Thursday, December 23, 2010

Logo 1Malaysia Gugat Kerajaan Negeri Selangor

LAWAS 23 Dis. – Tindakan kerajaan Selangor pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengharamkan penggunaan logo 1Malaysia pada papan iklan di negeri itu menggambarkan kegentaran pembangkang terhadap populariti gagasan itu, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini hari ini.
Timbalan Perdana Menteri berkata, populariti 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menjadi semakin meluas dan diterima oleh rakyat Malaysia.
"Dia (kerajaan Selangor) takut dengan logo 1Malaysia yang sudah menjadi ikonik di kalangan rakyat Malaysia,” katanya kepada pemberita di sini selepas menghadiri program Pemimpin Bersama Rakyat di Stadium Tertutup Lawas.
Muhyiddin berkata, gagasan 1Malaysia mempunyai tujuan murni antaranya untuk merapatkan perhubungan antara kaum tanpa mengambil kira fahaman politik mereka.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Selangor, Ronnie Liu dilaporkan berkata, pengharaman penggunaan logo 1Malaysia itu dibuat kerana ia melanggar undang-undang kecil kerajaan tempatan dan merupakan mesej politik Barisan Nasional. – Bernama

1 comments:

Unknown said...

Biasa la politik .. semua yang dibuat dan dicadangkan, pasti ada je yang tak kena. Dia je betul. Orang lain semuanya salah. =)

entry terkini, Perbezaan Produk Kicap Kipas Cap Udang Tiruan Dengan Yang Asli! Diragui Status Halal!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...