Sudah beberapa kali memikirkan adakah perlu untuk menukar kereta baru lepas habis bayar kereta yang sedia ada? Adakah perlu dijual kereta yang sudah habis bayar? Atau simpan saja dan repair apa yang perlu? Setelah difikir-fikirkan dan perbincangan satu keluarga kami sudah membuat keputusan. Wira dah habis bayar, tinggal myvi aje yang kena bayar.
Bila dah berkeluarga ini selalu isu kereta adalah penting bila nak balik kampung, setakat balik Meru aje tu tak jadi masalah, dekat aje. Isu ini selalu berlaku bila balik kampung kelantan, muatan beg-beg dan barang-barang sahaja dah separuh kereta penuh. Ini nak balik kampung pada Tahun Baru Cina, maklumlah cuti panjang sampai hari Selasa, jangan kena sumpah seranah dengan orang Cina sudah la.. time diaorang nak beraya kita pun sibuk2 nak balik raya jugak untuk menambahkan kesesakan jalanraya.
Antara pilihan kereta yang difikirkan adalah samada Persona, Exora, Grand Livina ataupun Alza. Kalau dari segi saiz muatan barang Exora adalah yang terbaik, tapi dari segi pemanduan pula mantap lagi Persona ataupun Grand Livina, nak komen Alza tak boleh la sebab tak pernah test drive Alza. Setelah difikirkan untuk jangka masa panjang baik beli Exora la...
Setelah dipersetujui kami pun pergi showroom di Carrefour, semua jenis kereta ada di situ. Tinggal nak pilih aje.Dari segi loan takde masalah, lepas punya.. kalau nak tau kereta apa yang kitaorang beli jom lihat gambar di bawah ini
18 comments:
benci tau!!!! ape2pun, khalisah.. sila memandu dgn hati2.. tingkap xleh tutup, kerusi xleh nyandar.. side mirror xde.. sila berjaga2.. ada ape2hal, saman je ayah khalisah tu.. !
haha.. car for the baby instead right? cheaper.. haha =P
kenwooi.com
khalisah suh ayah beli alza..nnt ajak aunt SAYRA n uncle apis jalan2..haha
arieza: laa jgn la benci2, betul la beli keta tu.. wohohoh
kenwooi: yes, cheaper than other car also.. keh keh keh
S@R@: alza dah macam myvi je.. so dah ada myvi tak yah beli alza ler.. nanti stab bar patah susah plak.. wahahah
ala beli je kete control pakai batery tu..khalisah sorg je leh naik..senang dh besar nnt leh amik lesen kete,dh ada skill memandu
lulu: yela ari tu masa pegi putrajaya ada family bawak keta control yang bleh muat budak duduk dalam tu.. pakai remote je tak yah tolak2.. hehe
-eiman-
ooo..ada gambo ghupanya,hihi..xbaca abes.
lulu: ada la sebab buat read more.. nak kasik cepat skit loading page
-eiman-
xnak read more..nak read je
lulu: ok2 jom read aje
salam singgah..
kena beli kete besa sikit tuk masa depan..=)
noor afzan: ni mesti tak baca sampai abis neh.. haha
Sampai ke nak balik kelantan?brg2 nk muat kat mana?nak tarik kereta asing di belakang ke?
iza: bleh je balik kelantan.. naik myvi keta ni masuk dalam myvi ler.. haha
-eiman-
hahahaha....comelnya kete tu... ^_^
dahlia: hahahah jugak..
Post a Comment