Showing posts with label Iphone4. Show all posts
Showing posts with label Iphone4. Show all posts

Sunday, June 19, 2011

Blogspot Ada Mobile Preview

Penambahbaikan yang dilakukan oleh BLOGSPOT nampaknya semakin menarik, bermula dengan design template yang boleh direka sendiri oleh pemilik blog, kali ini pihak blogspot melancarkan pula Mobile Preview untuk kegunaan pengguna smartphone. Setakat yang aku explore theme untuk mobile preview hanyalah ada satu sahaja, tidak boleh tukar2 kaler, font dan lain2 lagi. Tapi memang betullah untuk smartphone nak buat apa kaler2 dan font yang berlainan, ini kerana kepantasan adalah kunci utama dalam mobile preview sesuatu blog.

Monday, October 4, 2010

DiGi, Maxis Memperkenalkan Iphone4 dan Pakej Menarik

DUA pengendali perkhidmatan mudah alih utama negara, DiGi.com dan Maxis Bhd masing-masing mula memasarkan telefon pintar iPhone 4 di pasaran Malaysia mulai hari ini dan Ahad depan menerusi pelbagai pakej harga menarik kepada pelanggan masing-masing. Maxis menawarkan empat pakej menerusi iValue Plans dengan yuran bulanan serendah RM100 untuk mendapatkan iPhone 4 dengan kapasiti 32 gigabait (GB) atau 16 GB.
Harga ditawarkan bergantung kepada jenis pakej, kapasiti telefon dan tempoh kontrak yang dipilih pengguna iaitu bermula dari RM490 hingga RM1,990. Pelanggan Maxis juga boleh mendapatkan telefon pintar itu secara percuma jika melanggan pakej iValue 4 untuk kontrak selama dua tahun dengan bayaran bulanan sebanyak RM375. Kadar panggilan ditawarkan pakej iValue Plans ialah serendah 10 sen seminit, manakala kadar SMS adalah 10 sen.
Maxis turut menawarkan dua pakej data bagi iPhone 4 iaitu pelan iData 2 dan iData 3 dengan yuran serendah RM50 sebulan. Pelanggan Maxis boleh melayari pautan www.maxis.com.my/iphone untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai iPhone 4. Maxis akan mula menjual iPhone 4 kepada pelanggannya pada Ahad ini di Pusat Maxis terpilih sekitar Lembah Klang iaitu KLCC, Pavilion, The Gardens, Taman Tun Dr Ismail dan Sunway Pyramid. Ia akan dijual ke seluruh negara pada Isnin.
Sementara itu, DiGi pula secara keseluruhan menawarkan iPhone 4 pada harga RM2,490 untuk 32GB dan RM2,090 bagi 16GB, namun pengguna boleh memilih kemudahan pembayaran yang disediakan DiGi di bawah pelan pembayaran ansuran mudah tanpa faedah selama 24 bulan atau 36 bulan. DiGi turut menyediakan tiga pelan utama untuk langganan iPhone 4 dengan kontrak selama 24 bulan iaitu iDiGi 88, iDiGi 138 dan iDiGi 238 dengan masing-masing membabitkan komitmen bayaran bulanan sebanyak RM63, RM93 dan RM168. Bagi pelanggan yang mendaftar dalam tempoh promosi, DiGi menawarkan tawaran istimewa tambahan iaitu rebat sehingga RM5 sebulan menerusi Auto Billing sekali gus membolehkan pengguna menikmati bayaran bulanan yang lebih rendah sehingga tempoh ditetapkan.

Sumber: Berita Harian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...