Sebuah syarikat pemborong pakaian hari ini dikenakan denda RM300,000 atau dipenjara lapan bulan, jika gagal membayar denda, oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana kesalahan memiliki 150 unit salinan cetak rompak gambar kartun "Upin & Ipin" tanpa kebenaran Syarikat Les' Copaque Production Sdn Bhd. Hakim Hasbi Hasan menjatuhkan hukuman itu selepas Syarikat Fook Tai Sdn Bhd yang diwakili pengarah syarikat, Yap Kien Sing, 49, mengaku memiliki salinan gambar berkenaan yang dicetak di atas baju "T" kolar bulat tanpa kebenaran pemilik syarikat animasi itu.
Cetak Rompak Upin dan Ipin Syarikat Pemborong Di Denda RM300,000