Showing posts with label perhimpunan haram. Show all posts
Showing posts with label perhimpunan haram. Show all posts

Wednesday, July 20, 2011

Tindakan Kerajaan Terhadap The Economist Dipersoal


Tindakan kerajaan Malaysia terutamanya tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang menapis kandungan majalah The Economist adalah satu tindakan yang tidak bijak. Dengan cara menghitamkan beberapa perkara dalam artikel yang bertajuk Political affray in Malaysia: Taken to the cleaners yang melaporkan berkenaan dengan perhimpunan haram Bersih2.0 yang berlangsung di tengah-tengah Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu. Tindakan ini dikatakan tindakan terdesak kerajaan yang cuba untuk melindungi tindakan ganas polis dan FRU yang bertugas pada perhimpunan haram tersebut.

Saturday, July 2, 2011

BERSIH Diharamkan Kerajaan Apa Reaksi Rakyat?

Pada 29 Jun lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata adalah satu kesalahan bagi mana-mana individu yang memakai baju yang berkaitan dengan aktiviti haram. Justeru, tangkapan ke atas mereka yang memakai baju BERSIH 2.0 oleh polis adalah betul. "Jika kemeja-T BERSIH berhubungkait dengan aktiviti haram, maka memakainya adalah juga haram,” katanya.

Sejak pengumuman itu, beberapa wakil rakyat Pakatan dan hampir 100 orang telah telah ditangkap kerna memakai baju kuning BERSIH manakala mereka yang menjual baju berkenaan turut ditahan untuk disoal-siasat. Malaysiakini menemui 14 orang di sekitar ibunegara untuk meninjau pandangan mereka mengenai kenyataan Hishammuddin mengenai pengharaman pemakaian baju-T kuning BERSIH itu. Hasil tinjauan mendapati sebahagian besar daripada mereka tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan itu.

Berikut adalah pendapat mereka:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...