SELEPAS tiga tahun di pasaran, model sedan paling laris di negara ini, Proton Saga mendapat sentuhan terbaru menerusi model Saga FLX yang menampilkan ciri pemanduan lebih lancar dengan teknologi transmisi pemboleh ubah berterusan (CVT) menggunakan enjin Campro. Model itu adalah kesinambungan kepada kejayaan model Saga FL yang diperkenalkan baru-baru ini dengan tambahan harga antara RM600 hingga RM1,700 seunit mengikut varian enjin 1.3 Standard dan 1.3 Eksekutif, sama ada transmisi manual atau automatik selain pilihan warna terbaru iaitu Coklat Elegant.
Proton Saga FLX Keluaran Terbaru Proton