Showing posts with label Upin Ipin. Show all posts
Showing posts with label Upin Ipin. Show all posts

Friday, August 26, 2011

Cetak Rompak Upin dan Ipin Syarikat Pemborong Di Denda RM300,000



Sebuah syarikat pemborong pakaian hari ini dikenakan denda RM300,000 atau dipenjara lapan bulan, jika gagal membayar denda, oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana kesalahan memiliki 150 unit salinan cetak rompak gambar kartun "Upin & Ipin" tanpa kebenaran Syarikat Les' Copaque Production Sdn Bhd. Hakim Hasbi Hasan menjatuhkan hukuman itu selepas Syarikat Fook Tai Sdn Bhd yang diwakili pengarah syarikat, Yap Kien Sing, 49, mengaku memiliki salinan gambar berkenaan yang dicetak di atas baju "T" kolar bulat tanpa kebenaran pemilik syarikat animasi itu.

Thursday, September 10, 2009

Geng Pengembaraan Bermula - Upin & Ipin [2009] DVDRip XviD-KaRL[JWG]



Sipnosis

Geng Pengembaraan Bermula ini, bermula dengan kes kecurian buah-buah durian di kampung Durian Runtuh yang mana banyak perkara pelik juga berlaku sehingga pihak stesen TV turun membuat liputan. Badrol, budak bandar yang datuknya telah diwawancara oleh stesen tv tersebut telah terdetik hati untuk balik kampung menjenguk datuknya.

Badrol ini macam tak pernah balik kampung sendiri-sendiri jumpa atuknya (well… terus terang… budak-budak bandar sekarang banyak camtu) di Kampung Durian Runtuh. Dia pergi bersama rakannya Lim Guan Eng.. ehh.. salah salah salah, Lim saja. Dalam perjalanan pulang ke kampung, bas mereka rosak dan mereka terkandas. Kemudian menumpang lori untuk sampai ke Kampung. Setelah sampai di kampung, Badrol yang mohon mencari rumah datuknya yang dia sendiri tak tahu kat mana? Jadi sini muncullah watak Upin & Ipin, menunjukkan jalan ke rumah datuk si Badrol. Keesokkan harinya mereka pergi ke kebun durian, mereka menemui tapak kaki yang pelik di dusun tersebut dan bermulalah beberapa babak yang… Mereka juga bertemu Opet! Siapa Opet? haaa! korang kenalah tengok sendiri cerita ni!.

Genre: Funny
Release Name: Geng Pengembaraan Bermula - Upin & Ipin [2009]
Release Date: 09 September 2009
Size: 700 Mb
Quality: DVD Rip - XviD 672 x 288 756kbps,audio dolby 5.1 - 128kbps VBR MP3
Runtime: 1hour 34minutes
Filename: Geng Pengembaraan Bermula - Upin & Ipin [2009] DVDRip XviD-KaRL[JWG]

kredit to: karl
source: Jiwang Torrent

Support industri animasi Malaysia.. belilah yang original.. hapuskan cetak rompak..

Saturday, June 13, 2009

Baju Upin Ipin - Adult Size


.: KLIK GAMBAR UTK ORIGINAL SIZE :.

Kali ni aku nak show off baju Upin Ipin yang wife aku belikan, katanya hadiah sempena hari Bapa..

Pada 7 June 2009 lepas asalnya memang takde plan pun nak beli baju nih.. kitaorang bertiga; aku, wife ngan khalisah gi jusco bukit tinggi.. nak carik baju baru utk khalisah.. maklumla wife aku baru dapat first gaji.. aku follow aje.. katanya nak belikan kemeja utk aku selai dua.. aku on jee.. rezeki jgn ditolak.. haha

Agak penat jugak la gi shopping ngan wife aku nih, kat tempat shopping ni patutnya sediakan kerusi utk bapa2 yang kepenatan menunggu wife shopping.. kalau tak mesti tak untung banyak shopping complex tuh.. mana tidaknya baru kejap dah penat dan ajak balik.. so tak dpat la beli banyak2.. haha

Wife aku beli 3 helai baju utk khalisah, sehelai baju utk anak buah aku, dan selai baju kemeja utk aku.. best jugak dapat baju free nih.. hehe.. time nak kuar dari Jusco tu ternampak baju upin ipin, dan aku ternampak ada baju utk adult.. aku pun belek2 ler.. ada dua kaler satu hitam satu biru.. wife aku tanya, nak ker? aku pun jawap kalau nak belikan ok je.. haha.. dapat gak baju free selai lagi.. haha..

