Showing posts with label Movie. Show all posts
Showing posts with label Movie. Show all posts

Thursday, February 4, 2010

Movie: Pisau Cukur - Best ker?

Disebabkan hari ini aku cuti, then bila tengok kat Jiwang Torrent ada plak torrent yang dah release movie baru ni dengan pantas aku mendownloadnyer.. tengok dari barisan pelakon mantap-mantap (lakonan ke mantap?) jadi dengan penuh semangatnya nak tengok la pagi2 nih.. tinggal tunggu completed download aje nih..



















Pisau Cukur - [2009] DVDRip XviD-KaRL[JWG]

Sipnosis
Apa yang akan terjadi bila mangsa dan pemburu sama-sama terperangkap di atas kapal percutian mewah? Dua orang gadis pisau cukur, Bella (lakonan Nur Fazura) dan Intan Bella (lakonan Maya Karin), bertembung dengan tiga orang Datuk, tiga orang isteri Datuk, dua orang anak Datuk, seorang detektif dan seorang peminat setia Bella. Siapakah yang memburu dan siapa pula diburu? Dalam pelayaran yang penuh kejutan dan kelucuan, apa pun boleh terjadi!

Genre: Urban
Directed by: Benard
Starring: Maya Karin,Fazura,Aaron Aziz,Eizlan Yusof,Redza Minhat
Release Name: Pisau Cukur - [2009] DVDRip XviD-KaRL[JWG]
Size: 700 Mb
Quality: DVD Rip - XviD 688 x 384 756kbps, LiNE audio - 128kbps VBR MP3
Runtime: 1hour 39minutes

[kredit to: http://torrent.jiwang.cc]

Saturday, November 21, 2009

Movie: Papadom best!



Could a loving husband fulfill his late wife's wishes? This movie tells a tale of Saadom who is a successful Nasi Kandar businessman in Pulau Pinang. His wife's last wishes before she passed away to take good care of their daughter Mia, changed Saadom's life forever. From a very buzy businessman who is so infatuated with his Nasi Kandar business, Saadom changed into becoming a very dependable father who is very much focused on her daughter's life. As Mia, grows up she gets a bit annoyed with her father's endless care and devotion towards her which at times seem to much to handle. Her friends are also annoyed with Uncle Saadom who tends to follow Mia wherever she goes. Saadom hugs and kisses his daughter in front of her friends, during lunch break Saadom would come to the school to send some lunch meals for her and her friends but this is not well appreciated by her friends because the Nasi Kandar would ruin their diet. He would also be often seen in the school premises in order to make sure of Mia's safety and sometimes he is being forced out of the school by the Principle.



.: Layan Papadom masa khalisah tgh tido :.


.: Salah satu scene dalam citer Papadom :.

Source: Jiwang Torrent

Thursday, September 10, 2009

Geng Pengembaraan Bermula - Upin & Ipin [2009] DVDRip XviD-KaRL[JWG]



Sipnosis

Geng Pengembaraan Bermula ini, bermula dengan kes kecurian buah-buah durian di kampung Durian Runtuh yang mana banyak perkara pelik juga berlaku sehingga pihak stesen TV turun membuat liputan. Badrol, budak bandar yang datuknya telah diwawancara oleh stesen tv tersebut telah terdetik hati untuk balik kampung menjenguk datuknya.

Badrol ini macam tak pernah balik kampung sendiri-sendiri jumpa atuknya (well… terus terang… budak-budak bandar sekarang banyak camtu) di Kampung Durian Runtuh. Dia pergi bersama rakannya Lim Guan Eng.. ehh.. salah salah salah, Lim saja. Dalam perjalanan pulang ke kampung, bas mereka rosak dan mereka terkandas. Kemudian menumpang lori untuk sampai ke Kampung. Setelah sampai di kampung, Badrol yang mohon mencari rumah datuknya yang dia sendiri tak tahu kat mana? Jadi sini muncullah watak Upin & Ipin, menunjukkan jalan ke rumah datuk si Badrol. Keesokkan harinya mereka pergi ke kebun durian, mereka menemui tapak kaki yang pelik di dusun tersebut dan bermulalah beberapa babak yang… Mereka juga bertemu Opet! Siapa Opet? haaa! korang kenalah tengok sendiri cerita ni!.

Genre: Funny
Release Name: Geng Pengembaraan Bermula - Upin & Ipin [2009]
Release Date: 09 September 2009
Size: 700 Mb
Quality: DVD Rip - XviD 672 x 288 756kbps,audio dolby 5.1 - 128kbps VBR MP3
Runtime: 1hour 34minutes
Filename: Geng Pengembaraan Bermula - Upin & Ipin [2009] DVDRip XviD-KaRL[JWG]

kredit to: karl
source: Jiwang Torrent

Support industri animasi Malaysia.. belilah yang original.. hapuskan cetak rompak..

Tuesday, August 18, 2009

Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam (2009)


.: Terbaru di pasaran DVD Malaysia :.

