Wednesday, August 1, 2012

Kempen Boikot Tudung Abby Abadi Syarikat Al-Humaira Contemporary

Sekumpulan peminat pelakon Abby Abadi melancarkan kempen memboikot satu syarikat jualan tudung yang didakwa telah menamatkan kontrak seniman tersebut sebagai duta produk mereka. Kempen "Kami Boikot Syarikat Al-Humaira Contemporary" itu pada hari ini dikesan menerima sokongan lebih 5,000 pengguna sejak dilancarkan semalam.

Selang beberapa jam selepas kempen itu dikesan, syarikat mengeluarkan satu kenyataan yang antara lainnya mengancam untuk membawa isu tersebut ke mahkamah. Syarikat itu mengancam berbuat demikian sekiranya isu penamatan kontrak itu gagal diselesaikan dengan baik sehingga menjejaskan reputasinya. Dalam pengumuman sama di Facebook, syarikat itu menjelaskan yang mereka tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan lagi berhubung perkara itu.

"Jika situasi ini berlanjutan hingga mencemarkan reputasi kami dengan lebih teruk dan pihak terbabit gagal untuk bersemuka dan berbincang untuk menamatkan kontrak secara baik, kami akan membawa isu ini untuk diselesaikan secara profesional mengikut undang-undang," kenyataan itu dipetik.Kempen itu dijalankan susulan satu penjelasan syarikat tersebut semalam bahawa kontrak berkenaan belum ditamatkan secara bertulis kerana perbincangan masih sedang berlangsung.

Tanpa merujuk secara langsung kepada Abby, syarikat itu mendakwa artis tersebut membuat anggapan kontraknya ditamatkan kerana tidak mampu memberi komitmen kepada tugasan bersama syarikat itu.

Kenyataan itu timbul susulan tulisan Abby di Twitter semalam bahawa kontraknya sebagai duta syarikat tersebut ditamatkan kerana penglibatannya dalam PAS.

Source: Malaysiakini

1. Fan pages (  Kami Boikot Syarikat Al-Humaira' Contemporary ) dalam masa lebih kurang tiga jam sudah melebihi 1000 'Likes'

Yang herannya, kenapa sampai nak saman menyaman di mahkamah pulak, kalau abby yang nak saman ok jugak la, ini syarikat tersebut pulak yang mahu mengambil tindakan. Tindakan boikot tersebut adalah hak peminat dan pembeli tudung syarikat berkenaan. Motif pembatalan kontrak berkenaan juga agak pelik kerana seharusnya bila Abby menyertai PAS syarikat tersebut boleh mengambil perkara tersebut secara positif kerana ahli-ahli PAS majoritinya bertudung dan akan menambahkan bilangan pelanggan, melainkan syarikat tersebut MUNGKIN ada ikatan dengan kerajaan dan MUNGKIN ada projek yang ingin dimiliki dari pihak kerajaan.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...