Monday, November 10, 2008

Catatan Hari Ahad...

Hari Ahad berada dikampung (Meru)... sehari sebelum tu ada la beli cendawan dari opismate, saja nak try cendawan goreng, katanya sedap.. tapi bergantung dengan cara menggorengnyer... jadi aku pun beli la... jadi resepi nak menggoreng adalah:

Bahan-bahan:
1. Cendawan
2. Jintan Manis
3. Ketumbar Kasar
4. Bawang Putih
5. Bawang Merah (Besar)
6. Telur
7. Tepung Kentucky
8. Air

Caranya:
Bahan 2 ~ 5 ditumbuk sehingga halus. Kemudian masukkan ke dalam bekas berisi sedikit air, masukkan sedikit tepung kentucky dan telur... jgn terlampau cair, jgn terlampau pekat.. yang sedang2 saja... haha.. Kemudian panaskan minyakMasukkan cendawan ke dalam adunan tadi dan kemudian terus digoreng sehingga masak... begitulah adanya.. hasilnya seperti dibawah... nyam2 sedap dimakan ketika panas2...



Tgh lepak2 lepas sarapan tu terasa nak amik gambar burung2 yang dibela oleh abg aku.. ini adalah sebahagian dari haiwan peliharaan dia..


burung wak wak (tak tau la kat tempat lain nama dia apa)


burung tekukur


burung serindit

ada lagi beberapa binatang yang aku tak dapat amik, salah satunya adalah landak... ada dua ekor sebab tgh tidur agaknya.. duk dalam lubang dalam sangkar.. agaknya kalau aku yang bela mesti kesian haiwan2 tersebut sebab kalau aku bela mesti tak lama hayatnya... seminggu dua dah mati... hahaha...

1 comments:

Nurul said...

Macam mana abg awk jaga burung wak2 tu? kami jumpa sarangnya.. ada anak.. tapi nak bela tak tahu cara..

harap ble emel jawapan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...