Description:
Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam (2009)

Filem ini berkisahkan mengenai dua gadis, Tasha (Nabila Huda) dan Amy (Salina Saibi) yang menjadi mangsa karakusan kekejaman manusia. Tanpa pendidikan dan latar belakang keluarga yang sempurna, Tasha dan Amy memilih untuk terjebak dalam dunia lumba haram motosikal yang sekaligus mengubah nasib kehidupna mereka.

Direktor: Syamsul Yusof
Pelakon: Aaron Aziz, Diana Danielle, Nabila Huda, Nasir Bilal Khan, Salina Saibi, Shaheizy Sam, Syamsul Yusof
Jenis Filem: Action, Crime, Drama
Tempoh Tayangan: 83 minit
Bahasa: Melayu
Sarikata: Inggeris
IMDb: http://www.imdb.com/title/tt1429007/
Video: XVID 720x576 25.00fps 1199Kbps
Audio: MPEG Audio Layer 3 48000Hz stereo 128Kbps

Source: http://torrent.jiwang.cc
Credit to: noordin (uploader)

Sunday, August 9, 2009

Movie: Jangan Pandang Belakang Congkak - [2009] DVDRip XviD-KaRL[JWG]



Sipnosis

Di sebuah kampung tinggal seorang tua bernama Pak Sudir, seorang yang sangat kaya dan dikatakan memelihara saka. Sering dilihat Pak Sudir di beberapa tempat dalam satu masa. Melihat pada raut wajahnya, tiada siapa menyangka usianya telah mencecah hampir 125 tahun. Pak Sudir tinggal dengan seorang pembantu iaitu Mustika. Di saat kematian Pak Sudir, pelbagai kejadian aneh telah berlaku menggemparkan penduduk kampung. Dikatakan Pak Sudir telah lama meninggal dan yang terlantar sakit itu adalah sakanya. Seorang bomoh terkenal, Pak Mor dipanggil dan setelah berlaku pertarungan dahsyat, saka telah berjaya dikeluarkan dan Pak Sudir akhirnya meninggal dunia.

Di Kuala Lumpur, 3 orang pemuda telah mendapat sepucuk surat setiap seorang daripada Pak Sudir menjemput mereka datang ke rumahnya. Punai, seorang penyeluk saku, Asmat bekerja di tempat letak kereta dan Johan pula seorang jurujual. Pada hari yang ditetapkan, ketiga-tiga mereka tiba di rumah Pak Sudir. Di sana barulah mereka tahu yang Pak Sudir adalah datuk mereka dan mereka bertiga adalah sepupu. Mustika memberitahu lagi bahawa mereka bertiga bakal mewarisi harta pusaka peninggalan Pak Sudir sekiranya mereka berjaya mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Mereka hendaklah bermalam di rumah tersebut selama 3 malam berturut-turut dan tidak boleh menyentuh apa-apa barang di rumah tersebut terutamanya sebuah congkak usang. Oleh kerana syarat itu dianggap terlalu mudah bagi mereka dan ini adalah peluang untuk hidup senang, mereka pun bersetuju dengan syarat-syarat tersebut. Apa yang mereka tidak tahu adalah, sebenarnya mereka akan mewarisi ilmu saka Pak Sudir jika Berjaya mengharungi tiga malam tersebut.

Pada malam pertama, mereka telah terjumpa congkak usang yang dimaksudkan oleh Mustika. Mereka membelek-belek congkak tersebut dan apabila dibalikkan di belakang congkak itu, terdapat tulisan Sanskrit yang terukir. Ketika itu juga tulisan tersebut seperti mengeluarkan cahaya dan terkena pada muka mereka bertiga lalu mereka pengsan. Mustika dari awal hanya memerhatikan pergerakan mereka bertiga itu.

Kampung yang telah aman semenjak kematian Pak Sudir tiba-tiba gempar. Orang minyak telah muncul dan mendapat mangsa pertama. Satu makhluk yang menyerupai hantu raya juga telah muncul dan telah memakan ayam satu reban dan satu makhluk yang menyerupai toyol telah muncul dan mencuri duit kepunyaan orang kampung. Ketiga-ketiga kejadian itu berlaku serentak pada malam yang sama.

Pada pagi esoknya Punai bangun dari tidur dan hairan bagaimana satu bra boleh tergantung di lehernya. Johan pula bangun dengan bulu-bulu ayam dan darah ayam penuh di mulutnya. Asmat pula bangun dan di poketnya penuh dengan duit. Mereka sendiri tidak tahu apa yang telah berlaku pada diri mereka. Pagi itu satu kampung heboh dengan tiga kejadian yang berlaku serentak pada satu malam itu. Berbagai-bagai andaian telah dibuat oleh orang-orang kampung tentang kejadian-kejadian itu. Ada yang mengatakan makhluk-makhluk peliharaan Pak Sudir telah kembali mengganas.

