Thursday, May 12, 2011

Kenaikan Harga Gula Untuk Aktiviti Rosmah?

{EAV_BLOG_VER:f5e65b42cc55f9dd}
PAS berpendapat tindakan kerajaan menaikkan harga gula sebanyak 20 sen kepada RM2.30 sekilogram berkuatkuasa semalam, sebagai lambang kegagalan Barisan Nasional (BN).

"Kenaikan harga gula kali ini adalah yang keempat selepas kerajaan berbuat demikian sebanyak tiga kali pada tahun lalu iaitu pada Januari (20 sen), Julai (25 sen) dan Disember (20 sen)," kata ketua penerangan PAS, Idris Ahmad.

Alasan daripada kerajaan, tegasnya, ialah ia akan menjimatkan wang negara sebanyak RM116.6 juta setahun apabila gula dinaikkan 20 sen.

"Apakah kerajaan BN tidak ada jalan lain untuk menguruskan kewangan negara.

"Nampaknya pemimpin negara jika tidak ada wang, jalan keluarnya dengan menyusahkan rakyat seperti saman ekor, menaikan minyak petrol, naik harga gula, naik harga tol," tegas Idris dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, katanya, PAS hairan kenapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sanggup memberi peruntukan RM111 juta untuk 2011 kepada Pusat Anak Permata Negara (PERMATA) yang dipengerusikan oleh Datin Rosmah.

"Apa lebih PERMATA, hanya setaraf dengan pasukan kompang sahaja, tetapi memperolehi peruntukan begitu banyak hampir dengan pelupusan subsidi gula RM116.6 juta.

"Sedangkan peruntukan untuk Sekolah Agama Rakyat hanya RM95 juta sahaja," tambahnya.

Beliau menyifatkan sebagai dangkal alasan bahawa harga gula di Malaysia masih lebih rendah berbanding negara serantau seperti Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina.

"(Dan) kenaikan harga gula sebagai langkah untuk hidup sihat supaya rakyat kurang mengambil gula," tambahnya.

Sumber: www.malaysiakini.com

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...