Friday, February 18, 2011

Raja Lawak 5 Minggu ke 7 Kumpulan Lucky Terkeluar

16 Feb 2011 - Raja Lawak 5 diteruskan lagi dengan Gelanggang Raja Lawak minggu ke-7 yang akan disiarkan pada Jumaat, 18 Feb 2011 ini di Astro Prima (105). Kali ini, tugasan mereka adalah Retro yang sangat bersesuaian dengan radio rasmi Raja Lawak 5, Sinar FM.

Banyak yang perlu diambil kira apabila melakukan tugasan ini. Suasana, persekitaran, fesyen dan gaya percakapan menjadi aspek utama dalam tugasan Retro ini. Isi kandungan yang mantap dan "punch-line" yang tepat juga penting untuk menghiburkan penonton di studio dan di rumah.

Siapakah yang bakal membuat persembahan yang paling lucu? Nantikan Gelanggang Raja Lawak minggu ke-7, Jumaat, 18 Feb 2011, jam 9 malam di Astro Prima (105).

Undi Raja Lawak kegemaran anda! Taip LAWAK atau LAWAK<3/5/10/20> untuk (3/5/10/20 undian) ke 32999 ; Contoh : LAWAK5 ke 32999.

Muat turun aplikasi Raja Lawak untuk pengguna iPhone dan Android! Taip RL5 dan hantar ke 32999. Klik pada URL yang diberikan di dalam SMS untuk muat turun.

Untuk maklumat terkini Raja Lawak 5, layari laman sosial Facebook dan Twitter di http://www.facebook.com/RajaLawak5 dan http://twitter.com/RajaLawakAstro.


Keputusan pada minggu ke 7, tiga peserta yang mendapat undian terendah adalah Epy, Man dan Kumpulan Lucky. Nampaknya nasib tidak menyebelahi Kumpulan Lucky di mana mereka mendapat undian paling rendah dan disingkirkan dimana pengumuman penyingkiran diumumkan oleh Babyface aka Sathia

2 comments:

saya_arief said...

aku xpuas ati ngan peserta yang duk nombo 1 tu.
aduss.

eiman said...

tu la ntah apa2 la.. patut 3 peserta R2, Nazmi dengan Man duk atas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...