Thursday, March 12, 2009

10,080 calon SPM dapat 10A

PUTRAJAYA 12 Mac – Seramai 10,080 daripada keseluruhan 442,936 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 berjaya memperoleh 10A dengan seramai 347,443 atau 90.8 peratus calon mendapat sijil SPM berbanding 91.1 peratus pada tahun 2007.
Seramai 5,863 calon pula berjaya memperoleh 9A manakala 5,909 calon memperoleh 8A.
Selain itu, seramai 6,277 calon atau 1.6 peratus berjaya dengan cemerlang memperoleh gred A bagi semua mata pelajaran yang diduduki berbanding 5,060 (1.31 peratus) pada tahun 2007.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom ketika mengumumkan keputusan peperiksaan itu berkata, pada keseluruhannya pencapaian calon SPM adalah membanggakan dan melebihi daripada pencapaian tahun sebelumnya.
“Pencapaian mereka meningkat daripada segi peratusan bilangan memperoleh sijil, mendapat semua A dan lulus semua mata pelajaran yang diduduki,'' katanya di sini hari ini. - Utusan

-------------------------

Citer pasal SPM ni bila teringat balik kisah aku nak amik SPM masa muda2 dulu la... sorry aku tak amik STPM sebab dari SPM trus masuk ke UTM... lompat2.. Ok citer pasal result spm dedulu tu masa tu result kuar kalau tak salah ari khamis kot (ingat2 lupa). sementara nak tunggu result keluar aku kerja la sementara kat kilang berdekatan rumah. punya la sengal bleh tak teringat result kuar ari khamis aku bleh balun keje ari tu lagi... sebab rumah dekat jadi tghari aku balik rumah, pastu dah siap bersantap aku gi keje semula.. yang aku prasan tu sebab ramai orang kat sekolah, memula aku ingatkan ada accident ke hape tapi tengok ramai yang kuar dari sekolah pakai baju biasa je... maklumla sekolah kampung tak perlu amik result pakai baju sekolah.. tapi aku tak sekolah kat situ.. aku sekolah kat TIKL, Cheras (SPM 1995)... so sapa yang agak2 sama batch ngan aku bleh la contact aku balik eh.. iklan plak kejap..

So keesokkan harinya aku pun cuti la sebab nak amik result, sehari sebelum tu bos aku dah memekak sebab tak bgtau awal2 nak cuti.. disebabkan aku kerja sementara je kat situ aku buat tak tau je la.. haha padan muka bos aku... So pagi2 dah gerak gi KL, agak lama gak tak gi KL lepas abis spm, maklum la sibuk keje, takde masa nak gi jenjalan KL.. sampai sekolah aku usha ramai lagi yang tak amik result rupanya.. tapi kebanyakannyer yang tak terer2 la amik.. mana2 yang terer tu dah amik pada hari semalamnyer..

Masa masuk sekolah tu ok je takde perasaan apa2 la.. sampai pintu nak gi amik result tu dah debar2 plak.. apehal lak.. ntah la memang camtu kot perasaan kalau nak amik result.. sempat lagi jumpa cikgu kat tempat amik result tuh, ada yang ucapkan tahniah plak, padahal aku tak gi tengok lagi result, ntah aku lingkup ke hape.. bila bukak result alhamdulillah ok la jugak result, takde la teruk sangat, bleh la nak apply masuk U.. dan alhamdulillah aku apply satu U je masa tu, confident giler aa bleh dapat, dan memang dapat pun masuk UTM..

4 comments:

mAr@ZiEy said...

hek eleh..ni sah2 keje kilang simen kat meru tu..hehehe..(ade lg ke time zaman2 mr eiman ni..)

nurizan said...

marziey: apa barang keje kilang simen, tak standard la.. keje kilang automotive ler.. supply proton.. tu yang bila keje betul2 pun sangkut kat automotive gak.. wakaka

mAr@ZiEy said...

hahaha...lawak2..mmg takdir hang kat automative la..

nurizan said...

marziey: haha betul3x, tapi baik lagi kat automotive dari electronik.. bleh pengsan agaknya kalu keje kat elektronik..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...