Wednesday, January 27, 2010

ADUKA TARUNA punya kes!

Dengan secara tiba2 aje mamat ni jadik glamer, disebabkan keberaniannya mengatakan sesuatu dengan cara kasar terhadap almarhum sultan johor. Mungkin ramai sudah tahu apa yang telah berlaku, cuba juga carik petikan keberanian beliau di internet tapi hanya jumpa permohonan maaf beliau sahaja.

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna

Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia.

Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini.

Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan.

Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya.

Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa saya tidak lagi membawa imej persendirian, sebaliknya membawa imej satu kumpulan jalan sisi untuk Islamic State.

Jadi dengan ini.

1. Saya memohon maaf kepada seluruh warga Malaysia umumnya, warga Johor khasnya atas keterlanjuran saya.

2. Berjanji akan memperbaiki tingkah laku dari masa ke semasa.

3. Menarik semula artikel luar norma kemanusiaan itu dari blog saya sebagai tanda saya akui kesalahan saya.


Yang benar,

AdukaTaruna

Jadi sama2 la kita tunggu keputusan yang akan diambil terhadap beliau..

8 comments:

Dak Wan said...

Hidup lagi ke dia nih? Hehehe

Anonymous said...

dak wan: nasib kat mesia, kalau kat tempat lain dah kena tembak kot.. haha

luluchen said...

kebebasan bersuara takdakdah...bebas bersuara bila kat kedai kopi je

hidop democracy...

admin said...

lulu: bebas bersuara kalau cakap elok2 takpe, ni siap kata kata kesat "dah mampus gi tanam cepat2" boleh ke diterima?

♥S@R@♥ said...

eh dia ni bukan setakat kutuk sultan.. agama islam pun dia kutuk..

memang patut pun dia kena..

lagi pun berdosa kan buka aib orang..

luluchen said...

ops2..yg kes adukataruna ni mmg patot la dia kena,nak ckp kes lain sbnrnya :)

admin said...

S@R@: setakat ni terbaca pasal sultan johor tu aje.. tak sanggup nak baca yang lain, nanti lagi marah kat dia plak

admin said...

lulu: bebas bersuara boleh je.. cuba la bebas bersuara dengan bos anda dahulu.. haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...