Pak Mor dipanggil semula. Pak mor kemudiannya menyatakan yang makhluk-makhluk peliharaan Pak Sudir dahulu telah berkeliaran untuk mencari orang yang sanggup menjaga mereka. Pak Mor menyatakan jika makhluk-makhluk peliharaan Pak Sudir itu berjaya mendapat mangsanya 3 malam berturut-turut maka mereka telah berjaya mendapat orang yang boleh menjaga mereka dan kampung itu tidak akan aman selama-lamanya.

Genre: Funny,Scary & Love
Directed by: Ahmad Idham
Starring: Shaheizy Sam,Mazlan Pet Pet,Cat Farish,Lisa Surihani,Azlee Senario,Zarina AF2
Release Name: Jangan Pandang Belakang Congkak[2009]
Size: 700 Mb
Quality: DVD Rip - XviD 672 x 288 756kbps, Tweaked English LiNE audio - 128kbps VBR MP3
Runtime: 1hour 24minutes
Filename: Jangan Pandang Belakang Congkak[2009] DVDRip XviD-KaRL

Wednesday, July 15, 2009

Movie: Public Enemies 2009



Release Date......:11/07/09
Theatre Date......:07/07/09
DVD Runtime.......:02:10:57
Language..........:ENGLISH
IMDb URL..........:http://www.imdb.com/title/tt1152836/
IMDB Rating.......:7.8/10
Video Codec.......: XVID
Audio Codec.......:MP3
Audio Bitrate.....:128
Subtitles.........:NIL
Resolution...... 640 x 240

In the action-thriller Public Enemies, acclaimed filmmaker Michael Mann directs Johnny Depp, Christian Bale, and Academy Award® winner Marion Cotillard in the incredible and true story of legendary Depression-era bank robber John Dillinger (Depp), the charismatic bank robber whose lightning raids made him the number one target of J. Edgar Hoover's fledgling FBI and its top agent, Melvin Purvis (Bale), and a folk hero to much of the downtrodden public. Source: Universal Pictures.

In the action-thriller Public Enemies, acclaimed filmmaker Michael Mann directs Johnny Depp, Christian Bale and Academy Award® winner Marion Cotillard in the incredible and true story of legendary Depression-era bank robber John Dillinger (Depp)the charismatic bank robber whose lightning raids made him the number one target of J. Edgar Hoovers fledgling FBI and its top agent, Melvin Purvis (Bale), and a folk hero to much of the downtrodden public.

No one could stop Dillinger. No jail could hold him. His charm and audacious jailbreaks endeared him to almost everyonefrom his girlfriend Billie Frechette (Cotillard) to an American public who had no sympathy for the banks that had plunged the country into the Depression. But while the adventures of Dillingers ganglater including the sociopathic Baby Face Nelson (Stephen Graham)thrilled many, Hoover (Billy Crudup) hit on the idea of exploiting the outlaws capture as a way to elevate his Bureau of Investigation into the national police force that became the FBI.

He made Dillinger Americas first Public Enemy Number One. Hoover sent in Purvis, the dashing Clark Gable of the FBI. However, Dillinger and his gang outwitted and outgunned Purvis men in wild chases and shootouts. Only after importing a crew of Western ex-lawmen (newly baptized as agents) who were real gunfighters and orchestrating epic betrayals from the infamous Lady in Red to the Chicago crime boss Frank Nittiwere Purvis and the FBI able to close in on Dillinger.

Layankan aje...

Saturday, July 4, 2009

Ice Age 3 Dawn Of The Dinosaurs ENGLiSH CAM V2 XviD-ELEKTRI4KA

Satu lagi movie yang menarik untuk ditonton di panggung wayang.. tapi aku tengok kat umah je.. haha.. jom layankan..


.: Poster Ice Age 3 :.

PLOT:

After the events of "Ice Age: The Meltdown", life begins to change for Manny and his friends: Scrat is still on the hunt to hold onto his beloved acorn, while finding a possible romance in a female sabre-toothed squirrel named Scratte. Manny and Ellie, having since become an item, are expecting a baby, which leaves Manny anxious to ensure that everything is perfect for when his baby arrives. Diego is fed up with
being treated like a house-cat and ponders the notion that he is becoming too laid-back. Sid begins to wish for a family of his own, and so steals some dinosaur eggs which leads to Sid ending up in a strange underground world where his herd must rescue him, while dodging dinosaurs and facing danger left and right, and meeting up with a one-eyed weasel known as Buck who hunts dinosaurs intently.


.: Screenshot Ice Age 3, CAM version gambar dah lawa nih.. :.

INFO:

Rls.Date: 02.07.09
Genre: Animation, Action, Adventure, Comedy, Family, Romance
Video source: our
Audio source: CAM Audio (Thx StuDaPoo)
Language: English
Format: AVI (XviD)
Runtime: 01:26:23
Video Bitrate: 1992 kb/s
Audio Bitrate: 256 kb/s
Frames: 25 fps
Resolutions: 704x384

Friday, July 3, 2009

Movie Review... Bila La Aku Nak Tengok!

