Thursday, November 29, 2012

Mari Periksa Paru-Paru Anda di PWTC

Gerai pemeriksaan paru-paru untuk perokok merupakan antara tarikan terbaru Karnival Kesihatan Wanita 2012 yang diadakan sempena Perhimpunan Agung Umno 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).   
Pengerusi Sekretariat Kebajikan Wanita Umno Datuk Hasnah Salam berkata ia merupakan sebahagian langkah untuk menjayakan kempen JOM Tak Nak Merokok! bagi mewujudkan persekitaran bebas asap rokok.

"Kita galakkan mereka yang mahu berhenti merokok atau pun perokok tegar datang buat pemeriksaan di gerai ini untuk tahu keadaan kesihatan paru-paru mereka," katanya kepada Bernama di sini hari ini. 


  
Hasnah berkata turut diadakan ialah saringan kesihatan, pemeriksaan kanser payudara, pengesanan kanser pangkal rahim serta pendaftaran penderma organ dan semuanya adalah percuma. Karnival Kesihatan itu yang diadakan di Aras 3, PWTC dijangka dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin esok.

Seramai 3,000 orang disasar mengunjungi karnival itu yang dibuka dari pukul 9 pagi hingga 5 petang, berbanding 2,500 pada penganjuran tahun lepas. Sementara itu kaunselor berdaftar Klinik Berhenti Merokok, Klinik Kesihatan Tanglin, Swinder Jit Jag Singh berkata ujian asap rokok atau ujian paru-paru dibuat menggunakan alat dikenali sebagai 'CoPPM'.
  
Beliau berkata perokok yang berhasrat untuk berhenti merokok digalak ke klinik berkenaan yang bukan sahaja menawarkan pemeriksaan percuma, malah terapi gantian nikotin (NRT) seperi gam NRT, penyedut NRT dan penampal NRT juga diberi percuma. Turut diadakan adalah Terapi 1Malaysia yang merupakan satu alternatif untuk mengesan dan merawat masalah kesihatan yang dihidapi seperti kencing manis dan darah tinggi.
  
Konsultannnya Mohd Dzulhaidi Mohd Daud berkata Terapi 1Malaysia yang dibawa khas oleh Yayasan Angin Ahmar Melaka adalah percuma.

Sumber - Bernama

Wednesday, November 28, 2012

Kontrak Perpindahan Kelab Lebih Penting Dari Tugasan Negara

KETIKA pemain pasukan lain fokus dalam persiapan menghadapi perlawanan kedua Piala AFF, pemain Harimau Malaya pula sibuk menguruskan isu perpindahan dengan kelab baru. Itulah realiti yang berlaku dalam kancah bola sepak negara ini apabila ada pihak yang seakan tidak sensitif perihal mana satu keutamaan yang perlu diberikan.

Kamera AES Dikategorikan dalam Akta Rahsia Rasmi Kerajaan?

IPOH: Kempen Anti Saman Ekor (Kase) mempersoalkan kenapa perjanjian antara kerajaan dengan dua syarikat konsesi pemasangan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) diklasifikasikan sebagai Akta Rahsia Rasmi (OSA). Pengerusinya, Datuk Mahfuz Omar berkata, tersebut tiada keperluan untuk diklasifikasikan sebagai OSA kerana ianya tidak langsung mengandungi perkara rahsia mengenai keselamatan Negara.

Wednesday, November 21, 2012

Data Peminjam #PTPTN Hilang Sebabkan Hutang Menggunung

Di waktu pemimpin politik bertelagah mengenai penyediaan pendidikan percuma di Malaysia, timbul dakwaan bahawa hutang menggunung yang dipinjamkan dari Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mungkin tidak dapat diperolehi semula dalam masa singkat. Sumber yang dekat dengan agensi tersebut mendakwa, sejumlah besar daripada pinjaman RM45.41 bilion itu diberikan kepada pelajar yang tidak lagi dapat dijejaki.

Wednesday, August 1, 2012

Kempen Boikot Tudung Abby Abadi Syarikat Al-Humaira Contemporary

Sekumpulan peminat pelakon Abby Abadi melancarkan kempen memboikot satu syarikat jualan tudung yang didakwa telah menamatkan kontrak seniman tersebut sebagai duta produk mereka. Kempen "Kami Boikot Syarikat Al-Humaira Contemporary" itu pada hari ini dikesan menerima sokongan lebih 5,000 pengguna sejak dilancarkan semalam.

Selang beberapa jam selepas kempen itu dikesan, syarikat mengeluarkan satu kenyataan yang antara lainnya mengancam untuk membawa isu tersebut ke mahkamah. Syarikat itu mengancam berbuat demikian sekiranya isu penamatan kontrak itu gagal diselesaikan dengan baik sehingga menjejaskan reputasinya. Dalam pengumuman sama di Facebook, syarikat itu menjelaskan yang mereka tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan lagi berhubung perkara itu.

"Jika situasi ini berlanjutan hingga mencemarkan reputasi kami dengan lebih teruk dan pihak terbabit gagal untuk bersemuka dan berbincang untuk menamatkan kontrak secara baik, kami akan membawa isu ini untuk diselesaikan secara profesional mengikut undang-undang," kenyataan itu dipetik.Kempen itu dijalankan susulan satu penjelasan syarikat tersebut semalam bahawa kontrak berkenaan belum ditamatkan secara bertulis kerana perbincangan masih sedang berlangsung.

Tanpa merujuk secara langsung kepada Abby, syarikat itu mendakwa artis tersebut membuat anggapan kontraknya ditamatkan kerana tidak mampu memberi komitmen kepada tugasan bersama syarikat itu.

Kenyataan itu timbul susulan tulisan Abby di Twitter semalam bahawa kontraknya sebagai duta syarikat tersebut ditamatkan kerana penglibatannya dalam PAS.

Source: Malaysiakini

1. Fan pages (  Kami Boikot Syarikat Al-Humaira' Contemporary ) dalam masa lebih kurang tiga jam sudah melebihi 1000 'Likes'

Yang herannya, kenapa sampai nak saman menyaman di mahkamah pulak, kalau abby yang nak saman ok jugak la, ini syarikat tersebut pulak yang mahu mengambil tindakan. Tindakan boikot tersebut adalah hak peminat dan pembeli tudung syarikat berkenaan. Motif pembatalan kontrak berkenaan juga agak pelik kerana seharusnya bila Abby menyertai PAS syarikat tersebut boleh mengambil perkara tersebut secara positif kerana ahli-ahli PAS majoritinya bertudung dan akan menambahkan bilangan pelanggan, melainkan syarikat tersebut MUNGKIN ada ikatan dengan kerajaan dan MUNGKIN ada projek yang ingin dimiliki dari pihak kerajaan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...