Di waktu pemimpin politik bertelagah mengenai
penyediaan pendidikan percuma di Malaysia, timbul dakwaan bahawa hutang
menggunung yang dipinjamkan dari Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi
Nasional (PTPTN) mungkin tidak dapat diperolehi semula dalam masa
singkat. Sumber yang dekat dengan agensi tersebut mendakwa, sejumlah besar
daripada pinjaman RM45.41 bilion itu diberikan kepada pelajar yang tidak
lagi dapat dijejaki.
Sumber mendakwa, data elektronik dalam Sistem Pengurusan Pinjaman
Pendidikan (Elmas) yang berusia 10 tahun, kini usang dan PTPTN tidak
menaruh harapan tinggi untuk mendapatkan bayaran hutang itu kembali. Sejumlah RM7.83 bilion yang diagihkan kepada 1.14 juta pelajar
sehingga 31 Ogos 2012 masih belum diperolehi semula, manakala kadar
bayaran semula pada tahap 49 peratus.
Perkara itu berterusan walaupun selepas anak syarikat Kementerian
Kewangan, Prokhas Sdn Bhd disingkirkan pada 2010, ekoran laporan Ketua
Audit Negara yang menyatakan kegagalan membangun sistem bagi mendapatkan
semula bayaran hutang selepas dibayar RM1.5 juta. Sistem tersebut menyebabkan PTPTN terpaksa menggunakan semula sistem Elmas, yang diputuskan tidak memuaskan pada 2006.
Susulan itu, PTPTN perlu membayar pembangun Elmas, Paradigm Systems
Sdn Bhd, sejumlah RM26 juta lagi untuk membuat semula kerja terbabit. Ketua pegawai eksekutif PTPTN Agos Cholan keberatan untuk mengesahkan
jumlah tersebut dan memberi alasan ia merupakan kes sensitif.
Sumber: Yahoo! news
0 comments:
Post a Comment