“Kejadian ini bukan kerana samun berikutan dompet milik mangsa masih berisi wang RM320 dan dalam keadaan baik, malah tidak dikeluarkan dari poket mangsa,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, di sini, semalam.
Mangsa yang juga penyelia syarikat keselamatan di sini dipercayai ditetak dan mukanya ditoreh menggunakan senjata tajam berdasarkan keadaan mayatnya yang cedera teruk.
“Dia yang berasal dari Perak juga dikenali penduduk di situ.
“Malah, kami juga mengesan bekas isterinya yang dicerai tiga tahun lalu untuk membantu siasatan,” katanya. Katanya, polis masih menyiasat kenapa mangsa berada di kawasan perumahan itu kerana tinggal di sebuah apartmen di daerah ini.
“Dianggarkan masa kematian mangsa adalah kira-kira jam 3 pagi ketika penduduk kawasan perumahan berkenaan sedang nyenyak tidur.
“Kami kini giat mengesan senjata pembunuhan dan mengenal pasti motif pembunuhan,” katanya.
Katanya, berdasarkan kecederaan mangsa, polis tidak menolak kemungkinan lebih daripada seorang suspek terbabit dalam kes itu. Katanya, melihatkan muka mangsa hancur dipercayai ditoreh menggunakan senjata tajam, polis hanya dapat mengenal pasti identiti mangsa menggunakan pengenalan diri di dalam dompetnya. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat.
Sumber: HMetro
1 comments:
Ini semua sbb agama dan iman dah kurang. Manusia mula mengejar dunia lebih dari mencari keredaan dari allah.
Post a Comment