Kali ini aku nak review movie2 yang aku dah download dari site Jiwang Torrent (klik utk join). Kebanyakannyer aku download dulu semua movie2 yang menarik then akan amik masa yang sesuai, sabtu atau ahad untuk menontonnyer.. kalau ada masa dan mood untuk menonton la.. kalau takde buat tukun je la movie2 nih..


.: Lakonan Dafi, bleh belakon ke mamat nih? ish.. :.


.: Screenshot citer dafi berlakon.. :.

Plot

Mia ialah seorang gadis yang begitu obses dengan tarian hip hop. Tapi bagi beliau adalah cukup mustahil untuk merelisasikan impiannya itu. Tapi semua itu berubah apabila hadirnya Remi dalam hidup beliau. Remi adalah seorang penari yang cukup berbakat dan berjaya menawan perhatian Mia. Mereka berdua disertai bersama Dafi dan Robby yang juga turut mahu merelisasikan impian mereka bersama dengan menyertai pertandingan tarian seluruh negara itu.

Dengan begitu hampir memenangi pertandingan tersebut bapa Mia cuba untuk menghentikan segala cubaan Mia dalam bidang tarian ini termasuk cintanya terhadap Remie. Dengan kepercayaan mereka yang teguh kumpulan mereka hampir memenangi pertandingan tersebut sehingga Remie secara mengejut rebah di lantai.

Genre: Lova/Dance
Directed by: Bjarne Wong
Starring: Samuel Rizal,Sharifah Amani,Ebi,Dafi
Release Name: Sayang You Can Dance[2009]
Size: 700 Mb
Quality: SDTV Rip - XviD 672 x 288 756kbps, Tweaked English LiNE audio - 128kbps VBR MP3
Runtime: 1hour 35minutes
Filename: Sayang You Can Dance[2009] SDTV Rip XviD-KaRL[JWG]
----------------------------------


.: Citer seram seram kuku je nih. tapi tak tengok lagi :.


.: Sapa takut jgn tengok citer nih.. gerenti takut nanti.. haha :.

Plot:

‘Histeria’ adalah sebuah kisah seram yang berlaku di salah sebuah kolej swasta. Tujuh orang pelajar nakal (Alissa, Tini, Malini, Murni, Maryam, Jenny, dan Kerek) yang menamakan kumpulan mereka sebagai ‘Pink Flamingo’, berpura-pura terkena histeria, hingga terpaksa dipanggil bomoh untuk memulihkan mereka. Namun tindakan mereka itu mengundang masalah lain apabila mereka bertujuh dikenakan denda, membersihkan kawasan kolej selama seminggu ketika cuti semester. Mereka ditempatkan di satu dorm yang kelihatan menyeramkan. Terdapat seorang pelajar baru (Zeta) menyertai mereka. Sebelum Zeta diterima menjadi ahli Pink Flamingo, beliau perlu diuji, iaitu bermalam di sebuah makmal berhantu. Tujuh pelajar lain cuba menakut-nakutkan Zeta.

Namun kejadian menakutkan benar-benar berlaku apabila pelbagai perkara misteri dialami oleh mereka semua. Ianya bermula selepas Jenny mengambil “sesuatu” yang bukan miliknya. Jenny telah mengekori tukang kebun sekolah menanam sesuatu di bawah sebatang pokok pelik. Tanpa dapat menghidu bahaya yang bakal menimpa mereka semua, Jenny kemudiannya menggali tanah tersebut lalu mengambil barang yang terdiri daripada sehelai kain kuning, tulang, rambut dan serbuk darah. Keadaan bertambah celaru dan mengerikan apabila seorang demi seorang daripada mereka dibunuh kejam oleh satu lembaga yang berkeliaran di kawasan kolej tersebut. Ada yang mati ditusuk gunting, ada pula digantung di tiang bendera, dicekik leher dan sebagainya. Yang terselamat hanyalah Murni.

Malangnya bukti menunjukkan Murni adalah pembunuh kepada mereka yang lain, bermotifkan dendam kerana sering dibuli. Dan Pakar Psikiatri pula mengandaikan Murni pengidap Paranoid Schizophrenic, sejenis penyakit mental.

Apakah benar Murni yang membunuh? Atau… siapakah dalang di sebalik pembunuhan kejam ini? Saksikanlah Filem ‘Histeria’ ini..

Genre: Horror
Directed by: James Lee
Starring: Liyana Jasmay,Scha,Norisnainy,Ainul Aishah,Adiputra,Kazar,Vanida Imran,Adlin Aman Ramlie,M.Rajoli..
Release Name: Histeria[2009]
Size: 700 Mb
Quality: DVD Rip - XviD 672 x 288 756kbps, Tweaked English LiNE audio - 128kbps VBR MP3
Runtime: 1hour 27minutes
Filename: Histeria [2009] DVDRip XviD-KaRL[JWG]
Subtitle: English

Kredit goes to:
Uploader karl the hensem boi
Jiwang Torrent

Nota utk ab310: citer Geng The Movie tak kuar lagi yer.. harap bersabar sampai lepas raya nanti.. haha

Thursday, July 2, 2009

Syurga Cinta [2009] DVDRip XviD-KaRL[JWG]

.: Front Cover Filem Syurga Cinta - DVD Version :.

