Saturday, June 4, 2011

PTPTN Menjadi Biasiswa Selepas PRU13?

Perwakilan PAS mendesak kerajaan menukarkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada biasiswa kerana ia didakwa melanggar perlembagaan negara.

“Saya menyokong penuh cadangan menghapuskan PTPTN dan ditukar kepada biasiswa kerana pinjaman ini telah menyebabkan ramai antara kita terhimpit dengan hutang,” kata Wakil Pemuda PAS Kamal Ashaari.

Dalam sesi perbahasan dalam muktamar PAS ke-57 di Gombak hari ini, Kamal berkata pinjaman itu menyebabkan anak muda terhimpit dengan beban hutang yang besar selepas tamat pengajian.



Malah, tambahnya, mereka dikenakan beberapa sekatan, termasuk tidak dibenarkan ke luar negara.
Sebelum ini, usul yang hampir sama dibentangkan dalam muktamar Pemuda kelmarin.

Usul itu antaranya mendakwa Seksyen 22A Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) dan Pekeliling PTPTN Bilangan Satu Tahun 2009 - yang menyenarai hitamkan peminjam - patut dipinda.

Sementara itu, Kamal juga mengharapkan supaya perwakilan dalam muktamar kali ini memperkasakan daftar pemilih dengan menyuruh anak mereka mendaftar sebagai pengundi.

"Dan ingatlah bahawa dalam sistem demokrasi hanya satu undi dapat mengubah kerajaan zalim yang sedia ada,” katanya.

Source: Malaysiakini

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...