Showing posts with label PRU13. Show all posts
Showing posts with label PRU13. Show all posts

Sunday, December 4, 2011

Sistem Darah Parti UMNO

Aku terbaca kat Facebook berkenaan sistem darah yang membabitkan parti politik UMNO. Ini mungkin hasil dari Perhimpunan Agung UMNO yang baru selesai semalam. Sistem darah yang normal biasanya ada Type A, Type B, Type AB dan Type O. Namun dalam gambar dibawah ini ditambah pula darah Type UMNO.

Wednesday, September 14, 2011

GST Bakal Diperkenalkan Selepas PRU-13

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata bahawa kerajaan sedang meninjau kemungkinan untuk melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) selepas pilihan raya umum akan datang. Bercakap kepada pemberita selepas majlis makan malam Persidangan CEO Global Forbes Ke-11 di Kuala Lumpur hari ini, Najib berkata Lembaga Hasil Dalam Negeri telah diminta untuk memastikan segala sistem sudah bersiap-sedia. Katanya, isu sekarang ialah masa yang sesuai bagi pelaksanaan berkenaan.

"Kami telah umumkan, secara prinsip bahawa kita akan memperkenalkan GST dan mengarahkan Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk menubuhkan sistem bagi membolehkan kita untuk melaksanakan ini.

Friday, October 22, 2010

PRU13 Melayu Hilang Kuasa

KUALA LUMPUR 20 Okt. – Tiada satu pun parti yang mewakili orang Melayu, baik UMNO mahu pun Pas mampu mendapat seratus peratus undi daripada kaum itu sendiri pada pilihan raya umum akan datang.
Peringatan tersebut disampaikan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin kepada 795 orang perwakilan yang menghadiri perhimpunan agung pergerakan itu di sini hari ini. Menurut Khairy, orang Melayu harus menerima hakikat bahawa undi mereka kini sudah berpecah sehinggakan di kebanyakan kawasan, perpecahan tersebut terbahagi dua disebabkan perbezaan fahaman politik, iaitu 50 peratus di satu pihak dan 50 peratus di pihak lain.

“Ini bermakna, siapa saja yang mahu menang mestilah mendapat sokongan daripada semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama. “Sekiranya kita masih lagi berkhayal bahawa kita boleh menang tanpa sokongan mereka (undi bukan Melayu), 50 kerusi Parlimen Barisan Nasional (BN) sedia ada berada dalam bahaya.
“Sekiranya tiada usaha untuk mengamal kepimpinan inklusif lagi moderat, kepimpinan Melayu UMNO akan hilang pada pilihan raya umum akan datang umpama pepatah Melayu ‘bagai pintu tak berpasak, perahu tak berkemudi’,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan dasarnya di Persidangan Pemuda UMNO di sini hari ini.
Khairy menambah, jika mahu mengharapkan undi orang Melayu semata-mata, harus diingat bahawa hanya terdapat 73 kerusi Parlimen yang mempunyai majoriti dominan Melayu sebanyak 70 peratus ke atas. Beliau menegaskan, orang Melayu harus belajar daripada keputusan pilihan raya umum lalu di mana BN khususnya UMNO hampir kalah disebabkan hilang sokongan bukan Melayu. Katanya, berdasarkan fakta sejarah kecuali penentangan terhadap Malayan Union dan perjuangan mencapai kemerdekaan, orang Melayu kerap berpecah terutama dalam pemahaman dan ideologi politik.

Lebih mengecewakan, jelas beliau, setiap kali cadangan atau usaha untuk menyatukan orang Melayu cuba dibangkitkan, ia sering disambut dengan sinis oleh pihak lain termasuk Pas. “Malah dalam soal asas agama dan bangsa pun, Pas sanggup menolak tangan yang kita hulurkan dengan ikhlas kerana ketaksuban mereka kepada kuasa, sehingga yang haram menjad halal, yang mungkar menjadi makruf,” jelasnya. Beliau menambah, tanggungjawab utama menarik sokongan bukan Melayu sudah semestinya terletak di atas bahu parti-parti komponen BN tertentu. Katanya, apa yang penting sekarang, segala kelemahan perlu diatasi segera dan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada mereka wajar dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh.

“Namun, dalam arena politik semasa, apatah lagi dengan gagasan 1Malaysia yang menjadi pegangan bersama, rakyat mahu melihat semua parti BN mengamalkan pendekatan muhibah, adil dan saksama. “Kita tidak mahu menjadi pemimpin politik sesumpah sebagaimana yang wujud di pihak lawan, yang cakapnya tidak boleh dipegang, di mana lafaz janji yang hari ini ditutur kepada orang Melayu tanpa segan silu dipusing ceritanya bila ditutur kepada orang bukan Melayu,” katanya lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...