Kredit goes to:
Torrent Jiwang CC <-- click here to join Uploaded by Karl yang hensem Genre: Lova/Religion Directed by: Ahmad Idham Starring: Awal Ashari,Heliza,Haziq,Fizz Fairuz Release Name: Syurga Cinta[2009] Size: 700 Mb Quality: DVD Rip - XviD 672 x 288 756kbps, Tweaked English LiNE audio - 128kbps VBR MP3 Runtime: 1hour 24minutes

Sipnosis

Irham, berusia lewat 20-an anak kepada pasangan Tan Sri Zakaria dan Pn Sri Mahani telah membesar di luar negara sejak berumur 12 tahun lagi. Dia telah bersekolah dan bekerja di sana untuk beberapa tahun dan pulang ke Malaysia kerana perlu mengambil alih syarikat milik keluarganya. Kerana terlalu lama di luar negara, cara dan gaya hidupnya tidak ubah seperti orang barat.

Sekembalinya ke Malaysia, Irham telah bertemu dengan rakan-rakan lamanya ketika belajar di luar negara iaitu Zainal dan Alex yang sangat mengenali hati budi Irham. Irham sememangnya seorang lelaki yang handal memikat gadis yang diinginkannya. Alex dan Zainal sering kalah jika bertaruh. Bagi memastikan Irham kalah, mereka mencabar Irham memikat gadis bertudung kerana mereka tahu Irham tidak menyukai gadis sebegini.

Gadis tersebut adalah Syuhadah, seorang gadis moden namun masih mempertahankan nilai-nilai sebagai seorang muslimah sejati. Dia merupakan anak yatim dan dijaga oleh datuknya sejak dari kecil. Walaupun hidup mewah namun dia tetap dididik dengan didikan agama yang cukup. Irham melakukan pelbagai cara untuk memikat Syuhadah yang secara kebetulan merupakan guru agama di sekolah adik angkatnya iaitu Ikmal.

Hubungan Irham dan Ikmal yang tidak begitu baik sebelum ini menjadi lebih baik apabila Irham memerlukan bantuan Ikmal dalam menjayakan ’misi’nya. Melihat ’ketulusan’ Irham yang berpura-pura mendalami ajaran Islam, hati Syuhadah terbuka untuk menerima Irham sebagai kawan dan dalam tempoh berkawan dalam diam-diam wujudnya perasaan kasih dan sayang. Irham pula sedikit sebanyak dibimbing oleh Syuhadah sehinggakan dalam tempoh sebulan tanpa dia sedari dia telah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim dan dia merasa selesa dan tanpa disedari telah menunaikan tanggungjawab sebagai orang Islam seperti mendirikan solat.

Namun tempoh sebulan telah pun tamat dan Irham perlu berjumpa dengan Zainal dan Alex bagi menunaikan janjinya dengan membawa Syuhadah. Di depan Zainal dan Alex Irham telah berterus-terang kepada Syuhadah bahawa dia cuma ”suka-suka” dan bukannya benar-benar jatuh cinta kepada Syuhadah. Syuhadah yang mendengar pengakuan itu benar-benar kecewa. Sudahlah dia susah untuk menerima cinta dari seorang lelaki kini lain pula jadinya. Syuhadah telah membawa diri pulang ke kampung. Irham menang pertaruhan tetapi dia gagal menafikan perasaannya yang sebenar terhadap Syuhadah.

Bagaimana Irham menangani perasaan tersebut? Berjayakah Irham memenangi kembali hati Syuhadah yang begitu kecewa dengan apa yang berlaku? Segalanya bakal terjawab dalam SYURGA CINTA.



.: Screenshot filem Syurga Cinta DVD Version :.

Balik rumah karang baru nak start download, harap dua jam bleh siap la then blehla layan kat DVD Player.. haha..

Note:
Segala request utk mendapatkan file ini agak sukar la.. kena ada pengerasnya nih.. keh keh keh

Tuesday, June 30, 2009

Transformers 2 - Revenge of the Fallen

.: Poster Transformers 2 Revenge of the Fallen :.
Aku layan movie ni malam tadi.. aku dah siap download 2 hari lepas lagi tapi tak sempat nak tengok. so malam tadi ok la skit tak ngantuk then bleh la layan.. ada plak dvd player bleh guna usb.. haaa tak yah la aku nak burn dalam dvd.. tgk pakai pendrive aje la..
Aku start tengok kul 10 mlm, bajet abis dalam kul 12 tgh malam.. rupanya movie ni 2 jam setengah.. haha ngantuk la skit2 bila gi keje nih.. gambar tak brape lawa sangat la tapi watchable la.. not bad.. benda free.. apa ada hal.. so nanti bila dah kuar dvd nak layan lagi ler..


