Showing posts with label Misi Mogadishu. Show all posts
Showing posts with label Misi Mogadishu. Show all posts

Saturday, September 3, 2011

Misi Kemanusiaan di Mogadishu, Jurukamera Maut Wartawan TV3 Cedera

KUALA LUMPUR: Jurukamera BERNAMATV, Noramfaizul Mohd Nor, 41, maut akibat terkena tembakan peluru sesat semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia di Mogadishu, Somalia, petang ini waktu tempatan. Manakala wartawan TV3, Aji Saregar Mazlan cedera ringan di bahu kanan terkena serpihan peluru, menurut wartawan ASTRO Awani, Tan Su Lin yang membuat liputan langsung di Astro malam ini. Beliau berkata kejadian itu berlaku pada jam 5.40 petang waktu tempatan (Malaysia lima jam lebih awal dari Somalia) semasa mereka seramai enam orang sedang menaiki pacuan empat roda dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan dengan diiringi tentera kerajaan Somalia.

"Tiba-tiba saya terdengar dua bunyi kuat dari sebelah kanan dan ada bau asap. Saya tidak  menyangka kenderaan kami terkena tembakan apabila menoleh kebelakang, Aji dalam kesakitan dan Faizul dalam keadaan pucat," katanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...