerak gi Subang Parade.. dekat je tak sampai 5 minit pun.. hehe

Lepas beli kek gi Nando's utk makan2.. hehe.. makan lagi.. jom usha gambar makanan pulak..


.: Maskot DIGI, ada potensi tak jadik maskot? :.


.: Menu utama di Nando's :.


.: Hot: Quarter Chicken + Peri Chips + Rice :.


.: Hot: Quarter Chicken + Coleslaw + Classic Peri Chips :.


.: Khalisah makan apa? makan angin je la :.

Abis makan trus singgah ke Carrefour pulak beli barang dapur.. KEK SECRET RECIPE MANA?

Friday, October 2, 2009

02-Oct-09: Open Table Hari Jadi

Disebabkan ari ni ari jadi aku, so open table telah diadakan.. haha.. macam iye2 jer.. takde la just makan2 je kat luar.. kek2 takde.. maybe ari ahad ni ler kot ada kek, kalu jadi ler.. sabar2.. sementara tu inilah menu makan malam kitaorang.. layankan.. haha


.: Inilah menu makan malam untuk dua orang, banyak giler.. :.


.: Tomyam ayam :.


.: Kailan Ikan Masin :.


.: Menu utama, Ikan Siakap Masak Tiga Rasa :.

Air plak tak sempat nak snap, dah sibuk merasa makanan yang banyak itu.. haha...

Hampir sudah makan tetiba tengok tv kat kedai tu citer Nur Kasih dah start.. apa lagi trus cepat2 habiskan makan+bayar dan gerak balik rumah..

Tuesday, September 29, 2009

Unta Dari Arab daa...

Adakah anda tau bahagian mana dalam gambar kat bawah ni adalah dari unta dari arab? Pening juga memikirkannya masih tidak mendapat jawapan...


.: Bahagian unta yang telah dipacking dengan elok :.


.: Siap boleh dimakan pulak, manis2 gitu :.

Note: Cik lulu sila bgtau eh bahagian mana dari unta nih... hahah

Tuesday, September 1, 2009

Borong Kerepek untuk Raya

Semalam aku pegi lagi tempat buat kerepek kat Bkt Kapar, nak tau kat mana refer post aku yang ini (http://nurizan.blogspot.com/2009/08/kerepek-kerepek.html). Sehari sebelum tu aku dah pegi belah petang tapi malangnya takde kerepek ubi.. cuma dapat kerepek pisang aje.. tu pun dah last peket.. bila tanya kat tokei dia kata esok bleh datang lagi, belah pagi sebab kalau lambat abis.. bila kata nak booking dia tak berani nak amik, takut tak dapat nak buat pulak..

So belah pagi aku ingatkan dalam kul 10 ke 11 pagi baru nak pegi ler.. sebab dah ada no telefon tu senang la skit, call aje kalau ada lagi bleh la pegi.. lepas aje call dalam kul 10 pagi tu tokei tu suh pegi masa tu jugak sebab dah nak abis.. wahhh.. dengan khalisah yang masih tido trus pegi tempat tu.. haha.. rupanya seawal pagi pukul 8 dah ada orang tunggu nak beli dah.. sengal tul.. kalau aku tau seawal tu selepas subuh aku pegi.. hehe



Kerepek ni semua bukan utk aku sorang, kira adik beradik belah wife aku yang banyak beli, sebab kat belah2 pantai timur takde kerepek2 nih.. kitaorang steady je.. hehe.. untuk tiga plastik besar tu abis jugak la RM100.. tu pun ada lagi yang tak beli sebab dah abis stok.. nak buat cemana.. ramai sangat yang kirim utk belikan..

Jadi pada yang dah mengirim tu datang la umah amik.. jenuh nak gi antar nih.. haha.. datang bawak uwangnya sekali ya pak!..

Wednesday, August 26, 2009

Kurma Dari Arab Saudi... Fresh Dari Ladang.

Salam, selamat berpuasa kepada yang berpuasa.. yang tak berpuasa tu selamat mengganti puasa nanti.. haha.. bulan2 puasa macam ni biasanya makanan yang selalu susah nak kita tengok tetiba ada adalah buah kurma.. kalau bulan2 lain takat nak carik kat kedai2 biasa memang tak jumpa.. kena pegi kedai2 yang specially jual buah kurma baru ada.. tapi kalau sekarang nih, tengok kiri ada buah kurma, tengok kanan ada buah kurma.. jgn pulak tengok atas.. kang kena hempap dengan buah kurma plak.. haha

Rata2 semua kedai ada jual buah kurma.. kat petronas ada jual, kedai runcit dah tentu ada.. silap hari bulan kat kedai motor pun ada jual jugak.. haha.. macam2 jenis kurma ada kat kedai2 sekarang nih.. brand yusoff tayub, mariami, dan macam2 lagi sampai tak ingat nak sebut.. (padahal ingat dua tu aje.. haha).

Semalam aku dapat kurma istimewa.. sebab apa istimewa.. satu sebab DAPAT.. so free laa.. haha.. satu lagi sebab ia didatangkan khas dari Arab Saudi.. katanya dari ladang trus dipacking (agaknya la kot).. macam mana aku dapat.. ada sorang budak praktikal kat tempat aku ni dari Arab da.. so dia bawak la beberapa peket buah kurma dan diagih2kan pada staff di opis aku.. tak pasti plak department lain dapat jugak ke tidak. Pada yang tak dapat meh aku tunjuk gambarnya aje laa.. nak bawak siang hari kang ingat tak puasa plak..


.: Sepeket kurma dari tanah Arab... :.


.: Yang tengah tu bukan gambar alien eh.. tu logo dia kot..? :.

Rasa dia sangatlah manis.. rasa macam ditambah 10 kilo gula bersama2 buah kurma.. agaknya memang jenis yang manis kot.. aku pun baru makan seketul je. nanti berbuka nak makan seketul lagi.. SELAMAT BERPUASA

Monday, August 24, 2009

Kerepek! Kerepek!

Hari sabtu lepas aku balik Meru.. bawak wife dengan khalisah sekali.. kira first time buka puasa kat meru la puasa kali nih.. plan nak balik awal tapi tunggu abg Ngah ngan Kak Pa datang untuk ambil sambal daging.. apa benda tu sambal daging? bagi yang tak tau sambal daging tu serunding ler. haha pelik jugak ler sebab dipanggil sambal daging..

Balik ke Meru dalam kul 2 ptg.. takpela bukan nak makan ke hape, puasa kan.. sampai je tgh hujan renyai2, so takde la panas sangat.. tapi hujan2 ni lapar dia lebih skit, dahaga kurang skit.. jadi sembang2 pastu teringat nak beli kerepek..

Kami pun pergi la tempat buat kerepek tersebut.. macam2 jenis kerepek ada.. kerepek ubi original (takde perasa la), pastu kerepek ubi black pepper, kerepek ubi perasa ayam, kerepek keledek dan macam2 lagi la..


.: Kerepek dah siap di packing :.


.: Nak kerepek? amik je dan bayar... haha :.

Jadi pada sesiapa yang berminat bleh la usha2 tempat ni eh.. kena cepat la sebab tahun lepas tengah bulan pose dah sold out!.. ni kira banyak lagi la sebab baru sehari puasa.. haha.. tempatnya kat mana? korang tak tau eh? haha...



Nak mintak tolong aku belikan? tgk la nanti.. haha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...