.: Ni plak screenshotnyer.. kualiti gambar bleh la utk ditonton :.
Info utk movie nih:
Transformers.Revenge.of.the.Fallen.TS.XviD-DEViSE
Runtime..: 150 mins :
Premiere.: 22/06/2009 .
Genre....: Action/Adventure
Rating...: 6.8/10 @ 22,994 votes
Release.Date...: 29/06/2009 °
Retail.Date....: 00/00/0000 :
Source.........: CAM .
Video..........: XviD
Audio..........: MP3
Resolution.....: 720x288
Video Bitrate..: 1400 kbps
Audio Bitrate..: 128 kbps
Language.......: English
Subtitles......: n/a

Thursday, June 18, 2009

Makan Malam & Layan Movie

Balik dari training kat wangsa maju gi beli nasi kukus kat USJ 4, kedai ni baru bukak gakla, dalam seminggu camtu.. sebungkus rm3.50. kira murah la kalu nak compare dengan nasi kukus kat stadium shah alam yang selalu kitaorang beli hari ahad pagi.. beginilah rupanya nasi kukus tersebut...


.: beli dua bungkus, satu aku nyer satu wife nyer.. tambah sebungkus tanpa ayam :.

lepas je makan dah kul 10.30mlm.. citer street fighter dah siap download.. agak sesuai la nak layan time nih.. jadi aku pun layan la.. kualiti video ngan audio kira gempak la sebab dah dvd kualiti.. penggambarannyer banyak kat bangkok kot sebab Bison nak luaskan empayar kat bangkok tuh.. nak citer lebih2 tak bleh, kasik suspen pada cik lulu .. sila tengok screenshot kat bawah yer cik lulu.. kalau berpuas hati baru bleh kasik.. kalau tak puas hati dengan gambar nyer takmo kasik ler.. hahah


.: Screenshot utk movie Street fighter legend of chun li :.

Misi seterusnya tgh download citer House M.D season 4.. yang season 5 tadi aku balik dah siap pun.. abis download season 4 nak download plak citer Night at the Museum Battle of the Smithsonian.. tunggu.. !!

Wednesday, June 17, 2009

Street Fighter The Legend of Chun Li UNRATED DVDRip XviD-DiAMOND




Yeayy.. akhirnya citer Street Fighter The Legend of Chun Li UNRATED DVDRip XviD-DiAMOND dah kuar.. tgk pada tajuk pun dah tau versi DVDRip.. maknanya gambo best ler.. tak download pun versi2 yang sebelum ni macam CAM, Camera, R5...
So ari ni gi training, sebelum gi sempat lagi que utk download.. rasanya petang ni balik keje dah siap dah.. bleh la layan malam ni.. hehe.. kredit to lukemanz dari Torrent Jiwang CC... sapa nak join bleh register free je.. cuma guna email berbayar.. nak join KLIK SINI

Tuesday, April 14, 2009

Movie: DragonBall Evolution 2009



Plot : The story begins with Goku, who seeks out upon his adoptive grandfather Grandpa Gohan's dying request to find the great Master Roshi and gather all seven Dragon Balls. Of which he has one, in order to prevent the evil Lord Piccolo from succeeding in his desire to use the Dragon Balls to take over the world. And Goku's quest is to obtain the mystical Dragonballs before Piccolo does.

DragonBall Evolution 2009 TS - Lynks

FileSize : 1292M
PlayTime : 1:16:18
VideoCount : 1
AudioCount : 1
VideoCodec : XVID
VideoWidth : 704 pixels
VideoHeight : 304 pixels
VideoFrameRate : 29.970fps
VideoFrameCount : 137225
AudioCodec : AC3
AudioBitRate : 192000
AudioChannels : 2
AudioSampleRate : 48000
http://www.imdb.com/title/tt1098327/


Wednesday, April 8, 2009

Movie: Fast.and.Furious 4 - CAM Version




Fast.and.Furious.CAM.XviD-DEViSE
Release Date..: 05/04/09 Source......: CAM
Retail Date...: xx/xx/xx Genre.......: Action
Audio Bitrate.: 128 kbps Audio Codec.: MP3
Video Bitrate.: 1833 kbps Video Codec.: XViD
Runtime.......: 01:39:00 Resolution..: 704x304
Language......: English Subtitles...: n/a

http://www.imdb.com/title/tt1013752/

Fast and Furious 4 ni kira sambungan dari Fast and Furious 1 ler.. kalau sapa tak tengok yang no 1 kurang paham la agaknya.. ada jugak pelakon dari tokyo drift (Han) masuk sekali..

So CAM version kira best la untuk ditonton dirumah tanpa membazirkan RM8 gi tengok kat wayang.. wakaka

Sunday, April 5, 2009

Movie: X-Men.Origins.Wolverine.2009 - 1 May 2009 Release



True movie fans will always choose to view a film in the way that they were meant to be seen -- which means either in the theater for the first run and eventually on DVD or Blu-ray Disc later on.

