Showing posts with label Internet. Show all posts
Showing posts with label Internet. Show all posts

Tuesday, March 16, 2010

Follower, Macam Mana Nak Click??

Ada beberapa follower aku yang mempunyai masalah macam ini. Aku berterima kasih sebab menjadi follower blog aku yang tak seberapa ini. maklumla blog picisan.. hehe.. Dulu jumlah follower aku ada la beberapa kerat sebab dulu tak aktif sangat berblog. Adalah dalam 5 ke 6 orang aje.

Alhamdulillah sekarang dah makin ramai, dah lepas 100 orang pun. Tapi aku menghadapi masalah ini kerana aku tidak boleh melawat blog beberapa follower aku. Biasanya kalau klik pada follower tersebut ada link ke blog dia, takde masalah la...






















Tapi bila klik pada follower tersebut tapi takde link nak pergi blog dia tu macam mana? Sesiapa yang tau cara mudah sila la bagi tahu.



Tuesday, March 9, 2010

Akademi Fantasia 8 Sudah Kembali

Sapa tak pernah tengok Akademi Fantasia (AF)? Aku adalah salah seorang yang sentiasa mengikuti AF sejak dari musim pertama lagi. Nama-nama seperti Khai, Rosma, Farah, Adam, Mawi dan lain2 lagi telah mewarnai dunia hiburan tanahair.

Untuk musim terbaru AF iaitu musim ke lapan, sesi ujibakat telah diadakan dan pemilihan pelajar juga telah selesai. Disebabkan Raja Lawak Astro sudah berakhir, maka sudah sampai masanya AF pula mengambil alih tumpuan penonton Malaysia untuk menyaksikan realiti tv yang pertama dapat menggegarkan dunia hiburan tanahair pada mula penerbitannya.



Picture from www.astro.com.my

Hari ini seawal pagi pergi kerja pun dah diperkenalkan dengan para peserta musim terbaru di radio ERA kendalian Aznil dan Din Beramboi. Selepas itu sesi memperkenalkan diri kepada pihak media juga telah dilakukan dan Konsert Tirai AF jugak akan bermula pada hari Sabtu ini. Sudahkah anda bersedia untuk mengikuti AF untuk kali ini? Apakah expectation anda? Sama-sama kita saksikan konsert pembukaan pada hari Sabtu ini

Berikut adalah senarai peserta utk AF musim ke 8

Monday, March 1, 2010

Update: Intensedebate Plugin - comment number enabled


Setelah beberapa kali menggodek2 website intensedebate.com, bertanya kat ramai orang termasuk 'memaksa' kak ujie untuk membantu, termasuk membuat announcement tentang masalah comment yang tidak muncul di depan summary post. Kesian juga pada kak ujie yang banyak membantu tapi sebenarnya kesilapan saya sendiri yang salah setting.

Pada tutorial yang lepas saya setting kan supaya comment not enabled for new post, supaya plugin intensedebate dapat membuat comment number dia sendiri. Banyak kali jugak membuka satu persatu link dalam website intensedebate untuk memeriksa apa yang salah setting tersebut. Rupanya salah setting dalam blogspot itu sendiri. Caranya sangat mudah cuma menukar setting seperti di bawah ini


 

1. Masuk dalam Dashboard
2. Setting
3. Comment
4. Comment default for post 
5. Select New Post Have Comment
6. Save

Siap..!!

Hasilnya seperti di bawah ini (refer anak panah warna merah)



Sunday, February 28, 2010

Try the Microsoft Office 2010 Beta and WIN!

Anda mahukan hadiah dengan mencuba Microsoft Office 2010? Mari kita cuba beta version microsoft office 2010 dengan mendownload nyer dari SINI. Apa yang diperlukan hanya mencuba perisian office 2010 ini secara bercuma, dan berikan komen setelah mencuba, komen atau maklum balas anda paling kreatif akan memenangi hadiah dari penganjur.

 
 Iklan dari penganjur

 

 Form feedback yang perlu anda isi.


Apa yang anda tunggu lagi, jangan lepaskan peluang ini disamping mencuba perisian baru dapat jugak anda dapat hadiah jika bernasib baik

Friday, February 26, 2010

Info dan Peristiwa Berguna Bulan Rabiulawal

Selamat menyambut Maulidur Rasul diucapkan kepada blogger sekalian. Hari ini banyak sekali entry2 berkenaan maulidur rasul, aku jugak tidak ketinggalan untuk membuat entry tersebut.. Sedang dalam pembacaan info berkenaan maulidur rasul dan bulan rabiulawal tertarik dengan info dalam website INI. antara kandungan yang menarik aku ambik dari situ

Pengertian

Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah.

Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang.

Peristiwa-Peristiwa Penting Bulan Rabiul Awal

Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah;
1. Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. 
Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah. Perbezaan pendapat ini akan disentuh lebih lanjut di bahagian Maulidur Rasul.

2. Perlantikan Nabi menjadi Rasul
Dibulan Rabiulawal inilah Nabi saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.

Wednesday, February 24, 2010

Install IntenseDebate Plugin - CommentLuv

Kali ini aku cuba pulak nak masukkan CommentLUV menggunakan cara lain, semalam aku dah try cara widget, nampak macam kurang menjadi.. Kalau guna widget tu dia macam lambat je nak loading macam explaination dalaam website itu sendiri

Install Intense Debate as widget - Fast, easy installation but won't work on advanced theme

Aku dah try memang dia lambat/tak keluar langsung kot.. jadi aku tukar pulak guna satu lagi option

Install right into template - This provide for better integration, but a more difficult install process

aku dah try takde la susah mana pun.. senang aje.. hasilnya tengok la sendiri kat bawah ini



Friday, February 19, 2010

Fast Update: Twitter Widget

Kali ni nak update pasal twitter widget untuk blogspot, mungkin boleh guna kat wordpress atau lain2 lagi. Disebabkan aku guna blogspot jadi aku nak kasik simple cara-cara nak masukkan widget twitter dalam blog anda..

1. Kena ada akaun twitter la.. kalau takde sila register kat SINI

2. Masuk link INI untuk dapatkan setting widget tersebut. Aku try carik dalam website twitter nak klik/cari link tu tapi takde. Jadi korang klik aje la kat sini yer..

3. Masukkan username anda dalam ruangan yang disediakan






















4. Klik pada Preference dan setting ikut kesesuaian anda. Kalau nak test macam mana bleh aje ikut setting aku ini.























5. Then klik kat Appearance untuk mendapatkan warna2 yang sesuai untuk blog anda

6. Klik pada Dimension untuk mendapatkan size yang sesuai dengan template blog anda

7. Klik Test Setting untuk mendapatkan paparan yang dikehendaki.

8. Setelah berpuas hati boleh klik pada Finish & Grab Code

9. Akan keluar code, copy paste dalam template anda, nak senang klik ada pada Add to Blogger Icon, ia akan auto add dalam template anda.

Selamat Mencuba!

[Special thanks to Mohd Fazli dari Gengblogger]

Tuesday, June 23, 2009

Mengapa Yahudi Bijak?

Petikan email yang menceritakan mengapa yahudi bijak, lama dah dalam email aku, dah sebelum aku delete email tu (dah banyak giler email) aku letak kat sini ler utk dikongsi bersama2.. renung2kan la..

"Tesis ini bertajuk “Why the Jews so smart” suka cita saya alih bahasakanya secara ringkas. Setelah membaca tesis itu, ianya dapat mengubah cara diet saya, semoga pasangan muda dapat mengamalkanya demi melahirkan generasi yg baik.

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?” Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi,
dari segala bidang; kejuruteraan , muzik, saintis dan yang paling hebat ialah perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.
Ketika tahun kedua, akhir bulan Disember 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak”. Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jemu beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. Menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg saya perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam. Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak (bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi. Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang !!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.
Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan kejuruteraan, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comtr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.
Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genius bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7!!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!

Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke musium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma USD$ 0.70 !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa ? mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Firaun hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendidik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esaynya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato! Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Dr. Stephen Carr Leon

Sunday, April 12, 2009

Internet: Speed Test Streamyx

Agak lembap plak rasa internet aku malam nih, agaknya sebab ujan kot.. tapi bila gi check speed kat www.speedtest.net tu agak boleh tahan speed dia..

