Friday, April 23, 2010

Tips Kenapa Anak di Hantar ke Nursery Selalu Demam?

Hari ini dah dua hari anak aku demam. Sekali kalau dah demam tu nak kebahnya amik masa, pernah sekali tu sampai sebulan. Kali ini demamnya agak teruk juga sampai mata kiri berair dan hidung hingusnya meleleh aje.
Selalunya perkara ini berlaku bila ada kanak2 lain yang demam berada di nursery. Jarang2 sekali ia berlaku sendiri tanpa jangkitan dari orang lain. Nak kebah kena la pergi klinik untuk mendapatkan rawatan dan selalunya bukan sekali pergi dah ok, mau 3 ke 4 kali baru ok.

Cara nak mengelak perkara macam ini sepatutnya pihak ibubapa tidak menghantar anak mereka yang demam ke nursery. Ini kerana kanak2 mudah dijangkiti dan menjangkiti kerana mereka selalu bermain bersama2. Satu lagi kanak2 tidak kuat antibodi dan mudah dijangkiti penyakit.

Jadi apakah cara yang terbaik untuk mengelakkan kanak2 dari dijangkiti penyakit. Adakah ada ubat atau cara untuk mengatasi masalah ini?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...