Wednesday, July 20, 2011

Tindakan Kerajaan Terhadap The Economist Dipersoal


Tindakan kerajaan Malaysia terutamanya tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang menapis kandungan majalah The Economist adalah satu tindakan yang tidak bijak. Dengan cara menghitamkan beberapa perkara dalam artikel yang bertajuk Political affray in Malaysia: Taken to the cleaners yang melaporkan berkenaan dengan perhimpunan haram Bersih2.0 yang berlangsung di tengah-tengah Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu. Tindakan ini dikatakan tindakan terdesak kerajaan yang cuba untuk melindungi tindakan ganas polis dan FRU yang bertugas pada perhimpunan haram tersebut.



Tidak sepatutnya tindakan ini dilakukan kerana Malaysia dikenali dengan satu negara yang mempunyai kerajaan yang telus (menurut pemimpin kerajaan la). Antara kandungan yang 'dihitamkan' adalah kerana ia tidak menepati laporan yang dilaporkan oleh media arus perdana Malaysia sedangkan rakyat seluruh dunia dapat melihat dengan jelas apa yang berlaku sepanjang perhimpunan haram tersebut melalui twitter, facebook dan blog-blog yang banyak mengupdate kejadian tersebut.

Sepatutnya pihak kerajaan bertindak dengan mengemukakan bukti yang menunjukkan pihak polis tidak bersalah, bukan dengan menghitamkan laporan yang tidak secocok dengan pemikiran pemimpin kerajaan. Selain itu juga pihak polis dilaporkan akan mengemukakan bukti-bukti yang bakal menunjukkan bahawa pihak polis tidak bersalah tetapi tempoh yang sangat lama diperlukan untk mengemukakan bukti tersebut bakal diragui. Sedangkan pada zaman sekarang ini segala-galanya sangat pantas dan bukti nyata boleh diberikan serta merta dan boleh dilakukan secara live lagi.

Terpulanglah pada pihak kerajaan untuk membuktikan bahawa pihak polis tidak bersalah, bukti-bukti boleh diberikan, tetapi tidak semestinya rakyat akan mempercayai 100% apa yang diberikan. Kita tunggu dan lihat apa yang bakal dilakukan oleh pihak kerajaan

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...