Monday, July 12, 2010

Senarai Blog Mengikut Kategori

Setelah beberapa lama blog ini di re-direct, maka bermula hari ini blog ini akan menjadi index untuk blogger yang singgah di blog utama aku di SINI. Di sini aku kategorikan senarai blog yang aku follow menjadi dua kategori iaitu Kategori Lelaki dan Kategori Wanita. Buat masa ini senarai blog di kategori masing-masing belum sempurna sepenuhnya kerana ia memerlukan penelitian yang serius untuk mengenalpasti jantina blogger tersebut. Kalau dalam nama blog mereka sudah tertulis nama wanita jadi senang sedikit nak asingkan.
 
Aktiviti pengasingan ini akan aku buat dari masa ke semasa untuk membolehkan jantina blogger ini berada di kategori yang sepatutnya. Jadi jika anda rasa blog anda berada di kategori yang salah, sila tinggalkan komen di sini atau di shoutbox. Tindakan pengasingan akan di lakukan segera selepas aku membaca komen tersebut.

Satu lagi projek yang di inspirasikan oleh Stingray atau Zaifull dan aku mendapat idea untuk membuat exchange link kepada pengunjung-pengunjung blog ini. Caranya amat mudah kerana anda hanya perlu meletakkan nama dan link blog anda di ruang yang disediakan. Sila lihat di bahagian atas blog ini. Ia juga akan menjadi panduan untuk aku menambahkan dan memudahkan aktiviti blogwalking kepada rakan-rakan blogger yang lain.

Akhir kata, majulah blog untuk blogger.

1 comments:

suhaisweet said...

Dropping here..Very nice friend.."Get the World Cup 2010 cool items collection now with the Milo Hidup Bola" Redeem Here!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...