Sunday, June 19, 2011

Blogspot Ada Mobile Preview

Penambahbaikan yang dilakukan oleh BLOGSPOT nampaknya semakin menarik, bermula dengan design template yang boleh direka sendiri oleh pemilik blog, kali ini pihak blogspot melancarkan pula Mobile Preview untuk kegunaan pengguna smartphone. Setakat yang aku explore theme untuk mobile preview hanyalah ada satu sahaja, tidak boleh tukar2 kaler, font dan lain2 lagi. Tapi memang betullah untuk smartphone nak buat apa kaler2 dan font yang berlainan, ini kerana kepantasan adalah kunci utama dalam mobile preview sesuatu blog.





Jadi dengan pelancaran ini bermakna pengguna smartphone seperti Blackberry, Iphone dapat melayari blog2 pilihan atau popular dengan lebih pantas lagi. Bagi yang menggunakan wordpress selfhosted memang ada cara untuk mempercepatkan lagi loading sesuatu blog, dan dengan blogspot mobile preview ini dijangka dapat menyaingi wordpress selfhosted.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...