Friday, January 27, 2012

Pelajar Jual Baucar Buku RM200 Di Tangkap Polis



KUALA LUMPUR: Polis akan mengambil tindakan terhadap pelajar yang menjual baucar Bantuan Buku 1Malaysia (BB1M) pada harga lebih murah untuk mendapatkan wang tunai. Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, baucar buku bernilai RM200 yang diberikan oleh kerajaan itu seharusnya tidak diselewengkan oleh penerima sebaliknya harus digunakan untuk tujuan sebenar.



"Apabila ada laporan menyatakan baucar tersebut telah dijual oleh segelintir penerima untuk mendapatkan wang segera, kita akan siasat, dan mana-mana pihak yang didapati salah guna baucar tersebut kita akan tengok apa bentuk tindakan sewajarnya yang patut kita ambil.

"Kita akan tengok sama ada kita akan serahkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi untuk mengambil tindakan atau kita sendiri yang akan buat tindakan, itu kita belum pasti lagi," katanya kepada pemberita semasa menghadiri Program Kepimpinan Polis Diraja Malaysia bersama Masyarakat Mengimarahkan Masjid di Masjid Al-Imam As-Syafie, Taman Maluri di Cheras hari ini. - Bernama

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...