Showing posts with label Kadar Tol. Show all posts
Showing posts with label Kadar Tol. Show all posts

Friday, November 26, 2010

Tol SILK Naik 30 Sen?

KUALA LUMPUR 26 Nov. - SILK Holdings Bhd. sedang menunggu kelulusan kerajaan untuk menaikkan kadar tol sebanyak 30 sen di Jalan Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang, kata Pengerusinya, Datuk Mohd Azlan Hashim, hari ini.
Kadar sekarang ialah RM1.
"Kami hanya mengikut terma perjanjian konsesi yang memerlukan kami meminta kenaikan tol setiap lima tahun,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat agung tahunan syarikat itu.
Azlan berkata, syarikat itu tidak mencadangkan sesuatu yang baharu kepada kerajaan, sebaliknya hanya mengikut apa yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak dalam perjanjian konsesi itu.
Beliau berkata, bahagian lebuh raya syarikat itu memperlihatkan prestasi kukuh dan dijangka mencapai keuntungan perakaunan dalam beberapa tahun akan datang. - Bernama

Sumber: www.utusan.com.my

Saturday, October 16, 2010

5 Tahun Kadar Tol PLUS Kekal, Tiada Kenaikan

plus highway sg besi 180205 aerial view 01

Kadar tol di empat lebuh raya milik PLUS Ekspressway Berhad tidak akan dinaikkan bagi tempoh lima tahun akan datang, berkuatkuasa serta-merta. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, keputusan itu dibuat kerana kerajaan amat prihatin terhadap rakyat yang terpaksa menanggung kos pengangkutan yang semakin meningkat.Beliau menegaskan demikian ketika membentang bajet 2011 di Dewan Rakyat petang ini.

Di samping itu, katanya kerajaan juga komited untuk memastikan akses kepada kesihatan berkualiti dapat dinikmati segenap lapisan rakyat. Berikutan itu, tambahnya, kerajaan memperuntukkan RM15.2 bilion bagi membina hospital baru, menambah bilangan doktor dan jururawat serta mendapat bekalan ubata dan peralatan perubatan. Di samping itu, kata perdana menteri, klinik 1Malaysia yang kini berjumlah 51 buah, akan ditambah sebanyak 25 buah lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...