Monday, March 23, 2009

X-Gig X-Tended[26 Indie Band]

Kali ni aku nak share torrent kat Jiwang Torrent



XFM melakar sejarah menjadi stesen radio pertama membawakan gig secara live dari konti radio. X-GIG X-TENDED. Menampilkan 26 Indie Band:

1) Bunkface
2) Komplot
3) The Divine Masters
4) Bittersweet
5) Brainhead
6) Couple
7) Grey Sky Morning
8) Pesawat
9) Statik
10) Meet Uncle Hussain
11) Skudap Skudip
12) The Times
13) One Buck Short
14) Sugar Love Cookies
15) Robot Asmara
16) Nitrus
17) Joana & Co.
18) Duta
19) Dazmelon
20) Stonebay
21) The Peanuts
22) Maximus
23) Dance To The Radio
24) Killiuer Calculateur
25) Sam CF Band
26) Sharpshooter

Ini pula file video yang terdapat dalam torrent tersebut:
Bittersweet.flv 7.36 MB
Brainhead.flv 19.84 MB
Bunkface_Part1.flv 16.21 MB
Bunkface_Part2.flv 9.15 MB
Couple.flv 17.42 MB
Dance_To_The_Radio_Part1.flv 13.19 MB
Dance_To_The_Radio_Part2.flv 15.27 MB
Dazmelon.flv 21.79 MB
Duta.flv 15.39 MB
Grey_Sky_Morning.flv 18.72 MB
Joanna_n_Co_Part1.flv 14.79 MB
Joanna_n_Co_Part2.flv 10.79 MB
Killiuer_Calculateur.flv 13.69 MB
Komplot_Part1.flv 18.86 MB
Komplot_Part2.flv 9.87 MB
Maximus.flv 19.47 MB
Meet_Uncle_Hussain.flv 9.70 MB
Nitrus.flv 18.43 MB
One_Buck_Short.flv 19.36 MB
Pesawat_Part1.flv 18.03 MB
Pesawat_Part2.flv 10.16 MB
Robot_Asmara.flv 17.73 MB
Sam_CF_Band.flv 17.42 MB
Sharpshooter.flv 21.70 MB
Skudap_Skudip.flv 17.43 MB
Statik.flv 18.80 MB
Stonebay.flv 20.12 MB
Sugar_Love_cookies.flv 15.05 MB
The_Divine_Masters.flv 16.70 MB
The_Peanuts.flv 16.13 MB
The_Times_Part1.flv 19.32 MB
The_Times_Part2.flv 10.09 MB

Tengok macamana rupa ahli2 Indie Band2 ini.
Terima kasih kepada Xfm Admin untuk sumber asli.
FREE Torrent. Sbb aku ambik pon free. Powered by Jiwang FLux
Thanks to PG sebab share kan benda nih..

Friday, February 27, 2009

Bil Streamyx

Dear MUHAMAD NURIZAN BIN FAKIR ,

Thank you for taking advantage of the TM Online Electronic Statement. Your latest statement is now available online for you to view. To access your statement, simply visit http://www.tmonline.com.my and enter your User ID and Password.

Detail of the bill account is as follows:

Account Name : MUHAMAD NURIZAN BIN FAKIR
Account Number : D93689-623-0110
Bill Date : 13 FEB 2009
Total : RM 0.00
Rounding Amount : RM 0.00
Total Amount : RM 0.00

Enjoy our enhanced services now! We are pleased to inform you that now you can make payment via Visa and Master credit card. You could now view your statement and pay your bills online, anytime, anywhere, with any Visa and Master credit cards, as long as it has been issued in Malaysia.

Should you need further assistance, please email to tmonline@tm.com.my

Thank you for choosing TM.

Sincerely,

TM Online
----------------------------------------------------------------

Amacam best tak bil streamyx aku.. haha

Thursday, February 26, 2009

Heart Wrenching & Some Facts We Don't Know

Petikan email:

Razali Awang, pemberita TV3 yg pergi ke Gaza baru-baru ni, datang ke my company tu share his experience. Persatuan Islam Pekerja yg anjurkan. Razali ni tiap kali dia bercerita, mesti tersekat2 sebab dia kata dia tak dpt lupakan pengalaman yg dia akan kenang smpai mati.

I ada things yg nak share yg buat I tak boleh tido mlm tadi:

Mesir

Razali kata ni Firaun modern. Nama je Islam tapi dah very secular. Sanggup kencing di dinding2 masjid.

Mesir sekat sempadan ..the only way ke Gaza . Makanan dan ubatan2 sume rosak kat sempadan Mesir-Gaza. Sempadan Gaza and Mesir is 14 km long. Kalau lah tak de sekatan, rakyat Palestine takkan kebuluran...

"Mesir lebih rela bersempadan dgn Israel drp bersempadan dengan Hamas!" – Apa punya manusia ni, kata Razali Awang.

