KETIKA pemain pasukan lain fokus dalam persiapan menghadapi
perlawanan kedua Piala AFF, pemain Harimau Malaya pula sibuk menguruskan
isu perpindahan dengan kelab baru. Itulah realiti yang berlaku dalam kancah bola sepak negara ini
apabila ada pihak yang seakan tidak sensitif perihal mana satu keutamaan
yang perlu diberikan.
Showing posts with label Kelantan. Show all posts

Wednesday, November 28, 2012
Sunday, November 7, 2010
Banjir di Kedah, Perlis dan Kelantan Pulih
KUALA LUMPUR 6 Nov. – Keadaan banjir di Kedah, Perlis dan Kelantan beransur pulih apabila jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan semakin kurang manakala beberapa sekolah yang ditutup diarah dibuka semula esok. Di KEDAH, mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di negeri itu berkurangan kepada 33,121 orang berbanding 39,743 petang semalam. Keadaan banjir di daerah Padang Terap pulih dengan kesemua 3,993 mangsa daripada 1,015 keluarga sudah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. Bilangan mangsa di daerah Kubang Pasu pula mencatatkan penurunan dengan 11,488 orang daripada 3,170 keluarga masih berada di pusat penempatan berbanding 21,111 orang semalam.
Penurunan jumlah mangsa banjir turut dicatatkan di Pokok Sena iaitu seramai 1,413 mangsa daripada 234 keluarga dan Pendang seramai 242 mangsa daripada 62 keluarga dibenarkan pulang. Bagaimanapun di daerah Kota Setar, mangsa dipindahkan meningkat 758 keluarga menjadikan jumlah semua yang dipindahkan sebanyak 4,805 keluarga. Tinjauan Mingguan Malaysia mendapati, hampir 80 peratus bandar raya ini masih digenangi air dengan beberapa batang jalan ditutup termasuk Jalan Stadium, Jalan Sultan Badlishah, Jalan Teluk Wanjah dan Lebuh Raya Darulaman sementara dua jalan boleh dilalui iaitu Jalan Raja dari arah selatan manakala Jalan Langgar dari utara. Jurucakap bilik gerakan Majlis Keselamatan Negara berkata, setakat ini sebanyak 90 pusat penempatan mangsa banjir di seluruh negeri beroperasi berbanding 100 semalam.
Di PERLIS, banjir di negeri itu kian surut dengan jalan utama ke bandar Kangar mulai dibuka kepada kenderaan ringan. Sehingga tengah hari ini, sebanyak 9,595 mangsa daripada 1,316 keluarga masih berada di 38 pusat pemindahan banjir. Daripada jumlah tersebut, 34 buah pusat pemindahan di Kangar dan empat lagi di Arau masih dibuka sementara tujuh pusat pemindahan di Padang Besar pula sudah ditutup. Tinjauan Mingguan Malaysia mendapati kebanyakan premis perniagaan di daerah tersebut dan di Kangar telah membuka bisnes kepada orang ramai. Orang ramai juga dilihat mula membersihkan rumah dan premis masing-masing berikutan air yang sudah mulai surut. Bagaimanapun beberapa kawasan rendah seperti Institut Latihan Perindustrian di Jalan Behor Pulai masih dinaiki air kira-kira satu meter.
Di KELANTAN, kesemua 13 buah sekolah di Pasir Mas dan Tumpat yang ditutup Rabu lalu akan dibuka semula esok selepas bencana alam yang melanda daerah tersebut pulih sejak semalam. Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan, Hussein Awang berkata, perkara tersebut telah dimaklumkan kepada pengurusan sekolah terbabit bagi memastikan pelajar meneruskan semula persekolahan mereka seperti biasa. Beliau berkata, seramai 7,000 pelajar terjejas selepas sekolah yang terletak di pinggir Sungai Golok itu ditenggelami air sedalam 0.5 sehingga tiga meter. ‘‘Kerja-kerja pembersihan bangunan sekolah itu telah dilakukan oleh pihak sekolah dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPAM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi memastikan pelajar dapat belajar seperti biasa bermula esok.
“Kita harap kesemua pelajar ini akan dapat kembali ke sekolah seperti biasa terutama bagi calon yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM),” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Sebanyak 13 buah sekolah terlibat adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Rantau Panjang (I), SK Sri Rantau Panjang (II), SK Rantau Panjang, SK Lubok Setol, SK Kok Pauh, SK Rahmat, SK Gual Sito dan SK Gual Tok Deh. Sekolah lain adalah SMK Rantau Panjang, SRJKC Khay Boon, SK Bakong, SK Chenderong Batu dan SK Bendang Pak Yong.
Sumber: UTUSAN

