Friday, March 11, 2011

Tragedi #tsunami Jepun Dan Simpati Seluruh Dunia

Seluruh dunia digemparkan dengan bencana yang melanda negara Jepun dimana dilanda gempa bumi sekuat 8.9 magnitud dan membawa bencana tsunami kepada negara Jepun. Negara-negara sekitarnya juga diberi amaran berjaga-jaga untuk mengelakkan kemalangan nyawa dengan memberikan amaran tsunami. di twitter #tsunami menjadi trending dan menjadi perbualan hangat di twitter. Hampir semua pengguna twitter bercerita tentang tsunami di Jepun.

Tidak kurang juga di facebook terdapat juga yang mengupdate berkenaan apa yang berlaku di Jepun dengan menyiarkan gambar-gambar terbaru bencana tsunami tersebut. Disamping itu ada juga artis-artis yang kurang peka dan kurang sensitif dengan membuat lawak berkenaan dengan tsunami ini dan antara yang dikesan adalah Fizz Fairuz. Anda boleh membacanya di entri blog beautifulnara.com iaitu Bila Fizz Fairuz Buat Kelakar Yang Tak Berapa Kelakar Pasal Tsunami Jepun… Diharap artis-artis lain peka dan sensitif dengan pernyataan samada di twitter ataupun di facebook kerana anda ramai peminat dan tidak mahu menunjukkan ketidakperihatinan anda kepada dunia

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...