Khutbah Jumaat di Mesir mengharamkan khutbah mengenai keganasan di Gaza . Razali btau rakyat Palestin yg dia interview, kat Malaysia tiap Jumaat kami bacakan Qunut Nazilah dan bersolat hajat demi kesejahteraan rakyat Palestine …

Berapa banyak checkpoint dia kena lalui kat Mesir…tapi dgn pertolongan Allah SWT lepas pulak..tapi perit nya..yg mintak rasuah…charge naik bas 500 meter is RM70!!!

Memang sekutu kuat Amerika and Israel .

(Eee…tak ingin hantar anak gi Al Azhar..lebih baik hantar ke negara Islam lain..UIA pun dah bagus!!!)

Gaza ( Palestine )

Terbahagi kepada 2 – Hamas dan Fatah…Belah Fatah ada kasino!

Kata wartawan dari Belgium dan Itali, the best strawberry in the world comes from Gaza !

Imam Shafie lahir di sini (sebak pulak bila dengar yg ni).

Razali kata rakyat Palestine sgt berpegang teguh kpd ajaran Islam dan mazhab Shafie.

Org Palestine sgt baik dan friendly as compared to other Arabs esp yg kat Mesir tu..

Moyang Rasulullah SAW dikebumikan dia sini (lupa nama ..tapi dia mention Hashim….)

Beautiful country, iklim Mediterranean ..boleh kalahkan Los Angeles kalau tak kerana peperangan..

Hamas

Memang kalangan yg rela mati sebab mati syahid. Rela mati anytime. Bila bersalam perpisahan dengan Razali dia org ucap "Kalau anda dtg lagi ke sini, adakah kita akan bertemu lagi"…like they know they can die anytime.

Tulang2 yg melekat kat dinding bangungan rosak, tak busuk walau dah berminggu!

Mayat tak reput langsung, bila kubur dibedil oleh Israel …punyalah jahat manusia, kubur pun nak bedil konon tempat simpan senjata.

Hamas ada 25,000 org..tak de senjata canggih tapi yg mati hanya 100 lebih je!!

Hamas ni beroperasi di bawah tanah and they are everywhere. They operate in small groups.

Isteri kepada yg mati syahid, hanya ada satu misi, utk berperang dan mati syahid supaya dapat jumpa suami semula di syurga.

Bagi mereka, kanak2 yg mati berada di sisi Allah SWT.

Menurut seorang ibu yg anak nya mati syahid, hari ni sorang mati, esok lahir lagi seorang bayi..

Israel

Memang pengecut sebab tak berani perang one to one ngan Hamas. Kat darat hanya duduk dlm kereta kebal. Pastu serang ngan bom pintar, bom fosforus dari jarak jauh.

Dia org tau Hamas ada penembak tepat! So, depa takut nak turun dari kereta kebal.

Kereta kebal Israel musnahkan tanaman seperti anggur dan pokok zaitun sebab tanaman ni makan masa bertahun nak tumbuh balik. Biar rakyat Palestine kebulur dan tak de sumber pendapatan.

Semua resolusi PBB, satu pun Israel tak ikut!!! Ada back-up besar lah katakannn...

Rakyat Palestine

Sedih Razali tengok dia org rebus rumput sebab dah tak de makanan.

Kanak2 tiada cita-cita lain selain dari ingin menjadi pengebom berani mati kerana trauma melihat ahli keluarga dibunuh di depan mata sendiri!

Di hospital, pembedahan, jahit kulit ke apa ke…terpaksa dibuat tanpa bius. Sebab ubat dah tak de.

Razali kata tak tahan dia tengok budak2 menjerit2 kesakitan bila kepala di jahit!

Dia jugak pergi sendiri ke dewan bedah yg telah dibedil dgn bom fosforus ..sebelum serangan ada few doctors sedang bedah pesakit….Razali kata tak de apa yg tinggal ..semua dah jadi abu!!! Ada la nampak serpihan tulang sikit2 here and there…Fosforus ni dia hancurkan kulit dan tulang…Nauzubillah.

Ada banyak lagi..but too long to write. Razali Awang memang volunteer nak pergi ke Gaza (agaknya sebab dia ni pun bujang lagi..hehe)...So, inilah yg diceritakan oleh beliau.

Satu lagi antara pembekal rifle ke Israel selain dari USA is negara jiran kita ni ha...yg paling dekat...SINGAPURA! So Razali kata kalau kita shopping kat sana mcm kita sokong Israel .

So friends, kita terus doa dan berdoa utk keselamatan saudara Islam kita di mana jua mereka berada..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...