Showing posts with label Ema. Show all posts
Showing posts with label Ema. Show all posts

Tuesday, April 27, 2010

Akademi Fantasia 8 Lagu Tugasan Minggu ke Tujuh Mengikut Aliran Genre

Akademi Fantasia musim ke 8 sudah memasuki minggu ke tujuh dan mengikut komen Norman selaku pengetua musim ini, para pelajar sudah mula menunjukkan genre genre lagu yang sesuai dengan suara dan personaliti masing masing. Lagu yang agak mencabar pelajar kali ini nampaknya kepada Iwan yang mengakui sukar untuk menyanyikan lagu tersebut. Kalau ikutkan suara asal penyanyi lagu tersebut memang la susah nak ikut, tapi bukankah sepatutnya lagu tersebut perlu dinyanyikan mengikut citarasa masing masing.

Adakah dengan terkeluarnya NAD pada minggu lepas membuatkan Iwan huru hara dan macam kecewa apabila mendapat lagu tersebut. Itu adalah dari pemerhatian aku pada diari hari ini. Senarai lagu dan pelajar yang akan menyanyikan pada konsert minggu ke tujuh di harap dapat dipersembahkan dengan mantap dan menarik. Sama sama kita saksikan

PELAJAR LELAKI
MAULANA – Semalam (Sean Ghazi)
SHAHIR – Tiara (Kris)
IWAN – Warisan Wanita Terakhir (Teacher’s Pet)
DAUS – New Devide (Linkin Park)

PELAJAR WANITA
ADIRA – Ayat Ayat Cinta (Rossa)
AIN – Seindah Biasa (Dato’ Siti Nurhaliza)
FARINA – Jika Kau Ubah Fikiran (Mila)

LAGU BONUS DEBARAN
Medley Jangan Diucap Selamat Tinggal (Shades) dan Viva Forever (Spice Girl)


Wednesday, April 14, 2010

Akademi Fantasia 8 (AF8): Lagu Tugasan Minggu Kelima, Mampukah Shahir Dengan Anggapanmu?

Hot News: Adakah Shahir Mampu Membawa Lagu Ziana Zain?



Sedar tak sedar, Akademi Fantasia 8 sudah masuk minggu kelima, rasa macam cepat aje. Kalau AF sebelum2 ni aku follow jugak tapi tak rasa secepat ini. Antara yang sudah tersingkir adalah Shah, Ema, Anum dan yang terkini adalah Alif. Setakat ini tak nampak sangat siapa bakal menjuarai akademi fantasia kali ini. Dari segi undian Adira masih lagi mendahului pelajar2 lain dan komen dari juri jemputan terhadap Adira juga sangat memberangsangkan.

Antara perubahan di dalam akademi untuk kali ini adalah pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan akan membantu antara satu sama lain. Diharap untuk konsert minggu ini para pelajar akan menunjukkan kemampuan masing masing untuk mendapatkan kepercayaan pengundi2 dan juri jemputan. Berikut adalah kumpulan2 yang ada di dalam akademi dan lagu lagu yang diterima, sama sama kita nantikan persembahan mereka hari Sabtu ini.

NADIMAU
MAULANA – Ku Bukan Aku (Tilu)
NAD – My Happy Ending (Avril Lavigne)
ADIRA – Seri Mersing (Datuk Sharifah Aini)

TRIPPING
SHAHIR – Anggapanmu (Ziana Zain)
AIN – Halo (Beyonce)

HANDSOME BOYS
IWAN – Oh Juwita (Nubhan)
DAUS – Benar-Benar (Adam)
FARINA – Mana Mungkin (Dayang Nurfaizah)


Wednesday, March 31, 2010

Akademi Fantasia 8 (AF8): Lagu Tugasan Minggu Ketiga

Minggu ini sudah masuk minggu ketiga untuk Akademi Fantasia 8. Aku baru start nak layan AF8 ni rasa macam dah terlambat dan tak banyak info2 yang best2. Musim kali ini tenaga pengajar macam best, mungkin disebabkan oleh pengetuanya iaitu Norman KRU yang sempoi, tak ikut protokol sangat macam AF7, aku tak suka sebab tengok macam tertekan aje diaorang. Kali ini macam ok la.

Jadi diari AF hari kedua ini lebih kepada penyerahan lagu tugasan untuk minggu ketiga. Penyerahan agak pelik sebab cover CD lain, tapi isi lain.. confuse jugak para pelajar yang menerimanya.

ALIF – Sesuatu Janji (Taufik Batisah)
SHAHIR – Derita Cinta (Jamal Abdillah)
IWAN – Permaisuriku (Jay Jay)
MAULANA – So Sick (Ne-Yo)
DAUS – Separuh Jiwaku Pergi (Anang)
AIN – Cinta Antara Benua (Arni Nazira)
FARINA – Cantik (Nikki)
ANUM – Kau Atau Aku (Main Tarik Tali) (Elyana)
NAD – Bulan Cinta (Eva)
ADIRA – Kini (Feminin)


Ada sesi ADIRA bercakap2 dengan motor disebabkan adik dia EMA dah keluar, kira macam sesi mengadu la kot. Istimewa hari ini juga Que Haidar cuba untuk menyanyi dengan dibantu oleh cikgu siti hajar. Kelaut jugak la suara, haha..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...