Wednesday, May 9, 2012

Pemenang Hadiah Utama ABPBH 2011 Seorang Penjual Kuih

TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Hanya sekali mencuba, dia muncul sebagai pemenang hadiah utama Peraduan Undi dan Menang, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH2011).

Di atas kejayaannya itu, Nor Aini Khalip, 31, membawa pulang sebuah kereta Nissan Livina X-Gear 1.6(A) tajaan Edaran Tan Chong Motors bernilai RM79,894.50. Berasal dari Hutan Melintang, Perak, kemenangan itu tidak pernah dijangka ibu kepada tiga cahaya mata yang juga seorang penjual kuih.

Masalah Penduduk Pangsapuri Impian Meru Dapat Perhatian

KLANG: Penduduk Pangsapuri Impian Meru, di sini, boleh menarik nafas lega apabila Majlis Perbandaran Klang (MPK) bersetuju menyelesaikan tuntutan berhubung beberapa masalah di tempat tinggal mereka itu. Pengarah Jabatan Komunikasi dan Pengaduan Awam MPK, Norfiza Mahfiz berkata, dua tuntutan penduduk ialah masalah jalan raya dan longkang yang rosak diselesaikan dalam masa terdekat.

Menurutnya, mengenai isu Sijil Layak Menduduki (CF) pula, ia akan dipanjangkan kepada pihak berwajib termasuk Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebagai pihak berwajib.

Masalah PATI di Sabah Tidak Disiarkan Di Akhbar Menimbulkan Persoalan

DAP membangkitkan persoalan kenapa laporan berhubung penubuhan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) bagi menyiasat masalah pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah tidak disiarkan dalam akhbar negeri itu hari ini.

Sedangkan, menurut ketua anggota Parlimen DAP Lim Kit Siang, ia wajib disiarkan di halaman depan akhbar di negeri di bawah bayu itu.

"Hakikatnya, berita ini langsung tidak mendapat liputan dalam semua media arus perdana Malaysia dan semua media cetak yang diterjemahkan dalam bahasa yang lain...," katanya dengan mengecualikan The Sun dan beberapa media dalam  talian, termasuk Malaysiakini.

Dalam kenyataannya hari ini, Lim juga mempersoalkan tindakan agensi berita nasional Bernama menarik balik laporannya yang memetik Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz, berkaitan RCI beberapa jam selepas disiarkan.

Tuesday, March 27, 2012

Telemovie Calon Suamiku di Astro Prima Lakonan Norman Hakim #CalonSuamiku


Telemovie Calon Suamiku yang bersiaran di Astro Prima sebentar tadi lakonan Norman Hakim, Elly Mazlein, Iqram Dinzly dan Danny X-Factor mengisahkan Dr Aida, seorang doktor yang belum mempunyai teman lelaki. Dia juga merupakan pengasas 'Single Women's Club' yang mempunyai saingan hebat dari 'MIA Club' (Marriage Is Awesome Club) yang diketuai oleh Hafiz. Telemovie ini nampak Hafiz bersungguh-sungguh untuk memenangi hati Aida yang sungguh keras hati untuk menerima seorang lelaki sebagai calon suaminya. Saksikan kesudahan telemovie ini dengan mendownload Calon Suamiku Telemovie di Astro Prima

Saturday, March 10, 2012

8 Bukti Kerajaan Malaysia Tidak Biayai Pertunangan Anak PM - Rafizi

Sambil menegaskan bahawa tidak timbul soal beliau memohon maaf, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli sebaliknya meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjawab lapan perkara dengan mengemukakan dokumen rasmi sebagai bukti perbelanjaan pertunangan anak perempuannya tidak dibayar oleh rakyat.

- Pertama, Najib perlu mengesahkan sama ada perbelanjaan yang tertera seperti dokumen Hotel Shangrila itu adalah perbelanjaan majlis pertunangan anak beliau;
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...