Of course, there’s always the nefarious option of checking out a blurry-cam version on the internet, which is usually available while a given movie is in the theater, but the quality is rarely satisfactory. But what if there wasn’t the choice between watching a new movie in the theater versus downloading it? That’s the problem facing those who are eagerly anticipating X-Men Origins: Wolverine.

An early, unfinished version of X-Men Origins: Wolverine hit the internet to the surprise of many, as the film isn’t set for release until May 1. The leaked version is termed a “workprint” copy, which means it is unfinished some special effects are still missing, and may not contain the final cut of the film.

Nevertheless, the movie is reportedly still very watchable, with visual and audio quality being much better than the usual camcorder-recorded bootlegs for in-theater movies.

Understandably, 20th Century Fox is taking the matter very seriously. According to the BBC, the leaked workprint reached an estimated 100,000 downloads on Tuesday -- a number which has since grown.

"We forensically mark our content so we can identify sources that make it available or download it. The source of the initial leak and any subsequent postings will be prosecuted to the fullest extent of the law," according to a statement from Fox.

The FBI has also been informed and is “actively investigating” the crime. The MPAA is also taking part in the investigation, as it always does when it comes to movie piracy.

Fox didn’t immediately condemn the entire internet, however, as it expressed thanks to those still vowed to support the movie: "We are encouraged by the support of fan sites condemning piracy and this illegal posting and pointing out that such theft undermines the enormous efforts of the filmmakers and actors and, above all, hurts fans of the film."



X-Men.Origins.Wolverine.2009.WORKPRINT.XviD-NoGRP

IMDB Info : http://www.imdb.com/title/tt0458525/

General
Format : AVI
File size : 1 022 MiB
Duration : 1h 46mn
Overall bit rate : 1 337 Kbps

Video
Format settings, Matrix : Default (H.263)
Codec ID : XVID
Bit rate : 1 196 Kbps
Width : 640 pixels
Height : 360 pixels
Display aspect ratio : 16/9
Frame rate : 29.970 fps
Writing library : Magic0432

Audio
Codec ID/Hint : MP3
Bit rate mode : Constant
Bit rate : 128 Kbps
Channel(s) : 2 channels
Writing library : LAME3.97

So inilah dia file yang leak tuh.. dah siap download.. layan x-men plak la..

Saturday, February 28, 2009

Cicakman 2: Planet Hitam DVD Version




Pada sesapa yang belum tengok cicakman 2 yang telah di tayangkan di panggung wayang Disember lepas bleh la gi usha kat kedai2 CD yang berdekatan kerana DVD version utk Cicakman 2 sudah berada di pasaran. Bagi yang ingin mengetahui serba sedikit sinopsis citer Cicakman 2 tersebut boleh baca kat bawah nih....

SINOPSIS CICAKMAN 2: PLANET HITAM

Profesor Klon kembali untuk meneruskan rancangannya menakluk Metrofulus di dalam filem sekuel ini. Profesor Klon yang berada di dalam persembunyian bawah tanah, merancang plan Planet Hitam, untuk mengawal bekalan air mentah di Metrofulus.

Melalui plan Planet Hitam, beliau berjaya mencemar bekalan air di kota tersebut dan meminta Presiden Metrofulus, untuk melepaskan jawatannya. Hairi pula berdepan dengan musuh terbarunya, Rrama, seorang pembunuh upahan yang diupah oleh Profesor Klon untuk menghapuskan musuh-musuhnya.

Pada waktu yang sama, Hairi juga berdepan dengan masalah peribadinya iaitu sukar mencari kerja lantaran beliau mempunyai tanggungjawab untuk membanteras kejahatan di Metrofulus. Rrama bukan sebarangan musuh lantaran beliau gemar membunuh dan menganggap setiap tugasannya sebagai satu seni.

Tangkas dalam ilmu mempertahankan diri serta berhati batu, Rrama merupakan penjenayah paling hebat pernah berentap dengan Cicakman. Dan Rrama bukan satu-satunya masalah yang perlu dihadapi oleh Cicakman kerana superhero ini juga dihantui oleh Ginger Ghosts yang mahu membalas dendam atas kematian mereka.

Hairi juga perlu berdepan dengan masalah emosi dengan kehadiran Tania yang bertugas sebagai wartawan untuk mencari identity sebenar Cicakman. Kehadiran Iman, seorang gadis buta di dalam hidup Hairi, menambahkan lagi dilemma di dalam diri Hairi. Apabila Rrama menjadikan Iman tebusan untuk memerangkap Cicakman, Hairi sedar bahawa dia sekali lagi perlu berkorban untuk menyelamatkan orang yang dia sayang, juga menegakkan keadilan di Metrofulus.

Namun, mampukah Cicakman menandingi kekuatan dan kebolehan dua penjahat – Rrama dan Profesor Klon yang sudahpun melengkapkan diri dengan senjata kebal bagi menandingi cicakman?

