Sunday, March 20, 2011

Gelanggang Raja Lawak 5 Final Persembahan Pembukaan

Persembahan pembukaan Final Gelanggang Raja Lawak 5 kali ini sangat menarik. Pada persembahan pembukaan pada musim-musim sebelum ini ia hanya menampilkan persembahan dari dua pengacaranya sahaja iaitu Johan dan Zizan. Namun kali ini ada sedikit kelainan yang dipamerkan oleh mereka dengan menampilkan artis undangan lain seperti Jamal Abdillah, Joe Flizzow dan Altimet. Saksikan persembahan menarik mereka.



Apa yang kurang menarik pada final kali ini adalah waktu siaran yang cukup singkat. Gelanggang final ini hanya dilangsungkan selama 1 jam setengah sahaja dan ia dilakukan secara tergesa-gesa. Contoh terdekat adalah ketika persembahan R2 yang kedua, persembahan mereka belum tamat, ayam pun belum berkokok, Johan dan Zizan sudah keluar dan lawak mereka tersekat begitu sahaja. Pendekatan kali ini jugak berbeza dengan peserta hanya dikomen oleh seorang juri sahaja.

Apa-apa pun tahniah kepada Man kerana berjaya merangkul kejuaraan Raja Lawak 5.

1 comments:

apisv2 said...

salam,
mengunjungi rakan2 blog;)
slmt berkenalan,
blog apisv2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...