Sunday, July 24, 2011

Perlawanan Singapura vs Malaysia Banyak Gol Dijaringkan!

Perlawanan penuh boleh di download di Media Sharing and Capture Online Website

Perlawanan antara Singapura menentang Malaysia untuk pertandingan kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia telah berlangsung malam tadi di Stadium Jalan Besar, Singapura. Perlawanan yang dilangsungkan di atas padang sintetik atau tiruan ini dijangkakan berlangsung dengan menarik kerana tidak ada becak-becak air yang biasanya menghalang pergerakan bola dan hantaran-hantaran leret pemain.



Perlawanan yang bermula seawal pukul 7.30 malam, sudah mengundang kontroversi kerana berlangsung ketika waktu Maghrib, mesti ramai yang tak sembahyang Maghrib ketika itu. Kalau kat rumah ok lagi la boleh sembahyang sekejap kemudian sambung balik tengok perlawanan ini. Antara yang menarik bagi pasukan Malaysia yang baru menentang pasukan gergasi BPL (takde la gergasi sangat, tak menang BPL pun) iaitu Arsenal dan Liverpool ialah barisan serangan yang agak tajam terutamanya dengan kehadiran Safee Sali yang bermain dengan pasukan Pelita Jaya. Agak mengejutkan tetapi menggembirakan penyokong Malaysia di mana Safee Sali berjaya menjaringkan gol seawal 18 saat perlawanan. Cepatnya! Gol ini dijaringkan hasil kesilapan barisan pertahanan pasukan Singapura yang belum lagi bersedia dengan serangan awal pemain Malaysia.

Tetapi pasukan Singapura tidak menunggu lama untuk membalas gol tersebut. Pada minit ke 7 permainan Singapura sudah berjaya menyamakan kedudukan. Apa yang ketara kelemahan barisan pemain Malaysia adalah dibahagian pertahanan yang dikemudikan oleh Muslim dan Fadli yang agak kurang persefahaman diantara mereka. Penjaga gol Ahmad Sharbinee pula seakan kaku dengan jaringan-jaringan pemain Singapura, at least konon-konon terbang nak tangkap pun dah ok, ini tegak aje dah macam kayu pulak.

Kenapa Malaysia bermain sebegini? Apa yang dapat diperhatikan, taktik yang digunakan oleh Datuk K Rajagobal berbeza dengan sebelum-sebelum ini. Dengan Ismail Faruqi bermula sebagai kesebelasan utama, Shafiq Rahim kelihatan bermain agak di bawah untuk memberi ruang Ismail Faruqi membantu jentera serangan. Nampak perbezaan apabila separuh masa kedua dengan kemasukan Amirul Hadi Zainal untuk menggantikan Ismail Faruqi berjaya mengubah rentak permainan di mana taktik yang digunakan kembali pada asal di mana Shafiq Rahim kembali membantu jentera serangan, cuma terjahan keras beliau dapat dikesan oleh pengadil dari Bahrain dan terus memberikan kad merah.

Rentak permainan Malaysia semakin tersusun untuk mengimbangi kembali permainan dan hasilnya Malaysia berjaya mendekatkan jarak jaringan gol dimana permainan berakhir dengan keputusan Singapura 5 - 3 Malaysia. Semoga permainan di Bukit Jalil bagi pusingan kedua akan memberikan persembahan yang dapat membawa Malaysia ke pusingan seterusnya.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...