----------------------------------

Jadi pada yang berminat sila dapatkan di pasaran sekarang.. tapi aku tak gi beli la... sebab aku ada source lain yang free dan updated movie2 yang baru release di pasaran.. nak tau kat mana?
semuanya ada di Jiwang Torrent , apa yang perlu anda buat adalah register dengan menggunakan akaun email berbayar, contohnya email streamyx, email syarikat, email universiti dan lain2 lagi, email free seperti yahoo, google tidak dibenarkan.

Kalau tak percaya ini antara movie yang telah aku dapatkan di website tersebut



Ini hanya sebahagian dari movie2 yang terdapat di website tersebut, dan ini yang ada dalam hdisk aku, yang lain2 aku dah burn dalam DVD... kalau berminat sila la daftarkan diri anda di sana..


Jiwang Torrent: Asia's Favorite BitTorrent Tracker - Sharing is Caring..

Friday, February 13, 2009

Wayang: Geng Pengembaraan Bermula feat Upin & Ipin



Agak lama aku dah tak tengok wayang kat panggung wayang... last sekali pun aku tak ingat dah bila aku gi tengok wayang... so ari ni agak bosan duk sorang2 aku pun pegi kat Sunway Pyramid utk menonton wayang.. plan tu memang nak tengok citer Geng sebab kalau setakat nak tengok citer2 omputeh tu melambak kat torrent, tinggal download+tengok aje...

Aku sampai kat Sunway Pyramid terus menuju ke TGV dan usha movie yang ada, tgk kat screen dulu kot2 takde lagi movie Geng nih sebab baru keluar semalam (12/2/2009). Lepas dah usha dan ada aku pun beratur la, tapi time tu tak ramai sangat orang so aku pun beratur la nak beli tiket... rasa pelik plak sebab beratur sorang2, usha orang lain sume ada couple masing2 tapi aku buat bodo je la... hehe..


(Tiket wayang citer Geng kat TGV Sunway Pyramid)

Lepas beli tiket tu ada masa lagi dalam sejam lebih, apa nak buat nih? try la nak jalan2 kat sunway pyramid neh, lama dah tak jalan2 tapi nak tengok apa? ahhhh tengok orang main game la, lagipun dekat je dengan TGV tuh... usha2 kat situ ada beberapa orang tgh main game kereta, disebabkan aku tak reti nak main2 game nih so dapat usha je la. Tgk diaorang main relax je pusing2 stereng tuh, laju plak tu, agaknya dah selalu main dan dah terer kot... hahah

Tgk jam baru 10 minit berlalu, ada masa lagi... ahhhhhh nape la tak gi tengok orang main boling je, idea2.. untung2 dapat tgk player Malaysia training kat situ... Sampai je kat situ tgk ramai gak tgh main, tapi tengok ramai budak2 je yang main, tgk Primary School ngan Secondary School je yang main, tapi budak2 ni cam terer jer, kalau aku main dengan diaorang pun agaknya aku kalah kot.. huiii... Usha2 tgk ada gak Team Malaysia tgh training, tapi tak berapa terer pun, agaknya skuad simpanan kot.. haha... agak lama aku kat situ tgk jam dah dekat nak start movie Geng tersebut so aku pun trus gerak gi kat TGV balik...

Sampai kat TGV tu cinema tak bukak lagi so tak buleh masuk lagi kena tunggu beberapa minit lagi... sementara menunggu tu aku pun usha2 la poster2 utk movie yang akan datang.. sume tak best pun.. haha.. tetiba ramai2 orang duk serbu tempat nak masuk rupanya cinema dah bukak... aku pun turut serta gak la... masuk je panggung tengok tak la ramai sangat, tak penuh pun agaknya sebab bukan hari cuti la kot... aku duk kat tengah2 dan kiri kanan kat row aku tu takde orang... best2... ramai budak2 la dan beberapa orang cina pun ada masuk gak tapi ramai budak2 muda la (termasuk aku la muda kot.. wakakak)

So aku nak citer skit pasal movie Geng nih.. ia bermula dengan misteri kehilangan buah durian di Kampung Durian Runtuh, nak kata orang curik, ditinggalkan pulak kulitnya. Nak kata binatang yang makan, elok je dibukak buah durian tersebut. Jadi misteri tersebut berlaku pada dusun Tok Dalang iaitu datuk kepada Badrul yang tinggal di KL. Jadi setelah dirancangkan oleh Badrul dan Lim iaitu rakan serumah Badrul utk balik ke kampung utk merasa durian. Segalanya bermula bila Badrul dan Lim sampai di Kampung Durian Runtuh dan bertemu dengan Upin dan Ipin yang seperti biasa dengan dialog2 selamba nyer, Kak Ros, Tok Dalang, Opah dan lain2 lagi... memang mencuit hati...

Jadi untuk kesudahan cerita yang mendebarkan ini sila lah ke panggung wayang yang berdekatan anda. So sokonglah industri animasi negara...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...