Showing posts with label bantu membantu. Show all posts
Showing posts with label bantu membantu. Show all posts

Sunday, April 25, 2010

Kejadian Tidak Diingini Oleh Pemilik Kereta Ketika Hujan

ACCIDENT!



Kejadian berlaku ketika sedang berehat rehat kat rumah sambil melayari internet. Aku duk melayari mudah.my untuk mencari rumah sewa kat area bangi atau kawasan sekitarnya. Sesapa tau dan ada contact untuk dapatkan rumah sewa area tersebut harap dapat membantu. Eh! Lain pulak ceritanya, tadi kan nak citer pasal accident.

Ok berbalik pada cerita asal, sedang mengusha kat mudah.my tetiba terdengar bunyi kereta membrek kecemasan. Tak tau bunyinya macam mana, cuba la brek kereta anda. Cuaca yang baru lepas hujan dan masih lagi gerimis memang suasana sangat sunyi, sedikit bunyi pun boleh dengar dengan jelas, inikan pula bunyi brek.

Aku dengan pantas berdiri dan meluru kearah pintu untuk melihat kejadian tersebut. Ketika itu terdengar jugak jiran2 sebelah membuka pintu masing2 untuk melihat kejadian. Kelihatan sebuah teksi iswara bersama myvi berada disimpang depan rumah dengan arah bertentangan. Nampaknya pemandu teksi itu bersalah dan pemandu myvi tersebut kelihatan meluru kearah teksi tersebut. Seketika kemudian terdengar tumbukan keras dari pemandu myvi dan selepas itu kelihatan baju pemandu teksi tersebut berdarah!

Wahhh ini sudah panas! Aku pun turun la ke tempat kejadian untuk melihat kerosakan pada kedua2 kereta tersebut. Kereta teksi tersebut remuk dibahagian kiri belakang manakala myvi tersebut rosak teruk dibahagian depan kiri. Dipercayai teksi tersebut mahu membelok ke kanan manakala myvi tersebut melanggar dari arah bertentangan.

Gambar tak sempat aku amik kerana terlupa nak bawak dan ketika aku pergi amik 2 biji kereta polis sudah sampai ditempat kejadian.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, April 3, 2010

SAYA MAHU BLOG SAYA DI JELAJAH OLEH BEN ASHAARI














SAYA MAHU BLOG SAYA DI JELAJAH OLEH BEN ASHAARI kerana saya adalah kategori blogger baru yang masih tidak pandai lagi dalam dunia blogging ini. Selalu saya pergi ke blog2 orang lain cuba memahami apa yang sepatutnya ada dalam blog supaya dapat menarik ramai pembaca seterusnya traffic yang tinggi.

Jadi bila encik ben ashaari sudah memberikan idea untuk mengomen blog2 yang menyertai idea dia itu aku dengan senang hati pun nak join la. Nak tau juga apa yang patut ada dan apa yang patut tak ada dalam blog aku nih. Aku akan cuba untuk memperbaiki apa yang dinasihatkan/idea2 beliau.

Terima kasih BEN ASHAARI



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...