Monday, April 18, 2011

Nur Kasih The Movie Filem Melayu Terbaik?

Nur Kasih merupakan drama bersiri yang hebat diperkatakan pada abad ini sejak mula ditayangkan di slot Zehra TV3 pada 29 Mei 2009. Mengisahkan tentang pengorbanan seorang lelaki kepada bapanya, seorang abang kepada adiknya dan seorang isteri kepada suaminya, drama 26 episod ini telah mencetuskan fenomena baru apabila menjadi drama bersiri pertama yang mendapat tontonan paling tinggi dalam sejarah 25 tahun TV3.

Nur Kasih menampilkan barisan pelakon hebat seperti Dato’ Jalaluddin Hassan (Ustaz Hassan), Fizz Fairuz (Aidil), Sharifah Sofea (Katrina), Liza Othman (Hajjah Khadijah) dan Ummi Nazeera (Siti Sarah). Drama bersiri ini juga telah berjaya mengangkat nama Remy Ishak (Adam) dan Tiz Zaqyah (Nur Amina) sebagai Pelakon TV Lelaki Popular dan Pelakon TV Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009. Filem Nur Kasih bakal ditayangkan secara serentak di pawagam seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura pada 19 Mei 2011

Kami di Primeworks Studio amat berbangga untuk bekerjasama dengan Juita Viden, syarikat pengedar program televisyen yang terulung di negara ini dan syarikat produksi, Filmscape Sdn Bhd yang menerbitkan drama ini, bagi menghasilkan filem Nur Kasih
 Antara produk yang telah menemui peminat adalah koleksi DVD drama bersiri Nur Kasih ini yang mendapat sambutan hangat dari penggemarnya. Untuk memiliki koleksi ini boleh la join contestnya


Trailer untuk filem Nur Kasih The Movie juga sudah dilancarkan untuk tontonan umum. TEASER 1 dan TEASER 2

Mari kita sama-sama nantikan kemunculan filem yang bakal menggegarkan industri perfileman tanahair pada tahun ini

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...