Saturday, April 17, 2010

Futsal batch TIKL 94/95 at SportsPlanet Shah Alam

Aku main futsal? Tau ke main futsal? Nampaknya harus aku join game futsal anjuran kengkawan TIKL batch 94/95 kat sportsplanet shah alam pada 1 may 2010. Ramai kengkawan lama dah confirm akan datang pada hari tersebut. Jadi aku pun tak mahu ketinggalan untuk hadir sama.

Masalahnya aku ada ke kasut futsal, takkan nak main guna safety shoe aje, keh keh keh... Dedulu penah ada gak la main futsal sekali dua, zaman blum kawin, zaman slim2 lagi. Tapi sekarang ni panjat tangga tingkat dua pun dah mengah2 macam mana nak main tu. Macam ni kena usha2 balik la kasut futsal dulu, muat lagi ke tak. Nak kena training lari2 gak nih, kalau tak nanti baru melangkah gelanggang dah pancit.

Mari kita sama2 memeriahkan sukan futsal sambil menyihatkan badan, HOYEH!




Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...