Note: utk ab310, ko tak beli baju Upin Ipin ker? dah la tak tengok movie nyer.. support la industri tempatan skit eh ab310.. haha

Friday, February 13, 2009

Wayang: Geng Pengembaraan Bermula feat Upin & Ipin



Agak lama aku dah tak tengok wayang kat panggung wayang... last sekali pun aku tak ingat dah bila aku gi tengok wayang... so ari ni agak bosan duk sorang2 aku pun pegi kat Sunway Pyramid utk menonton wayang.. plan tu memang nak tengok citer Geng sebab kalau setakat nak tengok citer2 omputeh tu melambak kat torrent, tinggal download+tengok aje...

Aku sampai kat Sunway Pyramid terus menuju ke TGV dan usha movie yang ada, tgk kat screen dulu kot2 takde lagi movie Geng nih sebab baru keluar semalam (12/2/2009). Lepas dah usha dan ada aku pun beratur la, tapi time tu tak ramai sangat orang so aku pun beratur la nak beli tiket... rasa pelik plak sebab beratur sorang2, usha orang lain sume ada couple masing2 tapi aku buat bodo je la... hehe..


(Tiket wayang citer Geng kat TGV Sunway Pyramid)

Lepas beli tiket tu ada masa lagi dalam sejam lebih, apa nak buat nih? try la nak jalan2 kat sunway pyramid neh, lama dah tak jalan2 tapi nak tengok apa? ahhhh tengok orang main game la, lagipun dekat je dengan TGV tuh... usha2 kat situ ada beberapa orang tgh main game kereta, disebabkan aku tak reti nak main2 game nih so dapat usha je la. Tgk diaorang main relax je pusing2 stereng tuh, laju plak tu, agaknya dah selalu main dan dah terer kot... hahah

Tgk jam baru 10 minit berlalu, ada masa lagi... ahhhhhh nape la tak gi tengok orang main boling je, idea2.. untung2 dapat tgk player Malaysia training kat situ... Sampai je kat situ tgk ramai gak tgh main, tapi tengok ramai budak2 je yang main, tgk Primary School ngan Secondary School je yang main, tapi budak2 ni cam terer jer, kalau aku main dengan diaorang pun agaknya aku kalah kot.. huiii... Usha2 tgk ada gak Team Malaysia tgh training, tapi tak berapa terer pun, agaknya skuad simpanan kot.. haha... agak lama aku kat situ tgk jam dah dekat nak start movie Geng tersebut so aku pun trus gerak gi kat TGV balik...

Sampai kat TGV tu cinema tak bukak lagi so tak buleh masuk lagi kena tunggu beberapa minit lagi... sementara menunggu tu aku pun usha2 la poster2 utk movie yang akan datang.. sume tak best pun.. haha.. tetiba ramai2 orang duk serbu tempat nak masuk rupanya cinema dah bukak... aku pun turut serta gak la... masuk je panggung tengok tak la ramai sangat, tak penuh pun agaknya sebab bukan hari cuti la kot... aku duk kat tengah2 dan kiri kanan kat row aku tu takde orang... best2... ramai budak2 la dan beberapa orang cina pun ada masuk gak tapi ramai budak2 muda la (termasuk aku la muda kot.. wakakak)

So aku nak citer skit pasal movie Geng nih.. ia bermula dengan misteri kehilangan buah durian di Kampung Durian Runtuh, nak kata orang curik, ditinggalkan pulak kulitnya. Nak kata binatang yang makan, elok je dibukak buah durian tersebut. Jadi misteri tersebut berlaku pada dusun Tok Dalang iaitu datuk kepada Badrul yang tinggal di KL. Jadi setelah dirancangkan oleh Badrul dan Lim iaitu rakan serumah Badrul utk balik ke kampung utk merasa durian. Segalanya bermula bila Badrul dan Lim sampai di Kampung Durian Runtuh dan bertemu dengan Upin dan Ipin yang seperti biasa dengan dialog2 selamba nyer, Kak Ros, Tok Dalang, Opah dan lain2 lagi... memang mencuit hati...

Jadi untuk kesudahan cerita yang mendebarkan ini sila lah ke panggung wayang yang berdekatan anda. So sokonglah industri animasi negara...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...