Thursday, July 21, 2011

'Peluang' Pelajar UITM Meraih Anugerah Ibrahim Ali



Bagi pelajar Uitm yang masih lagi menuntut, ada peluang terbaru yang dibuka oleh Ibrahim Ali iaitu meraih Anugerah Ibrahim Ali. Anugerah ini adalah salah satu sumbangan beliau terhadap Uitm dan penerima anugerah ini akan dipilih mengikut pencapaian pelajar terbabit dalam memperjuangkan hak-hak dan memartabatkan orang Melayu. Walaupun anugerah ini dari beliau sendiri, namun jumlah hadiah yang diberikan semacam tidak berbaloi, up la skit jadi 20 ribu ke 50 ribu ke, baru la terasa dihargai.




Memang la pelajar-pelajar tidak boleh pegang duit banyak-banyak, jika nilai wang yang diberikan tinggi secara tidak langsung ia akan mendorong pelajar untuk berebut-rebut untuk mendapatkan anugerah tersebut. Tetapi persoalannya, anugerah ini belum secara rasmi diterima oleh pihak UITM dan perlu dibincangkan dalam mesyuarat senat universiti.

Berikut adalah petikan dari Malaysiakini versi Melayu
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang tidak mahu terheret secara langsung dengan kontroversi Anugerah Ibrahim Ali yang ditawarkan kepada mahasiswa UiTM berkata menjadi kelaziman bagi universiti mendapatkan sumbangan daripada bekas pelajar mereka. "Kita lihat mana-mana pembangunan kepada universiti di luar negara, satu daripada kekuatannya (adalah) setiap universiti sumbangan dibuat oleh bekas pelajarnya. "Di (Universiti) Harvard, ia mengumpulkan berbilion dolar daripada bekas-bekas pelajarnya, kerana dia (pelajar) tahu dia dapat ilmu daripada institusi ini. Sekarang giliran dia pula untuk memulang balik (sumbangan).

"Jadi Ibrahim Ali pun sama. Dia pun nak pulang balik (sumbangannya). Jadi beliau menawarkan kepada pelajar-pelajar di UiTM sesiapa nak anugerahnya," katanya dalam satu sidang media. Menurut Mohamed Khaled, anugerah tersebut bukan ditawarkan oleh pihak universiti, sebaliknya ditawarkan oleh presiden PERKASA itu sendiri. Sehubungan itu, beliau berharap perkara tersebut tidak "digembar gembur".

Isnin lalu, Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (Impak) pada laman webnya membuka pencalonan bagi Anugerah Ibrahim Ali kepada pelajar universiti itu yang membuktikan komitmen dan sumbangan mereka dalam memartabatkan bangsa Melayu. Anugerah itu menawarkan RM5,000 yang ditaja oleh Ibrahim sendiri. Bagaimanapun naib canselor UiTM, Datuk Profesor Sahol Hamid Abu Bakar dalam kenyataannya di Facebook berkata pihak universiti belum membuat sebarang keputusan berhubung cadangan Anugerah Ibrahim Ali itu. Katanya, anugerah itu perlu dibawa ke Senat dan Lembaga UiTM sebelum ia boleh diluluskan.

Katanya lagi senat UiTM adalah badan yang kuat dan berkecuali dan mereka yang bakal menentukan sebelum sesuatu anugerah boleh diberikan, “Di senat ada 60 orang professor, dekan-dekan dan rektor-rektor kampus. Masing-masing bertindak secara individu. Tidak boleh lobi. (Ia) satu badan yang kuat dan independent di UiTM,” katanya. Menurut naib canselor itu, isu itu berlaku kerana Impak terlepas pandang dan membuat hebahan mengenainya di laman web mereka.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...