Tuesday, October 26, 2010
Tuesday, October 26, 2010
By nurizan
In: Final, Hukuman, Kelantan, Piala Malaysia, Sathianathan
No comments

Hukuman Sathianathan Ditangguh Boleh Bersama Kelantan Final Piala Malaysia
KUALA LUMPUR - Kontroversi penggantungan jurulatih Kelantan, B. Sathianathan, reda seketika apabila Jawatankuasa Rayuan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) 'berlembut hati' menangguhkan hukuman enam bulan yang dikenakan terhadap beliau, semalam. Keputusan itu bermakna Sathianathan, yang sebelum ini terpaksa memberi arahan dari tempat duduk penonton melalui walkie-talkie pada perlawanan separuh akhir berdepan Kedah, boleh berada di bangku simpanan pemain pada perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Bukit Jalil, Sabtu ini.
Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh FAM semalam, penangguhan hukuman itu berdasarkan perkara 7.1.1 dan 7.5.1 dan diputuskan oleh Pengerusi Jawatankuasa Rayuan FAM, A.Ganarajah, selepas Sathianathan mengemukakan rayuan semalam. Sabtu lalu, Lembaga Disiplin FAM membuat keputusan mengejut, apabila menggantung Sathianathan dan jurulatih T-Team, Che Ku Marzuki selama enam bulan dan denda sebanyak RM2,000, berkuatkuasa serta-merta.
Sathianathan dikenakan hukuman berkenaan selepas didapati bersalah memberi kenyataan kepada media, berhubung stadium tuan rumah bagi perlawanan Perlis dan Terengganu ketika Liga Super, musim lepas. Sebelum itu, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad menjelaskan, penggantungan Sathianathan mengikut prosedur yang ditetapkan. Sambil menjelaskan situasi sebenar, Azzuddin berkata Lembaga Disiplin FAM sudah meneliti kes tersebut sejak Julai lepas.
''Hukuman yang dikenakan terhadap Sathianathan dan Che Ku Marzuki, dijatuhkan pada 21 Oktober selepas Jawatankuasa Lembaga Disiplin yang dipengerusikan Datuk Taufik Tan Sri Razak bersidang kali pertama. ''Sebenarnya kes ini sudah lama dalam perhatian Lembaga Disiplin, namun ekoran pemilihan Kongres FAM pada 31 Julai lalu dan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif kali pertama berlangsung pada 24 Ogos, maka tiada sebarang keputusan diputuskan, kerana Lembaga Disiplin yang baru masih belum terbentuk.
''Pelantikan dan pengesahan pengerusi serta ahli dalam setiap jawatankuasa hanya selesai pada 4 Oktober baru-baru ini, maka selepas itu, barulah Lembaga Disiplin dapat bersidang dan mendapati Sathianathan dan Marzuki melanggar peraturan, '' jelas Azzuddin pada sidang media perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Bukit Jalil, semalam. Azzuddin turut menjelaskan kekeliruan yang timbul mengenai tiada hebahan media mengenai hukuman terhadap Sathia.
''Berdasarkan polisi terbaru sekretariat FAM, segala keputusan yang dicapai oleh mana-mana jawatankuasa, harus dimaklumkan secara rasmi kepada semua ahlinya, sebelum dihebahkan kepada media. ''Ia antara sebab FAM tidak menghebahkan kepada media terlebih awal, bukan mahu menyorok sesuatu, '' katanya