Wednesday, November 28, 2012

Kamera AES Dikategorikan dalam Akta Rahsia Rasmi Kerajaan?

IPOH: Kempen Anti Saman Ekor (Kase) mempersoalkan kenapa perjanjian antara kerajaan dengan dua syarikat konsesi pemasangan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) diklasifikasikan sebagai Akta Rahsia Rasmi (OSA). Pengerusinya, Datuk Mahfuz Omar berkata, tersebut tiada keperluan untuk diklasifikasikan sebagai OSA kerana ianya tidak langsung mengandungi perkara rahsia mengenai keselamatan Negara.

“Perjanjian tersebut tiada apa-apa rahsia yang perlu dilindungi daripada pengetahuan umum apatah lagi musuh-musuh kepada Negara kita,” katanya dalam sidang media selepas menyampaikan taklimat kepada mangsa-mangsa saman AES di Pejabat PAS Perak, dekat sini kelmarin. Naib Presiden PAS itu berkata, kerajaan perlu ada ketelusan dalam mengendalikan urusan Negara kerana ianya berkatian dengan pembayaran yang dibuat kepada syarikat tersebut daripada wang rakyat yang dikatakan melakukan kesalahan. Menurut beliau, rakyat perlu tahu butiran perjanjian yang dibuat antara kerajaan dengan kedua-dua syarikat tersebut.

“Oleh sebab itu, kami menggesa kerajaan mengeluarkan dokumen tersebut daripada sekatan Akta OSA kerana kerajaan mempunya kuasa dan hak untuk berbuat demikian.
“Kerjaan perlu menukarkan perjanjian tersebut sebagai dokumen umum yang boleh dimiliki dan diteliti oleh semua pihak khususnya kepada kami ahli-ahli parlimen yang mewakili rakyat di Negara ini,” tegas beliau.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu menjelaskan, terdapat pelbagai keraguan dalam pemberian kontrak ini antaranya syarikat yang mendaftar pada 2004 sudah tahu bahawa pada 2007, 2008 dan 2009 mendapat kontrak tersebut dan ada syarikat yang mendaftar syarikat selepas mendapat kontrak itu. Dalam perkembangan berkaitan, lebih 50 orang mangsa saman AES telah menyertai taklimat tersebut yang turut dihadiri oleh barisan peguam PAS Perak yang diketuai oleh Pengerusinya, Aminuddin Zulkipli untuk menerangkan kepada mangsa saman tentang sistem tersebut dalam proses pengendalian guaman percuma.
Hadir sama dalam taklimat tersebut ialah Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Perak, Salman Saleh serta Safarizal Saleh, Pengerusi DHPP Perak, Beh Heng Kin dan Setiausahanya Nali Raja.

Sumber: Harakahdaily.net

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...