Wednesday, December 8, 2010

Cerai Talak Satu Pasangan Juara Sehati Berdansa Musim ke 3

SHAH ALAM 8 Dis. – Juara program ”Sehati Berdansa” musim ketiga, Syed Hussein Syed Mustafa atau Sein, dan isterinya, Noor Diyana Muhammad atau Nana bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini.
Sein, 27, melafazkan cerai selepas mahkamah membenarkan permohonan Nana, 26, yang merupakan anak bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, untuk bercerai secara baik mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Negeri Selangor 2003.
Prosiding perceraian dijalankan di hadapan Hakim Syarie Zainor Rashid Hassin.
Pasangan itu menjuarai musim terakhir program realiti itu yang merupakan pertandingan tarian khusus untuk pasangan selebriti.
Peguam Syarie, Zuri Zabudin Budiman yang mewakili Noor Diyana, memaklumkan kepada mahkamah bahawa anak guamnya memfailkan permohonan itu atas alasan pasangan itu tidak lagi dapat menjalani kehidupan bersama kerana tiada persefahaman. – Bernama

sumber: www.utusan.com.my

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...